seismik

"Alhamdulillah Jimat Duit Saya" - Lelaki Ini Kongsi Teknik Simple Didik Anak-Anak Menabung

Teknik berguna buat ibu bapa.

Cover image via Najib Mohamed/Facebook

Ibu bapa pasti selalu melalui situasi yang mana anak-anak sering meminta belikan alat mainan atau apa saja barang kesukaan mereka.

Sekiranya ini terjadi kepada anda, apakah yang anda akan lakukan? Teruskan membeli atau tidak ambil peduli?

Kadang-kadang harga barang yang diingini mereka tidaklah begitu mahal tetapi adakah perlu untuk anda sebagai ibu bapa memenuhi kehendak tersebut tanpa memikirkan cara lain untuk mereka mendapatkannya?

Mari kita ikuti cara dan pendekatan yang digunakan Najib Mohamed dalam mendidik anak-anaknya untuk menabung dan mendapatkan sendiri alat mainan kesukaan mereka

CABARAN RM39.90 BERJAYA!!

Memandangkan anak-anak dah 5 & 6 tahun, barulah boleh bagi training mengenai kewangan, tabiat menyimpan, ilmu hisab.

Cabaran ini bermula sejak awal bulan Mac. Mereka nak beli set Lego ninjago. Secara spontan, saya cakap, "kali ini daddy tak nak belikan. Abang and aaqil kene beli sendiri."

Muka masing-masing terkesima. Kalau tak, bajet sure approve punye kalau nak beli lego. Maklumlah, bila cikgu tanya, ayah kerja apa, mereka boleh jawab, daddy saya buat duit. erk!

facebook.com

1. Menyuruh anak-anaknya bertanyakan sendiri harga set lego tersebut

Saya suruh mereka tanya abang jaga kedai lego tu, berapa harga set itu. Mula-mula takut, tak nak pergi. Tapi, saya cakap, takde orang nak marah pun kalau mereka tanya.

Mereka berdua memberanikan diri bertanya. Saya memerhatikan dari jauh.

facebook.com

2. Menyuruh anak-anaknya mengumpul duit dan menubuhkan satu 'tabung mainan'

Selepas berpuas hati dengan penerangan abang tu, terus mereka menerpa saya. Nak beli kena ada RM40, kata mereka.

Ok, mulai saat ini abang dan aaqil kena kumpul duit. Buat satu tabung lagi. Tabung untuk beli mainan. Mereka menggangguk. Dan keluar dari kedai.

facebook.com

3. Beliau menyuruh anak-anaknya menjaga kelakuan. Upah akan diberikan satu ringgit satu hari.

Sampai di rumah, saya beritahu, jika mereka behave dan jadi anak soleh, saya berikan seringgit sehari. Tugasan yang mudah; senang kejut pagi, makan bfast habis, buat homework, tidur bilik masing-masing, kemas mainan, tolong mummy.

Mula-mula mereka buat semata-mata seringgit. Tapi bila dah kelamaan dah jadi kebiasaan, sampai lupa nak minta seringgit pun sebelum tidur.

facebook.com

4. Ajar anak-anak bagaimana untuk susun duit, kira duit

Mereka sentiasa mengira duit dalam tabung mainan mereka. Saya ajar mereka bagaimana untuk susun duit, kira duit.

facebook.com

5. Setkan matlamat anak-anak supaya keep on track!

Tahan kehendak lain. Maklum lah perangai budak, semua mainan mereka nak. Saya akan cuba setkan balik matlamat mereka on track. Jadi, mereka dah dapat tahan hampir 3 bulan daripada beli mainan lain.

facebook.com

6. Suruh anak-anak buat pembayaran sendiri

Minggu lepas, duit tabungan mereka sudah mencukupi. Bukan main suka lagi mereka, tak sabar-sabar nak pergi kedai lego. Semalam, pagi lagi mereka sudah keluarkan duit tabung masing-masing dan berikan pada saya.

Setelah selesai beberapa urusan, sempat singgah kedai lego untuk melunaskan janji. Pembelian mainan kali ini amat mudah. Kerana mereka sudah ada matlamat. Masuk kedai. Terus ambil set lego idaman.

Saya berikan duit dan suruh mereka buat pembayaran sendiri, dua beradik. Kali ini, langsung tak gugup, adalah sikit keberanian. Sukanya mereka bukan main. Kepuasan nampak di wajah mereka.

On the way balik, si abang kata, lepas ini nak kumpul duit, nak beli kereta control pula. Dalam hati saya, Alhamdulillah, jimat duit saya :)

facebook.com

Sebenarnya memang banyak cara untuk kita mendidik anak-anak. Cuma bagaimana kita lakukannya itu yang paling penting. Terima kasih saudara Najib, teknik yang sangat berguna!

Image via giphy.com

Inginkan lebih cerita menarik seperti ini? LIKE Facebook SAYS SEISMIK serta follow kami di Twitter dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Pernah dengar ada orang simpan duit dalam tong gas? Baca SINI:

You may be interested in: