seismik

Berbekalkan Semangat Pemuda OKU Ini Merangkak Naik Gunung Kinabalu. Cukup 'Impressive'!

Tiada alasan untuk berjaya. Jangan beri dalih, tapi kata BOLEH!

Cover image via Sabah Info/Facebook

Percaya atau tidak, seorang pemuda OKU telah merangkak naik Gunung Kinabalu dengan hanya menggunakan kedua-dua kekuatan tangan sahaja

Pemuda tersebut ialah Hasrullah Azrulkhan, 24 atau lebih familiar dengan panggilan Adam dan merupakan pelajar dari Universiti Islam Antarabangsa (UIA).

Adam hanya bergerak dengan mengensut dan merangkak ketika mendaki gunung kerana lumpuh kedua-dua belah kaki.

Adam(kiri) bersama sahabatnya di puncak Bukit Broga suatu ketika dulu.

Image via Hasrullah Azrulkhan/Facebook

Sebelum ini, pemuda tersebut sering mendapat perhatian ramai kerana berjaya mendaki Bukit Broga, Bukit Tabur, Bukit Gasing, Bukit Saga dan Bukit Kutu di Selangor.

Untuk ekspidisi pendakian Gunung Kinabalu kali ini, beliau bermula dari Pondok Timpohon, di kaki gunung hingga ke Sayat-Sayat pada ketinggian 3,700 meter

Pelajar jurusan komunikasi berasal dari Kuching, Sarawak, itu mula mendaki dari Pondok Timpohon pada jam 6 pagi semalam, dan tiba di penginapan Laban Rata, kira-kira jam 8 malam sebelum mendaki semula kira-kira jam 1 pagi untuk ke puncak.

hmetro.com.my

Walaupun lumpuh, dengan berbekalkan kekuatan kedua-dua belah tangan, akhirnya Adam tiba ke Pusat Pemeriksaan Sayat-Sayat selepas 6 jam pendakian dari Laban Rata.

Impressive bukan?

Bagaimanapun, faktor suhu yang sejuk selain masa yang suntuk antara penghalang untuk Adam menawan puncak Gunung Kinabalu

Beliau berkata, masa adalah faktor yang menyekang pendakiannya itu hingga ke puncak selain faktor suhu yang sejuk mencengkam tubuh.

Adam yang cacat sejak lahir itu berkata, ketika dia tiba di Sayat-Sayat ramai pendaki sudah mula turun dari puncak Kinabalu.

"Ketika itu waktu sudah 7 pagi dan pendaki lain mula turun dari puncak sedangkan saya masih di Pusat Pemeriksaan Sayat-Sayat," katanya ketika dihubungi hari ini.

hmetro.com.my

Namun begitu, beliau bertekad akan menawan juga gunung tersebut pada masa akan datang

Adam memang benar-benar seorang yang bersemangat tinggi dan beliau berhasrat akan mendaki semula Gunung Kinabalu pada masa akan datang.

Padanya, kegagalannya itu tidak akan menjadi alasan buat dirinya untuk tidak sampai ke puncak.

Adam dibantu ahli Pasukan Bomba dan Penyelamat ketika sedang turun

Image via Nicklesdel Nelson John/Facebook

Katanya, kegagalan sampai ke puncak dalam cubaan pendakiannya semalam akan dijadikan panduan untuk menawan semula Gunung Kinabalu pada misi akan datang.

bharian.com.my

Menurut Adam, walaupun gagal menawan puncak tertinggi Asia Tenggara itu, beliau tetap gembira dan menganggap ia satu kejayaan kerana itu adalah pendakian tertinggi dicapainya sejak berkecimpung dalam aktiviti pendakian.

Dalam pada itu, Adam melalui laman Facebook berkongsi kegembiraan setelah selesai mendaki namun sedikit kecewa tidak sampai ke puncak

Kami di SAYS SEISMIK mengucapkan TAHNIAH buat Adam. Anda benar-benar HEBAT!!!

Image via giphy.com

Inginkan lebih cerita menarik seperti ini? LIKE Facebook SAYS SEISMIK serta follow kami di Twitter dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Students UIA memang hebat-hebat belaka. Tak percaya baca lagi artikel mengenai mereka DI SINI:

You may be interested in: