Apple Iktiraf TKC Sebagai ‘Apple Distinguished School’ Pertama Di Asia Tenggara!
Hebat!
Satu sejarah telah tercipta baru-baru ini apabila Kolej Tunku Kurshiah (TKC) berjaya menerima pengiktirafan dari Apple sebagai 'Apple Distinguished School'
TKC telah lama menggunakan iPad sebagai alat bantuan mengajar iaitu sejak 2014.
Pengetua TKC, Anismah M Noh, berkata selain guru, 700 pelajar Tingkatan 1 sehingga 5 kolej itu menggunakan sepenuhnya iPad sebagai inisiatif menambah pengetahuan dalam pengajaran dan pembelajaran (PnP).
Katanya, para pelajar lebih berdikari dengan menggunakan peranti tersebut dan ia membolehkan pelajar belajar di mana-masa sahaja dengan menggunakan pelbagai aplikasi pembelajaran yang disediakan.
Bagaimanapun, dikhabarkan kolej ini perlu melalui beberapa prosedur terlebih dahulu sebelum dipilih sebagai ‘Apple Distinguished School’
Beberapa wakil dari syarikat Apple telah melawat sendiri ke kolej ini bagi merakam cara penggunaan dan pembelajaran menggunakan iPad oleh guru dan pelajar.
Kemudiannya rakaman itu dihantar ke ke Apple Amerika Syarikat di mana pengiktirafan kepada Kolej Tunku Kurshiah dibuat.
"Pengiktirafan ini membuktikan semua warga kolej mampu bekerjasama dan menyambut baik pembelajaran abad ke-21 seperti yang disarankan oleh Kementerian Pendidikan," katanya selepas Majlis Anugerah Kecemerlangan TKC di Bandar Enstek, Sabtu lalu.
bharian.com.myMajlis yang membanggakan tersebut disempurnakan oleh Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hasan
Keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2016 menunjukkan Negeri Sembilan berada di tempat kedua terbaik berbanding negeri-negeri lain.
Dalam pada itu, TKC juga dinobatkan sebagai Sekolah Berasrama Penuh (SBP) terbaik di seluruh negara, manakala Sekolah Menengah Sains Tuanku Munawir tempat kelima dan Sekolah Sains Perempuan Seremban tempat kelapan.