Mula-Mula Tiada, Lepastu Ada. Ini 8 Kenyataan Putar Belit UMNO Tentang Derma RM2.6 Bilion
Jika orang tanya dapat duit banyak-banyak dari mana? Apa akan anda jawab? Hanya UMNO boleh beri jawapan.
Pada 3 Julai 2015, kecoh satu Malaysia apabila berita mengenai RM2.6 bilion dikaitkan dengan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak.
The Wall Street Journal melaporkan bahawa penyiasat Malaysia mendapati wang sebanyak hampir AS$700 (RM2.6 bilion) telah dipindahkan ke akaun peribadi Najib.
Selepas isu ini kecoh, berikut adalah kenyataan-kenyataan yang dikeluarkan oleh Najib dan seteru UMNO beliau:
Kenyataan #1: Datuk Ahmad Maslan nafi Najib terima RM2.6 bilion dalam akaun peribadi
“Tidak betul. Tidak ada pengaliran (wang ke akaun Perdana Menteri) dan sebagainya. Sebenarnya Presiden parti telah berikan taklimat kepada kami Ahli Majlis Tertinggi tentang perkara itu. Beliau tidak pernah menggunakan wang 1MDB masuk ke dalam akaunnya,” kata Ahmad Maslan.
freemalaysiatoday.comKenyataan #2: Menyatakan ia adalah konspirasi pembangkang
Selepas isu itu menjadi viral, Najib mendakwa bahawa beliau difitnah dan ia mungkin juga konspirasi dari pembangkang yang ingin menjatuhkannya.
Walaupun begitu, tiada sebarang bukti yang mengatakan ini adalah strategi pembangkang untuk menjatuhkan Najib.
Kenyataan #3: Ingin mengeluarkan saman terhadap Wall Street Journal
Kedengaran juga selepas isu itu menjadi buah mulut orang ramai, Najib hendak mengenakan saman terhadap Wall Street Journal kerana baginya itu adalah satu fitnah yang ingin menjatuhkan imej dirinya sebagai pemimpin negara.
Bagaimanapun, ternyata tiada sebarang saman dibuat oleh Najib. Adakah ini bermaksud Najib mengakui laporan yang dibuat WSJ?
Datuk Seri Najib Razak tidak akan memfailkan tuntutan saman fitnah terhadap Wall Street Journal (WSJ) di Amerika Syarikat (AS) kerana beliau bukan personaliti terkemuka di negara itu untuk memperoleh nilai ganti rugi lebih tinggi, kata peguamnya.
themalaysianinsider.comKenyataan #4: Tiba-tiba mengaku ada RM2.6 bilion tapi itu bukan duit rakyat mahupun 1MDB
Selepas isu tersebut menjadi bualan ramai, ada yang mendakwa itu sebenarnya adalah duit rakyat yang 'dirompak' kerajaan selama ini dan ada juga yang mengatakan ia adalah wang dari akaun 1MDB yang turut menjadi isu hangat ketika itu.
Tetapi, Najib tetap menafikan tuduhan tersebut.
“Hasil siasatan mendapati dana sebanyak RM2.6 bilion yang didakwa dimasukkan ke dalam akaun milik YAB Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak adalah sumbangan penderma, dan bukannya dari dana 1MDB,” kata SPRM.
malaysiakini.comKenyataan #5: Mengaku terima wang tersebut tetapi ia sebenarnya duit derma
Satu rakaman video menunjukkan Tan Sri Muhyiddin membincangkan mengenai dakwaan bahawa wang jutaan ringgit dipindahkan ke akaun peribadi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak telah menjadi perhatian.
Video sepanjang 53 saat itu menunjukkan bekas timbalan perdana menteri itu berbual dengan beberapa orang tetamu di kediamannya, antaranya Menteri Besar Kedah Datuk Mukhriz Mahathir dan bekas menteri, Tan Sri Kadir Sheikh Fadzir.
