seismik

Kini Orang Islam Boleh Nikmati Minuman Vodka Dan Wiski 100% Halal!

"Don't drink and drive unless it's ArKay!"

Cover image via english.alarabiya.net

Berita Baik Untuk Golongan Muslim. Kini Anda Boleh Dapatkan Minuman Keras Keluaran ArKay Dengan Status Halal Dan 100 Peratus Bebas Alkohol!

Berpangkalan Di Florida, Amerika Syarikat, ArKay Merupakan Syarikat Pertama Di Dunia Yang Mengeluarkan Koleksi Minuman Keras Bebas Alkohol

Image via ArKay Beverages

ArKay adalah pengeluar minuman keras bebas alkohol yang pertama di dunia. Semua minuman keras keluaran ArKay mempunyai rasa, warna serta bau yang sama seperti minuman keras lain, tetapi tidak pernah diperam dan langsung tidak mengandungi alkohol. Ia sangat sesuai untuk sesiapa yang tidak dibenarkan meminum minuman keras yang memabukkan atas sebab-sebab peribadi, falsafah atau keagamaan.

Koleksi minuman keras bebas alkohol dari ArKay ini semakin mendapat populariti atas dasar keunikan dan inovatif kepada pengguna di seluruh dunia yang mencari minuman alternatif bebas alkohol.

Ini Bermakna, Umat Islam Di Seluruh Dunia Boleh Menikmati Minuman Wiski Dan Vodka Tanpa Ada Keraguan Lagi

Image via ArKay Beverages

Bukan Sahaja Vodka Dan Wiski, ArKay Juga Menawarkan Pelbagai Lagi Minuman Keras Yang Popular Seperti Tequila...

Image via ArKay Beverages

Rum...

Image via ArKay Beverages

Gin...

Image via ArKay Beverages

Brandy...

Image via ArKay Beverages

Margarita...

Image via ArKay Beverages

...Dan Banyak Lagi

Image via ArKay Beverages

Difahamkan, Minuman Jenis Liquor Telah Dibangunkan Di Switzerland Hasil Pelaburan Syarikat Sebanyak 5 Juta Dolar Dan Selepas Usaha Lima Tahun Penyelidikan

Image via ArKay Beverages

Naib Presiden Operasi Di Seluruh Dunia, Alejandro Luna Berkata Produk-Produk Ini Telah Menerima Permintaan Yang Sangat Memberangsangkan Sejak Diperkenalkan Tiga Tahun Lalu

"Kami menyedari ia akan menjadi satu kejayaan besar kerana orang tidak hanya memesan, malah mereka memesan semula produk kami. Permintaan adalah sangat luar biasa, pertama dari pengguna melalui laman web kami dan kemudian dari para peruncit, kedai-kedai runcit utama dan rantaian besar yang berminat untuk menjual produk kami kerana kandungannya yang tidak beralkohol."

"Kami mempunyai permintaan luas dari seluruh pelusuk dunia termasuk Jepun, Thailand, pulau-pulau di Selatan Pasifik dan Nicaragua. Produk kami akan menjadi kegemaran semua pengguna di seluruh dunia kerana kami mencipta sesuatu yang tiada siapa pernah hasilkan. Alternatif ini memang tidak pernah wujud sebelum ini."

"Ia sangat unik kerana apabila anda meminumnya, rasanya sama seperti minuman keras yang lain. Ramai orang menggemarinya kerana mereka boleh minum sebanyak mana yang mereka mahu tanpa mabuk," jelas Alejandro.

Adakah Produk Ini Telah Memasuki Pasaran Malaysia?

Buat masa ini, produk-produk ArKay belum lagi memasuki pasaran Malaysia. Mungkin rakyat Malaysia boleh mula menikmati minuman keras bebas alkohol ini tidak lama lagi. Apa-apa pun, ArKay perlu mendapatkan kelulusan dari JAKIM terlebih dahulu. Adakah koleksi minuman keras ArKay ini dibenarkan untuk dijual di negara? Sama-sama kita nantikan.

Sebelum Ini Juga, Sebuah Syarikat Dari Dubai Telah Memperkenalkan Minuman Wain Halal Pertama Di Dunia. BACA SINI:

You may be interested in: