seismik

“Lelaki NZ Itu Peluk Aku & Asyik Meminta Maaf” - Perkongsian Lelaki Ini Buat Ramai Sebak

Sedihnya.

Cover image via Daily Mail UK

Insiden tembakan secara rawak terhadap umat Islam ketika solat Jumaat di dua masjid di Christchurch, New Zealand, Jumaat yang lalu sangat menyayat hati dan telah menggemparkan seluruh dunia

Lebih 50 orang mangsa yang tidak berdosa direkodkan telah terkorban dan terdapat beberapa lagi orang yang cedera terkena oleh pengganas.

Tragedi itu dikatakan merupakan kejadian terburuk dalam sejarah New Zealand dan telah meninggalkan kesan trauma kepada umat Islam lebih-lebih lagi mereka yang berada di kawasan sekitar.

Walau bagaimanapun, berdasarkan apa yang dibaca dan dilihat di media massa semenjak tragedi itu terjadi, didapati bahawa majoriti rakyat di negara itu turut bersama-sama masyarakat Islam dalam mengharungi dugaan terbabit.

Perkara ini telah terbukti berdasarkan perkongsian oleh seorang pelancong Malaysia yang kebetulan berada di sana ketika ini.

Wafi Shaik telah membuat satu posting di laman Facebook menceritakan pengalamannya sendiri berdepan dengan ‘ketulusan dan kebaikan hati’ warga New Zealand

Berdasarkan perkongsiannya itu, Wafi bukan sahaja disapa dengan penuh sopan beserta kelembutan, bahkan turut dipeluk oleh seorang lelaki warganegara sana sambil memberikan kata-kata semangat.

Lebih memilukan lagi apabila lelaki terbabit turut berulang kali meminta maaf kepadanya sebagai umat Islam diatas apa yang berlaku.

Baca perkongsian penuh pengalaman Wafi di bawah:

Harini aku pergi menjenguk di perkarangan Masjid An-Noor, Christchurch. Yang dimana berlakunya tragedi hitam yang melibatkan kira-kira 50 orang yang terbunuh.

Buat masa sekarang, Masjid An-Noor masih tidak boleh untuk dilawati. Penuh dengan kawalan polis dan sidang media membuat liputan disini. Hanya dibenarkan melawat di perkarangan masjid sahaja.

Sayu.

Tidak mampu untuk aku menghuraikan perasaan aku dengan kata-kata. Sangat sedih, rasa hiba dan kecewa. Moga Allah membalas para syuhada yang terbunuh ini dengan syurga.

Aku memerhati, keadaan sekeliling aku. Masyarakat New Zealand disini berborak dan menenangkan orang Islam yang datang menjenguk kawasan perkarangan masjid ini.

Aku tidak terkecuali.

Ketika aku sedang meratapi dan membaca kata-kata semangat berserta bunga-bunga yang diberikan oleh masyarakat mereka, seorang lelaki warga New Zealand menyapa aku.

Beliau memberi kata-kata semangat dan menyatakan bahawa beliau sangat sedih perkara ini berlaku.

Ayat yang masih terngiang-ngiang di ingatan dari beliau ialah,

“You’re not alone, we facing this together”

Sebelum aku beredar, beliau memeluk erat aku dan berulangkali berkata,

“I’m sorry this were happened to all of you”

Begitu lembut sentuhan mereka, menusuk ke dalam jiwa. Oh indahnya perasaan di hati. Terasa disayangi dan tidak bersendirian.

Aku akhiri cerita aku dengan gambar-gambar di perkarangan masjid An-Noor. Juga disertakan dengan kata-kata semangat dan jambangan bunga sokongan dari komuniti di New Zealand.

Image via Wafi Shaik

Innalillah wa inna ilaihi rajiun.

Tenanglah kamu disana para syuhada yang terlibat didalam pembunuhan kejam di Masjid An-Noor dan Masjid Linwood.

Semoga perakhiran hidup kita juga berakhir dengan sebaik-baik pengakhiran.

Wafi Shaik
Masjid An-Noor
Christchurch 
20 March 2019

Sebelum ini Wafi pernah menulis lagi satu posting di laman Facebook-nya 3 hari selepas insiden hitam itu

Perkongsiannya menceritakan saat-saat dia yang berada berhampiran dengan lokasi ketika serangan berlaku sangat menyentuh hati. Pada ketika itu, Wafi sedang ingin solat di masjid yang berlainan tetapi berada berdekatan dalam bandar yang sama. 

Apa yang membuat orang sebak ialah tindakan rakyat New Zealand yang tidak membiarkan minoriti umat Islam merasa ‘terasing’ pada saat-saat genting ini.

Baca perkongsian penuh di laman Facebook Wafi:

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Lagi artikel di SAYS:

You may be interested in: