seismik

6 Kesan Buruk Jenayah Penyeludupan Haram Kepada Negara

Sesetengah orang mungkin tidak nampak kesan-kesannya. Tetapi situasi ini amat membimbangkan.

Cover image via bbci.co.uk

Sebut saja tentang penyeludupan, pasti kita akan terbayang aktiviti haram yang dilakukan secara underground. Ia melibatkan penggunaan laluan yang tidak dibenarkan, pemalsuan dokumen, jual beli barang terlarang, dan macam-macam lagi.

Penyeludupan membahayakan ekonomi negara dalam pelbagai cara. Ia menjejaskan industri tempatan, merencatkan perdagangan import, dan mengurangkan jumlah hasil yang dikutip melalui cukai oleh kerajaan.

Malangnya transaksi "bawah tanah" ini sedang mengambil tempat di Malaysia dan sebahagian besar daripada hasil yang dipungut kerajaan sedang hilang.

Statistik jelas menunjukkan bahawa kenaikan harga dan cukai ke atas rokok dapat menjadi pemangkin kepada pengurangan ketara dalam pengambilan rokok dalam masyarakat

Walau bagaimanapun, ada yang berpendapat bahawa kenaikan harga rokok menyumbang kepada peningkatan aktiviti penyeludupan dan aktiviti jenayah yang berkaitan. Jadi, pembelian rokok akan kekal tinggi tetapi hasil kutipan yang jatuh.

Apa kata kita lihat beberapa kesan negatif aktiviti penyeludupan haram boleh beri kepada negara dan masyarakat:

1. Rokok seludup mengandungi 45mg tar di dalam setiap batang rokok iaitu 3 kali lebih tinggi berbanding rokok sah

Rokok yang diseludup masuk ke dalam negara ini adalah 3 kali ganda lebih merbahaya. Selain menjejaskan kesihatan, kandungan bahan kimianya yang terlalu tinggi juga mampu meragut nyawa seseorang.

Kajian terkini yang dijalankan oleh Universiti Malaya (UM) telah mengesahkan tiga perkara iaitu:

1. Kandungan bahan kimia dalam rokok seludup melebihi had yang ditetapkan menurut undang-undang Malaysia.

2. Kandungan tar dan nikotin di dalam rokok seludup sebenarnya lebih tinggi.

3. Kandungannya mungkin telah dicemari bahan kimia atau produk bukan tembakau lain.

2. Malaysia kehilangan hasil sebanyak RM1.9 bilion setahun akibat kegiatan rokok seludup

Timbalan Ketua Pengarah (Bahagian Penguatkuasaan dan Pematuhan) Jabatan Kastam Diraja Malaysia, Datuk Matrang Suhaili berkata rokok adalah yang paling kerap diseludup memandangkan cukai dikenakan ke atas barangan itu agak tinggi.

"Antara kawasan pendaratan tidak sah barangan seludup adalah di persisiran perairan pantai seperti di Kuala Muda (Kedah), Pengerang (Johor) dan Rompin (Pahang)," katanya.

Matrang berkata kajian sebuah firma perunding juga mendapati sebanyak 33.6% rokok yang dijual di pasaran negara adalah rokok seludup.

"Saya ingin mengingatkan orang awam supaya prihatin dengan memaklumkan kepada pihak Kastam jika mengetahui sesiapa yang menyeludup, menjual dan memiliki rokok yang tidak bercukai," katanya lagi.

themalaysianinsider.com

3. Setiap wang yang dibelanjakan membeli rokok seludup hari ini berpotensi membiayai penjenayah global utama pada hari esok

Orang ramai masih tidak memahami akibat daripada membeli rokok seludup. Setiap wang yang dibelanjakan mempunyai kaitan dengan dadah di jalanan, jenayah senjata atau serangan pengganas, menjadikan persekitaran kurang selamat.

Badan penyiasatan Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu mendapati bahawa berjuta-juta pendapatan daripada perdagangan rokok seludup telah disalurkan kepada al-Qaeda, Taliban dan pertubuhan pengganas yang lain di dunia.

4. Remaja dan golongan muda lebih mudah terjebak dalam gejala merokok disebabkan harga rokok seludup yang lebih murah

Image via thevocket.com

Disebabkan rokok seludup perlu bersaing dengan rokok sah, harga yang diletakkan ke atasnya adalah jauh lebih rendah sehingga 70 peratus. Memandangkan golongan belia lebih sensitif terhadap isu harga, maka mereka akan memilih untuk membeli rokok seludup kerana harganya yang murah dan pada masa yang sama mereka boleh berjimat.

Jelas di sini, kewujudan rokok seludup menyumbang kepada gaya hidup yang tidak sihat dalam kalangan remaja. Seperti yang dinyatakan di atas, rokok seludup yang dibawa masuk mempunyai kandungan tar, nikotin dan karbon monoksida yang jauh melebihi had yang dibenarkan.

Situasi ini sungguh membimbangkan terutamanya kerana rokok seludup dijual secara meluas kepada kanak-kanak, golongan muda dan masyarakat di kawasan luar bandar, membawa kepada ketidakseimbangan tahap kesihatan di antara kumpulan sosial yang berlainan.

5. Rasuah dan korupsi semakin berleluasa, dari peringkat rakyat jelata sehingga ke pegawai penguatkuasa

Image via www.abc.net.au

Di samping itu, pertumbuhan rangkaian penyeludupan ini meningkatkan gejala rasuah dalam negara, kedua-dua di kalangan rakyat yang membeli rokok di black market dan di kalangan pegawai-pegawai awam yang memudahkan aktiviti underground.

Kehadiran rangkaian jenayah terancang di pasaran juga boleh meletakkan tekanan tambahan ke atas pengedar dan peruncit sah, mengurangkan keuntungan, sekaligus mendorong mereka untuk menyertai dalam pasaran gelap.

Jelas sekali perkara ini tidak akan berlaku jika tiada amalan rasuah dijalankan oleh pegawai-pegawai di agensi-agensi penguatkuasaan undang-undang. Ramai yang sedar perkara sebegini terjadi tapi masing-masing tidak mengambil tindakan.

6. Industri import akan mengalami kerugian yang besar kerana perlu bersaing dengan jenayah underground dari pelbagai pelusuk

Dalam satu temubual bersama The Guardian, Ketua Pengarah, Dewan Perniagaan dan Industri Lagos(LCCI), Muda Yusuf berkata jenayah penyeludupan ini mempunyai kesan yang buruk kepada ekonomi terutama sektor pembuatan.

Dia berkata, "penyeludupan adalah sebahagian faktor yang menyumbang kepada tahap pengeluaran rendah. Beberapa pengimport membawa masuk barang secara sah. Tetapi ada yang tidak. Mereka yang mematuhi undang-undang mengalami kerugian besar kerana aktiviti-aktiviti underground ini. Kerajaan perlu membuat dasar-dasar yang lebih ketat dan meletakkan peraturan yang berkesan bagi menguatkuasakan undang-undang. "

Jelas di sini, aktiviti penyeludupan semakin hari semakin serius dan perlu ditangani segera. Jika dibiarkan, lambat laun ia pasti melumpuhkan ekonomi negara, pada masa yang sama menjejaskan keselamatan, keharmonian, dan gaya hidup masyarakat.

Image via tumblr.com

Dalam perkembangan terbaru, Majlis Perbandaran Sandakan (MPS), Sabah tangkas mengambil tindakan dengan menarik balik lesen dan menyenaraihitamkan peniaga yang menjual barang seludup

Tindakan tegas yang diperkenalkan Majlis Perbandaran Sandakan (MPS), Sabah, baru-baru ini, untuk menarik balik lesen dan menyenaraihitamkan peniaga yang menjual barang seludup khususnya rokok dan arak dilihat paling efektif untuk memerangi gejala itu.

Dengan penguatkuasaan tegas itu, peniaga bukan sekadar berdepan risiko didenda atau dipenjara, malah boleh ‘gulung tikar’ apabila lesen perniagaan mereka ditarik.

Sehubungan itu, pihak berkuasa tempatan (PBT) wajar mencontohi langkah MPS dalam usaha memastikan kegiatan rokok dan arak seludup dapat dibanteras sepenuhnya.

hmetro.com.my

Selain itu, dalam tempoh tiga hari Op Outlet bermula Isnin lalu (28 September), seramai lapan peniaga ditahan dalam operasi yang dijalankan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) di Terengganu, Pulau Pinang, Melaka, Perak, Kuala Lumpur dan Sarawak

Di Ipoh, Perak, seorang pemilik kedai runcit berusia 60 tahun ditahan penguat kuasa JKDM selepas serbuan menemui 314 peket atau 5,728 batang rokok seludup disembunyikan di premisnya di Gunung Rapat pada Selasa.

Peniaga itu cuba menyorokkan ratusan rokok seludup putih dan keretek pelbagai jenama di bawah rak jualan yang ditutup dengan rempah, tepung dan barang runcit lain.

Op Outlet 2.0 itu turut mendapat kerjasama Polis Diraja Malaysia (PDRM), Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) dan Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA).

Serbuan dijalankan secara serentak membabitkan tiga pasukan di tiga lokasi berasingan hasil maklumat awam dan risikan pihak berkuasa iaitu di Gunung Rapat, Ampang serta Simpang Pulai.

hmetro.com.my

Serbuan di sebuah pasar mini di Chandan Desa, Simpang Pulai pula berjaya menemui 68 peket (1,184 batang) rokok seludup dan menahan seorang warga Indonesia berusia 55 tahun

Sementara itu, satu lagi serbuan berjaya membuat rampasan terbesar dengan menemui sebanyak 1,180 peket (20,012 batang) rokok seludup di sebuah premis di Kampung Sengat di Simpang Pulai.

Dalam serbuan itu, seorang warga Indonesia yang tiada dokumen pengenalan diri atau permit kerja ditahan kerana dipercayai menyimpan dan menjual ribuan rokok seludup berkenaan.

Ketiga-tiga individu yang ditahan itu difahamkan akan didakwa mengikut Seksyen 135(1)(d) Akta Kastam 1967.

Sehubungan itu, JKDM memberi amaran kepada peniaga supaya tidak terbabit dalam penjualan rokok seludup kerana mereka berdepan tindakan tegas jika ditangkap, malah jika semua PBT mengambil langkah sama seperti MPS, peniaga boleh hilang punca rezeki mereka.

hmetro.com.my

Oleh itu, katakan #taknakseludup dan ayuh kita sama-sama perangi jenayah ini

Hari Tanpa Tembakau 2015 bertemakan 'Hentikan Perdagangan Rokok Seludup' jelas membawa mesej pelbagai impak negatif aktiviti dan tabiat ini. Dari pelbagai sudut termasuk kesihatan, keselamatan masyarakat, pembangunan insan, ekonomi dan rohani negara, rokok seludup harus diperangi oleh semua.

hmetro.com.my

Bukan itu saja, ada pelbagai lagi perkara negatif yang anda perlu tahu mengenai rokok seludup:

You may be interested in: