Betul Ke Lagu 'Mambang' Ditujukan Kepada Malique? Altimet Buka Mulut Dan Jawab Spekulasi
"Nak percaya ke tak, terpulang."
“Aku seru kau masuk gua mambang
Duduk diam jangan qiam didalam sarang
Tata Bahasa tinju kata dalam sarang
Kalau berani jemput datang mari bertandang”
Dalam masa tiga hari sahaja, nukilan terbaru Altimet telah pun mengungguli tangga ke-9 dalam carta trending di YouTube
Lagu yang berdurasi 3 minit 46 saat itu merupakan single terbaru daripada Altimet yang ditulis olehnya dan dikompos dan digubah oleh Alif Ilham (Puffie Top) dan juga Emir Hermono.
Menariknya, lagu ini juga menyelitkan unsur muzik tradisional gamelan yang sangat unik diikuti rentak hip-hop yang memang catchy.
Namun begitu, bait-bait lirik lagu ini menyaksikan Altimet seolah-olah menyindir seseorang atau mungkin sekumpulan
Pelbagai spekulasi membelenggu media sosial sejak Altimet melancarkan single tersebut. Ramai netizen membuat andaian bahawa bait-bait lirik lagu ini seolah-olah ditujukan kepada bekas penyanyi Too Phat iaitu Malique.
Walau bagaimanapun, semalam Altimet mengeluarkan kenyataan di laman Twitter miliknya yang lagu ini bukanlah mengenai rapper lain sepertimana disebut-sebut oleh netizen
“3-4 bulan lepas tu aku dapat la beat, dinamakan #mambang. Aku dapat idea utk aku yang dulu ‘tembak’ aku yang sekarang. I against I, aku lawan aku. Apa lagi jalan ah. Tulis. Kumpul point2 nak kenakan diri sendiri. Dulu aku suka keluar sana sini, sekarang aku lagi selesa duduk studio tulis lagu. Point. Dulu aku suka battle sekarang suka bercerita. Point. Ni point2 jadi chorus.
"'9 album 3 tahun' aku ada 3 album. 2008, 2014, 2016. 'Yang pertamanya gila' album 2008 tu la paling pure hiphop, aku yang lama boleh terima lagi. 'Acah deep tulis lagu utk budak acah deep' aku dulu tulis nak tulis #bars je.
"Punchlines je. Apa hal aku sekarang tulis lagu macam Aku Tahu, Kembali, Selamat Pagi, Bangkit? Thats weak stuff, we want bars, hanat. Berdasarkan pengalaman & pembacaan aku, dalam dunia ni kita hanya melawan diri kita sendiri, bersaing dgn orang lain tak best sebenarnya. Kalau tanya org yg cemerlang dlm bidang masing2 rata2 akan kata benda yang sama," tulis Altimet.
"Utk yang kenal aku, dah 19 tahun aku tulis lagu rap, aku tak pernah ambik pusing
pasal rappers lain atau apa yang diorang buat. Tak masuk akal aku ubah
pendirian ni di 9 bulan terakhir aku dlm arena ni.
"Mmg ada org bila dgr lagu ni akan kata aku bahasakan rapper lain. Kenapa? Sbb dah 25 tahun media massa fokus kat rappers bergaduh sesama sendiri. Sampai peminat nak rappers fave diorang gaduh. I know, i used to love all that beefing.
"So, tepuk dada tanya selera. Aku dah break down kan lagu ni. Nak percaya ke tak, terpulang. Peace," tulisnya lagi.
Berikut merupakan petikan thread yang ditulis Altimet bagi menjelaskan mengenai isu ini. Untuk penjelasan penuh, boleh klik di sini.
Senario hip-hop di Malaysia kini semakin bertambah menarik. Mungkinkah ada rapper yang akan menyahut diss track Altimet selepas ini?
Sama-sama kita tunggu! Buat masa sekarang, layan dulu lagu Mambang di bawah:
Artikel ini merupakan sebahagian daripada rantaian #saysplaylist,dimana kami mengetengahkan bakat-bakat dan lagu-lagu baru industri muzik tanahair. Jika anda ada sebarang cadangan atau idea untuk siapa yang kami boleh feature selepas ini, isikan pada ruangan komen di bawah!