9 Kedai Bundle Terbaik Yang Korang Boleh 'Selam' Sekitar Kuala Lumpur & Shah Alam!

Okay checklist baru nak pergi menyelam!

Ramai yang tidak tahu sekitar Kuala Lumpur dan Shah Alam terdapat banyak kedai bundle jual barang-barang rare!

Pelbagai jenis pakaian yang murah telah menjadikan kedai bundle syurga dan kegilaan kepada mereka yang gemar untuk berjimat cermat dan bergaya pada masa yang sama.

Image via GIPHY

Ramai juga yang menjadikan bundle sebagai alternatif bagi mereka yang gemar pergi ke pusat membeli-belah. Mana lagi nak cari yang cantik tetapi murah?

Dengan itu, kami senaraikan 9 kedai bundle terbaik sekitar Kuala Lumpur dan Selangor untuk anda explore nanti!

1) Jalan Raja Bot (JRB Vintage Market), Kuala Lumpur

Berderet peniaga-peniaga bundle menjalankan jualan di Jalan Raja Bot, Chow Kit. Dengan harga yang mampu milik dan berpatutan serta pilihan barangan yang banyak, anda pasti tidak akan kecewa. 

Siapa yang belum sampai ke Jalan Raja Bot, boleh berkunjung ke sini!

Alamat :  No 48 Jalan Raja Bot, Chow Kit, KL, 50300 Kuala Lumpur, Malaysia.
Waktu operasi : Jumaat & Sabtu. 9 malam sehingga 4 pagi.

Anda boleh ikuti updates mereka di :- Facebook

2) Baden Baden Bundle Setapak, Kuala Lumpur

Baden Baden Bundle mempunyai cawangan di Port Dickson dan di sekitar Lembah Klang. Apa yang menariknya disini, terdapat pelbagai baju untuk semua peringkat umur seperti wanita, kanak-kanak dan lelaki.

Alamat : Lot 3, 5, 4, Jalan Genting Kelang, Danau Kota, 53300 Kuala Lumpur.
Waktu operasi : Isnin - Ahad. 10 pagi sampai 12 malam.

Anda boleh ikuti updates mereka di :- Facebook | Instagram

3) Buntil Bundle, Shah Alam

Kepada mereka yang gemar barang-barang vintage boleh datang ke Buntil Bundle! Pelbagai jenis koleksi dari baju flannel sehingga pilihan jeans yang ada untuk anda. Jom selam sampai jumpa yang terbaik!

Alamat : 16 Jalan Opera C U2/C, Taman TTDI Jaya.
Waktu operasi : Isnin - Ahad. 12 tengahari sampai 12 malam.

Anda boleh ikuti updates mereka di :- Instagram

4) Bandoru Store, Shah Alam

Kalau yang biasa lalu Federal Highway, mesti akan nampak kedai ini. Bandoru merupakan concept mall atau pusat membeli belah yang mengumpulkan barangan preloved, preowned dan original.

Kualiti barangan ini dijamin kerana straight daripada Japan. Harga yang murah dan pelbagai pakaian fesyen pastinya akan membuatkan anda rambang mata!

Alamat : Selangor PT7, Federal Highway Batu 3, 40150 Shah Alam.
Waktu operasi : Isnin - Jumaat. 10 pagi hingga 10 malam.

Anda boleh ikuti updates mereka di :- Instagram  | Twitter 

5) Jalan Jalan Japan, Subang

Jalan Jalan Japan sangat sesuai untuk mereka yang gemar pakaian daripada Jepun! Ala-ala Jepun gituh! Pelbagai jenis pakaian di sini pasti akan buat anda rambang mata. Jom ramai ramai pergi!

Alamat : 1A Skypark One City, Jalan USJ 25/1, Subang Jaya.

Waktu operasi : Isnin - Ahad. 10 pagi hingga 10 malam.

Anda boleh ikuti updates mereka di :- Instagram

6) Abe Bundle, Shah Alam

Image via Abe Bundle

Abe Bundle merupakan lokasi untuk mereka yang mahukan pakaian dari punk ke hipster. Pelbagai saiz untuk mereka yang berbadan gempal juga ada di sini.

Anda sepastinya mahu singgah ke Abe Bundle untuk melengkapkan gaya anda! Bukan sahaja pakaian, kasut branded seperti Timberland dan Nike juga dijual disini.

Alamat : Jalan Padang Jawa, Seksyen 16, 41300 Shah Alam, Selangor.
Waktu operasi : Isnin - Ahad. Beroperasi 24 jam.

7) Yellow Kombi Vintage, Kuala Lumpur

Jika anda gemarkan barangan vintage dan retro, anda pasti akan sukakan Yellow Kombi Vintage! Pelbagai pakaian dari harga RM5 ringgit sahaja. Terletak di Kompleks Membeli Belah Campbell, anda pasti mahu 'selam' disini!

Alamat : 98, Jalan Dang Wangi, City Centre, 50100 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Waktu operasi : Isnin - Ahad. 11 pagi sampai 9 malam.

Facebook

8) JBR Bundle, Shah Alam

JBR Bundle ini merupakan bundle yang sangat teratur dan unik. Terlalu banyak pilihan disini kerana semua pakaian dibahagikan mengikut department. Ada pakaian lelaki, perempuan, mainan, handbags dan branded items! Rugi tak datang!

Alamat : Jalan Penyelenggara U1/73, Hicom-glenmarie Industrial Park, 40150 Shah Alam, Shah Alam, 40150 Shah Alam, Selangor.
Waktu operasi : Isnin-Ahad. 10 pagi hingga 12 malam.

Anda boleh ikuti updates mereka di :- Instagram

9) Klumby, Bandar Tasik Permaisuri, Kuala Lumpur

Malas nak selam? Nak cari terus barangan yang rare? Sini lah tempatnya! Klumby yang terletak di Bandar Tasik Permaisuri ini sangat power. Pelbagai jenama juga anda boleh cari dekat sini seperti Levis, Denime, Evisu, Ralph Lauren dan Schoot!

Alamat : No. 26 & 26-1, Jalan Dwitasik, Bandar Sri Permaisuri, Cheras, Kuala Lumpur, 56000, Wilayah Persekutuan, 56000 Cheras, Kuala Lumpur.
Waktu operasi : Isnin - Ahad. 12 pagi hingga 12 malam.

Anda boleh ikuti updates mereka di :- Facebook

Puas sebenarnya 'menyelam' ni sebab jumpa barang yang ekslusif dan lain daripada yang lain. Memang seronok dan puas hati! Yang penting kena sabar dan ambil masa! Have fun guys!

Image via GIPHY

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Leave a comment