seismik

7 Lagi Kedai Bundle Best Untuk Anda 'Selam' Puas-Puas. Harga Serendah RM3 Je!

Barang bundle pun berkualiti taw!

Cover image via Instagram @okgostore & 2nd Street / Facebook

1. Bargain Basement

Bargain Basement adalah sebuah inisiatif Yayasan Tan Sri Lee Shin Cheng, kumpulan amal IOI Group. Syarikat sosial ini menggalakkan penglibatan komuniti sambil menjual pakaian kitar semula pada harga yang berpatutan. Sebanyak 100% hasil Bargain Basement disalurkan kepada pelbagai badan amal.

Lokasi:
- IOI City Mall, Putrajaya
- IOI Mall, Puchong

Waktu operasi:
10am - 10pm setiap hari

Facebook | Laman web

2. OKGO Store

Bukan setakat kedai bundle, OKGO Store juga memuatkan kafe mini yang menghidangkan kopi hitam dan kopi cold brew yang lazat! Konsep kedai yang insta-worthy ini juga menjadikan pengalaman 'menyelam' lebih menyeronokkan.

Lokasi:
17A (Tingkat 1), Jalan SS18/1B, 47500 Subang Jaya, Selangor.

Waktu operasi:
Selasa hingga Sabtu (12pm - 9pm)
Ahad (12pm - 5pm)
Tutup pada Isnin

Facebook | Instagram

3. Kedai BLESS

BLESS, singkatan kepada 'Bringing Life and Evangelism through Social Services' adalah sebuah projek yang dimulakan oleh SIBKL untuk membantu masyarakat kurang bernasib baik. Kedai BLESS secara khusus mengutip dana bagi membiayai projek amal di bawahnya seperti program outreach Orang Asli, menyediakan makanan untuk 1,000 kanak-kanak pelarian Myanmar, dan banyak lagi.

Lokasi:
- Mid Valley Megamall, KL
- Ara Jaya, Petaling Jaya
- Citta Mall, Petaling Jaya
- Sunway Mas Community Centre, Petaling Jaya
- One Utama Shopping Centre, Petaling Jaya

Waktu operasi rujuk sini.

Facebook | Laman web

4. Family Bundle

Pelanggan setia Bundle Family mempunyai dua sebab untuk kembali datang ke sini: harga murah dan kepelbagaian! Rak-rak di sini begitu panjang dan macam tak berkesudahan. Denim, korduroi, flanel, dan jaket dari pelbagai jenis semuanya ada!

Lokasi:
1, Jalan Awf 1, Ampang Waterfront, 68000 Ampang, Selangor.

Waktu operasi:
10am hingga 12am setiap hari

5. 2nd Street

2nd Street adalah syarikat Jepun yang mengeksport pakaian terpakai ke negara-negara Asia. Ia mempunyai lebih daripada 550 kedai di Jepun, tetapi telah membuka tiga cawangan di Lembah Klang sejak pelancaran baru-baru ini. Harga mungkin mahal sedikit kerana menampilkan barang-barang berjenama, dengan persekitaran yang berhawa dingin dan bersih.

Lokasi:

- Jalan SS13/3C, Subang Jaya
- Jalan SS15/8A, Subang Jaya
- Westpoint Home Gallery, Bandar Utama

Waktu operasi:
Setiap hari (10am hingga 10pm untuk SS15 dan Bandar Utama)
Setiap hari (11am hingga 8pm untuk SS13)

Facebook | Instagram | Laman web

6. by.aween

by.aween beroperasi terutamanya dalam talian dan di jualan boot kereta. Keistimewaan kedai ini adalah pakaian wanita vintaj dalam warna pastel lembut dan reka bentuk bunga. Harga pakaian yang dijual boleh mencecah serendah RM3 sehelai apabila anda berbelanja secara di kedai dan bukan dalam talian!

Lokasi:

- Uptown Shah Alam Seksyen 24
- Uptown Santai Setia Alam

Waktu operasi:
Setiap hari (8pm hingga 3am di Shah Alam)
Setiap hari (8pm hingga 2am di Setia Alam)

Instagram

6. Vintage Moonriver

Vintage Moonriver banyak menampilkan barang-barang rare dari Jepun, USA, dan Australia. Untuk penggemar pakaian vintaj, ini adalah tempat yang wajib untuk anda tuju. Semuanya cantik dan murah!

Alamat:
SG08, Subang Square Shopping Gallery, Jalan SS15/4G, 47500 Subang Jaya, Selangor.

Waktu operasi:
2pm hingga 6pm kecuali Sabtu dan Ahad

Facebook | Instagram

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Tak cukup? Nah!

You may be interested in: