seismik

Perangai Iqram Dinzly Mula Pelik, Netizen Anggap Beliau Tidak Waras Dan Ikut Ajaran Sesat

Selepas bapanya meninggal dunia, Iqram mula berkelakuan aneh.

Cover image via SAYS via Instagram @iqramdinzly

Baru-baru ini, telah viral di media sosial tentang perubahan drastik Iqram Dinzly yang telah mengundang pelbagai reaksi dari netizen

Perangai Iqram mula menjadi buah mulut netizen sejak Oktober lalu apabila beliau sering berkongsi gambar yang pelik lagi aneh selepas bapanya, Muhammad Saipuddin Datuk Seri Ahmad Said meninggal dunia pada 10 Oktober lalu kerana penyakit diabetes dan darah tinggi serta diserang angin ahmar.


Ramai membuat spekulasi bahawa dia sedang mengalami depression. Ada juga yang berkata ia merupakan kesan daripada menuntut ilmu yang salah

Keadaan fizikal Iqram juga jauh berbeza jika dibandingkan ketika dia aktif berlakon dahulu.

Netizen menganggap depression, ajaran sesat, dan najis dadah merupakan punca Iqram Dinzly berperangai sebegitu.

Ramai juga yang meluahkan rasa sedih kerana insan yang aktif berlakon drama dan filem suatu ketika dahulu kini sudah menjadi orang lain.

Antara rakan artis yang rapat dengannya seperti Zulin Aziz berkata bahawa Iqram ketika ini amat memerlukan sokongan moral daripada semua pihak

Beliau juga mengajak orang ramai untuk berhenti memaki hamun sebaliknya mendoakan yang baik-baik untuk Iqram.

Selain itu, seniwati negara Erma Fatima juga memberi sokongan moral terhadap Iqram serta percaya beliau masih sama seperti dulu

Jika benar Iqram sedang mengalami depression, seharusnya kita menghulurkan bantuan dan mendoakan yang terbaik untuknya, bukan menjadikan bahan jenaka

Di Malaysia, ramai yang tidak peka tentang mental sickness yang boleh terjadi kepada sesiapa sahaja.

Sebaliknya netizen di Malaysia akan mengecam secara berterusan dan bertindak memalukan apabila berhadapan mereka yang mengalami penyakit ini.

Ia merupakan perkara serius dan harus diambil berat oleh semua pihak.

Tonton video aksi Iqram di Instagram Live di SiNI:

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Jangan ambil mudah tentang kemurungan. Ia bahaya dan perlu dirawat. Lagi di SAYS:

You may be interested in: