Lelaki Maut Jatuh Longkang Di Bazaar Ramadan
Mangsa tidak sempat membeli juadah berbuka puasa setelah meninggal dunia selepas gagal melepasi sebuah longkang di bazaar Ramadan.
Seorang Lelaki Berusia 34 Tahun Maut Selepas Terjatuh Ke Dalam Longkang Seluas Kira-Kira Satu Meter Di Tapak Bazaar Ramadan Putrajaya Pada Petang 30 Jun 2014
Seorang kakitangan Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar tidak sempat membeli juadah berbuka puasa apabila dia maut selepas tergelincir ketika cuba melintas longkang di tapak bazar Ramadan Putrajaya.
utusan.com.myDalam kejadian kira-kira 5.30 petang, mangsa Muhammad Kamal Salleh Hodin, 34 dipercayai terjatuh ketika melangkah untuk cuba melintasi longkang seluas kira-kira satu meter untuk membeli juadah berbuka puasa.
hmetro.com.myMenurut Seorang Saksi Yang Dikenali Dengan Nama Shahrin, Dia Ternampak Mangsa Terjatuh Ke Dalam Longkang Tersebut Dan Kepala Mangsa Berlumuran Darah
"Mangsa cuba melintasi longkang selebar semeter itu tanpa melalui laluan pejalan kaki yang telah disediakan sebelum hilang keseimbangan badan dan tergelincir."
utusan.com.my"Mangsa cuba dibantu orang ramai yang mengunjungi bazar berkenaan, kebetulan terdapat dua jururawat berada di tempat kejadian dan membantu mangsa," kata Shahrin.
berita2u.tkWalaupun Dibantu Orang Ramai, Mangsa Tidak Dapat Diselamatkan Apabila Disahkan Meninggal Dunia Di Tempat Kejadian
"Bagaimanapun, mangsa gagal diselamatkan walaupun sudah diberikan bantuan pernafasan oleh dua jururawat berkenaan," tambah Shahrin lagi.
hmetro.com.mySementara itu, pasukan perubatan yang tiba kira-kira 20 minit kemudian mengesahkan mangsa telah meninggal dunia.
utusan.com.myMayat mangsa telah dihantar ke rumah mayat Hospital Putrajaya untuk dibedah siasat.
utusan.com.my