seismik

3 Ekor Kucing Gadis Ini Mati Sekelip Mata Diracun Jiran. Kejam Sungguh!

Apabila manusia tak lagi bertindak seperti manusia. :(

Cover image via Farah Fasci/Facebook

Saat kami membaca post ini di Facebook, kami sendiri terkejut dan bengang. Bagaimanalah seorang manusia yang dikurniakan akal fikiran tergamak membunuh 3 ekor kucing yang tidak berdosa?

Cerita tersebut dikongsi oleh Farah Fasci di laman Facebook yang mana ketiga-tiga ekor kucing kesayangannya mati setelah memakan ikan bilis beracun yang dipercayai dilakukan oleh jirannya sendiri.

Anda baca dan nilai lah sendiri.

Farah menganggap ini antara peristiwa pahit buat beliau sekeluarga. Pada awalnya seekor saja mulut berbuih tetapi selepas itu...

22/5/16: KAU BUNUH KUCING2 AKU!

Semalam, peristiwa yang pahit untuk kami sekeluarga terima. Jiran kami sendiri telah memberi racun untuk membunuh kucing2 kami. Bukan seekor tapi 3 ekor! Caranya mudah, cuma letakkan ikan bilis yang telah ditaburkan serbuk warna biru (racun) di dalam plastik, kemudian dibiarkan terdedah di luar pagar rumah.

facebook.com

Kucing 1: Kucing kesayangan mak, sangat manja

Image via Farah Fasci/Facebook

Plastik yang mengandungi racun.

Image via Farah Fasci/Facebook

Pada awalnya kami cuma tersedar seekor saja yang tiba2 berbuih mulut. Kami syak mungkin termakan tikus atau binatang lain yang berbisa. Tak lama lepas tu, seekor lagi berbuih mulut nya. Ok, kami yakin ini memang diracun! Terus pergi rumah jiran tersebut, sah memang ada 'umpan'. Masa yang sama jugak seekor lagi kucing kami tengah elok makan umpan tu. Kami bawak kucing tu balik, dan bagi nya minum air kelapa. Namun tak lama lepas tu mulutnya pula berbuih.

facebook.com

Betapa pilunya hati mereka melihat seekor demi seekor mengerang kesakitan dan mati di depan mata mereka sekeluarga. Pelbagai penawar yang diberi tetapi ternyata tidak berhasil.

Sisa ikan bilis kami campak kedalam longkang, takut dimakan kucing lain. (Patut bagi orang tu makan balik!)

Image via Farah Fasci/Facebook

Ya Allah, betapa pilunya hati kami melihat seekor demi seekor mengerang kesakitan dan mati didepan mata kami sekeluarga. Kami cuma mampu memberi air kelapa, air arang, air tanah dan air garam sebagai penawar. Kucing2 kami cuma mampu bertahan sekejap sahaja, kerana racun tersebut terlalu kuat. Kucing2 kami tak mampu untuk bersuara, hanya gelisah meronta menahan sakit. Namun dari pandangan matanya kami tahu mereka meminta tolong. Beratnya derita yang dilalui. Kalaulah penderitaan itu dapat kami tanggung Ya Allah...

facebook.com

Kucing 2: Baru melahirkan anak minggu lepas. Kini tinggal anak2nya tanpa ibu..

Image via Farah Fasci/Facebook

Apa yang lebih mmembuatkan beliau sedih salah seekor kucingnya yang mati itu baru saja melahirkan anak dan seekor lagi sedang bunting dan hanya menunggu masa saja untuk beranak

Kucing 3: Tengah sarat bunting..sampai tercirit menahan sakit..

Image via Farah Fasci/Facebook

Lebih menyedihkan bila mengenangkan kucing kami yang baru saja melahirkan anaknya minggu lepas, dan seekor lagi sedang bunting dan menunggu masa untuk beranak. Semuanya pergi sekelip mata. Kau memang kejam jiran! tahukah anda hukuman diakhirat kelak? Sekiranya anda tidak tahu, perlu kah anda berniat jahat terhadap haiwan?

Memang aku benci kau jiran! Macam mana kucing2 aku terseksa, moga kamu rasa balasan yang setimpal. Allah maha adil.

Pada penduduk TAMAN BATU GAJAH PERDANA, PUSING, PERAK sila berjaga jaga dengan manusia seperti ini. Mereka tidak berperikemanusiaan kerana mereka lebih teruk dari binatang!

facebook.com

Rumah suspek.

Image via Farah Fasci/Facebook

Rumah suspek.

Image via Farah Fasci/Facebook

Sedia maklum, kucing adalah haiwan kesayangan Nabi Muhammad S.A.W tetapi mengapa kita manusia yang diberi akal fikiran sangggup melakukan perkara sedemikian rupa?

Diriwayatkan bahawa Nabi Muhammad SAW mempunyai seekor kucing diberi nama Mueeza. Salah satu sifat Mueeza yang paling Nabi suka ialah Mueeza selalu mengiau ketika mendengar suara azan, seolah-olah seperti mengikuti alunan suara azan. Nabi berpesan kepada para sahabatnya untuk menyayangi kucing peliharaan seperti mana menyayangi keluarga mereka sendiri.

Pernah juga Nabi mahu mengambil jubahnya dan Mueeza sedang tidur di atasnya. Nabi pun memotong belahan lengan yang ditiduri Mueeza daripada jubahnya supaya tidak menganggu Mueeza. Selepas Nabi pulang ke rumah, Mueeza terbangun dan pergi merunduk sujud kepada majikannya. Sebagai balasan, Nabi menyatakan kasih sayangnya dengan mengusap lembut ke badan kucing itu sebanyak tiga kali. Nabi menekankan dalam beberapa hadis bahawa kucing itu tidak najis.

utusan.com.my

Inginkan lebih cerita menarik seperti ini? LIKE Facebook SAYS SEISMIK serta follow kami di Twitter dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Lagi kisah mengenai kucing diracun:

You may be interested in: