seismik

Lagu "Negaraku" Berkumandang Lagi Di Seluruh Pawagam Malaysia Selama 18 Hari

Sebelum menonton wayang, jangan lupa untuk nyanyi lagu "Negaraku" dahulu.

Cover image via onlinemetro.net

Bermula 30 Ogos Sehingga 16 September 2014, Lagu "Negaraku" Akan Dimainkan Sebelum Permulaan Filem Di Pawagam Seluruh Malaysia Sempena Hari Kemerdekaan Dan Hari Malaysia

Lagu Negaraku akan berkumandang di 70 pawagam seluruh negara bermula 30 Ogos hingga 16 September 2014 sempena Hari Kemerdekaan dan Hari Malaysia.

Image via onlinemetro.net

Lagu Negaraku akan berkumandang di 70 pawagam seluruh negara bermula 30 Ogos hingga 16 September 2014 sempena Hari Kemerdekaan dan Hari Malaysia.

astroawani.com

Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Sri Ahmad Shabery Cheek, berkata inisiatif itu secara tidak langsung mewujudkan penglibatan rakyat bagi menyemarakkan semangat patriotik.

astroawani.com

Program Ini Diadakan Buat Kali Kedua Selepas Tahun 2013 Setelah Menerima Maklum Balas Positif Daripada Orang Ramai

Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Sri Ahmad Shabery Cheek.

Image via blogspot.com

Pada masa sama, program itu juga merupakan kelangsungan daripada program sama yang telah diadakan tahun lalu.

astroawani.com

"Ini merupakan tahun kedua kita mainkan lagu Negaraku dan promo sempena Hari Merdeka di dalam pawagam. Tahun lepas semuanya berjaya. Tidak ada yang mengadu, tidak ada yang tidak mematuhinya malahan ada yang marah kalau ada orang yang tak berdiri," kata Shabery Cheek.

astroawani.com

Maklumat Lanjut Mengenai Nyanyian Lagu Negaraku Di Dalam Pawagam Pada Tahun 2013 Boleh Didapatkan DI SINI:

Syarikat Pawagam Yang Terlibat Dengan Program Ini Antaranya Ialah Golden Screen Cinemas (GSC), Tanjong Golden Village (TGV) Dan MBO Cinemas

Syarikat GSC adalah antara yang terlibat dalam program Merdeka.

Image via everydayonsales.com

Tambah Shabery, antara pawagam yang akan menjayakan program tersebut adalah Cathay Cineplexes, TGV Cinemas, Golden Screen Cinemas, Lotus Five Stars Cinemas dan MBO Cinemas.

astroawani.com

Selain Lagu Negaraku, Tiga Lagi Promo Merdeka Terbitan Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (FINAS) Akan Turut Ditayangkan Manakala Dokumentari Kemerdekaan Akan Bersiaran Di Siaran Astro Prima

Selain lagu Negaraku, tiga lagi promo terbitan Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (FINAS) akan turut ditayangkan adalah Sajak Merdeka, Jalur Gemilang dan Di Sini Lahirnya Sebuah Cinta.

astroawani.com

Selain promo Merdeka di pawagam, terdapat juga 10 Dokumentari Kemerdekaan yang bakal ditayangkan bermula 30 Ogos hingga 16 September ini. Dokumentari yang berkisar patriotik serta kisah pejuang kemerdekaan itu akan bersiaran di slot #kitasama menerusi saluran Astro Prima siaran 105.

astroawani.com

Sempena Merdeka Kali Ini, SAYS Dengan Hashtag #HowToLoveMalaysia Memaparkan Kisah-Kisah Menarik Tentang Bagaimana Menunjukkan Rasa Cinta Kepada Negara

You may be interested in: