Menyayat Hati. Kucing Ini Enggan Tinggalkan Kubur Tuan Yang Telah Setahun Meninggal Dunia
Kasih haiwan pada tuannya memang tidak ternilai.
Seekor kucing dilihat begitu sedih selepas pemergian tuannya sehingga enggan meninggalkan kubur tuannya itu walau setelah setahun
Seorang lelaki, Keli Keningau Prayitno, 28, yang sedang berjalan di sebuah tanah perkuburan di Jawa Tengah, Indonesia pada mulanya terdengar bunyi seekor kucing seperti sedang menangis sambil berbaring di tanah.
Keli sangkakan kucing itu tidak bertuan. Jadi beliau membuat keputusan untuk membawanya pulang ke rumah. Walaubagaimanapun, kucing itu tetap akan ke kubur tersebut setiap hari untuk berbaring di tempat yang sama dan memeluk sebuah batu nisan berwarna biru.
Selama setahun, inilah rutin kucing itu setiap hari.
Walau diberi makan oleh pengunjung yang datang, kucing berkenaan masih enggan meninggalkan kubur tuannya, berguling di atas tanah, dan juga tidur di situ setiap malam
"Sejak tuannya meninggal dunia, kucing itu tetap tinggal di kubur. Ia tidak mahu pulang ke rumah. Ia telah berada di sini selama hampir setahun.
"Saya fikir mungkin kucing ini kehilangan tempat tinggal dan cuba untuk membantu tetapi setiap kali ia akan kembali ke tempat yang sama.
"Saya melihat sendiri setiap hari dan menyedari bahawa ia sentiasa berada di sisi kubur tuannya. ia akan meninggalkan tempat itu untuk beberapa jam, kemudian datang semula," jelas Keli.
Difahamkan, kucing itu akan meninggalkan kubur tuannya buat seketika untuk pergi makan di rumah tuannya itu, di mana ia akan diberi makan oleh anak-anak tuannya tersebut. Selepas makan, ia pulang semula ke kubur.
Menurut Keli, pemilik kucing tersebut adalah seorang wanita tua yang dikenali dengan nama Ibu Kundari. Beliau telah meninggal dunia tahun lalu.
"Saya mengikuti kucing itu dan ia akan ke rumah di mana ia biasa tinggal dan anak-anak wanita itu akan memberinya makan.
"Kemudian ia akan pulang semula ke tempat yang sama. Ia tidur di sana dan selalu mengiau.
"Kadang-kadang, kami akan bawa makanan dan minuman kepada kucing itu tetapi ia masih tidak berganjak daripada kubur tersebut," kata Keli lagi.
"Saya berasa amat sedih melihat keadaan kucing itu. Ini menunjukkan betapa rapat dan utuhnya ikatan haiwan dengan pemiliknya."
Inginkan lebih cerita menarik seperti ini? LIKE Facebook SAYS SEISMIK serta follow kami di Twitter dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!