seismik

[VIDEO] Kes Viral Gaduh Tengah Jalan, Kini Sudah Bertemu & Berbaik. Ini Yang Kita Mahu!

Lepas ni jangan gaduh-gaduh lagi tau!

Cover image via Twitter @ikmalzaid Twitter @shazmiejo

Banyak betul kita dengar kes bergaduh sesama pengguna jalan raya sejak kebelakangan ini bukan?

Image via Giphy

Selain itu, kes-kes sebegini memang cepat sahaja viral di laman media sosial. Masa ini, memang ramai lah 'geng-geng bawang' menyuarakan pendapat mereka. 

Paling seronok apabila netizen lagi hebat menyiasat. Dalam masa yang singkat, mereka boleh tahu segala benda seperti identiti mangsa, pelaku termasuklah kisah hidup mereka.

Fuh hebat!

Terbaru, kecoh di laman Twitter apabila sebuah video viral melihatkan pergaduhan di atas jalan raya yang berlaku pada 1 Disember 2019

Video tersebut dikongsi oleh pengguna Twitter, Ikmal Zaid  di laman Twitter miliknya. Setakat artikel ini ditulis, video tersebut telah mendapat 23.8 ribu retweets dan 19.2 ribu likes

Dalam pada itu, tuan punya badan yang dipukul dalam video iaitu Shazmiejo tampil memberi penjelasan apa sebenarnya yang telah berlaku di laman Twitter miliknya

Selain itu, lelaki itu turut menjelaskan bahawa dua lagi orang yang memukulnya di tepi jalan merupakan suami dan rakan kepada wanita tersebut. 

Bagaimanapun, lelaki itu kemudiannya memberitahu bahawa perkara tersebut telah pun selesai setelah pertemuan empat mata diadakan antara dirinya dan pihak terbabit

Susulan itu, ramai yang memuji sikap lelaki ini malah memanjatkan kesyukuran melihatkan kes tersebut sudah selesai

Macam inilah yang patut kita contohi. Semoga perkara ini dapat dijadikan iktibar kepada semua.

Image via Giphy

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Baca juga kes gaduh di atas jalan raya ini:

Leave a comment