Dan setelah isu itu menjadi viral, Najib akhirnya mengaku bahawa memang beliau menerima sejumlah wang tersebut tetapi hanyalah atas sebab derma dan tiada kena-mengena dengan wang rakyat seperti yang didakwa.
Kenyataan #6: Memberitahu bahawa duit derma tersebut datang dari kerajaan Arab Saudi
Najib akhirnya mendedahkan bawah dana itu disumbang oleh kerajaan Arab Saudi tanpa niat lain selain sebagai tanda penghargaan negara tersebut kepada Malaysia yang memperjuangkan Islam.
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, beliau secara peribadi bertemu dengan wakil "keluarga" dari Timur Tengah yang menderma AS$700 juta (RM2.67 bilion) kepada Datuk Seri Najib Razak.
themalaysianinsider.comDalam perjumpaannya itu, Zahid memberitahu Malaysia bukan satu-satunya negara yang mereka salurkan sumbangan tetapi terdapat banyak negara lain yang mesra Islam yang turut mereka beri derma.
Dalam masa yang sama, Datuk Seri Azalina Othman Said berkata itu adalah perkara biasa dan bukanlah isu yang besar.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu berkata tiada salahnya seseorang menerima pemberian wang sebanyak itu asalkan mendapat kebenaran penerima dan tidak menafikan hak mereka yang patut menerimanya.
themalaysianinsider.comKenyataan #7: Guna dana untuk kemajuan parti
Setelah itu, Najib memberitahu bahawa dana tersebut akan digunakan untuk kemajuan parti.
Tujuan utama sumbangan berkenaan diberikan kepada kerajaan yang ditunjangi UMNO ini adalah untuk memastikan Malaysia dapat meneruskan perjuangan demi agama Islam seperti yang dilakukan sebelum ini.
sinarharian.com.myMenurut Naib Presiden Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, terdapat tiga sebab mengapa 'dana khas' ini diberi.
1. Pemberian sumbangan ini ialah Malaysia mempunyai undang-undang khusus untuk mengekang keganasan kumpulan militan yang mampu menganggu-gugat keharmonian global.
2. Umno juga yang diterajui Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak memperjuangkan Islam dan mengamalkan ajaran Ahli Sunnah Wal Jamaah, serta mengekang ajaran yang menyeleweng daripada Islam sebenar.
3. Derma berkenaan adalah untuk mengiktiraf Malaysia sebagai sebuah negara sederhana yang menjalankan hukum Islam biarpun terdiri daripada masyarakat pelbagai kaum
Kenyataan #8: Duit derma dipulangkan semula. Hmmm kenapa?
Dan semalam media melaporkan bahawa Najib memulangkan semula sebahagian besar dana Rm2.6 bilion yang diterima daripada keluarga diraja Arab Saudi.
Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali, berkata sebanyak USD620 juta atau RM2.03 bilion dikembalikan semula pada Ogos 2013 kerana tidak digunakan.
freemalaysiatoday.comMenurutnya lagi, berdasarkan keterangan saksi-saksi dan dokumen-dokumen sokongan yang dikemukakan, beliau berpuas hati bahawa tidak terzahir apa-apa kesalahan jenayah berhubung sumbangan dana RM2.08 bilion tersebut.
Menariknya, kerajaan Arab Saudi tidak mengetahui sebarang berita mengenai derma ini. Eh?
Kementerian kewangan dan kementerian luar negara Arab Saudi tidak tahu menahu berkaitan sumbangan daripada kerabat diraja negara itu kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
“Pegawai-pegawai kerajaan Saudi, ketika enggan mengulas secara khusus terhadap kenaytaan pendakwa, berkata kementerian luar dan kewangannya tiada maklumat berhubung pemberian sebegitu dan sumbangan diraja ke akaun peribadi pemimpin luar tidak mempunyai duluan," menurut laporan WSJ.
Pulak dah?
Inginkan lebih cerita menarik seperti ini? LIKE Facebook SAYS SEISMIK serta follow kami di Twitter dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!