seismik

[VIDEO] Pelajar UIAM Papar Tragedi Masjid Al-Aqsa Dalam Satu Simulasi Yang Sangat Berkesan

Apa peranan kita sebagai umat Islam?

Cover image via Shehab News Agency/Facebook

Bayangkan, rutin harian biasa kita ke masjid tiba-tiba dikejutkan dengan kelibat tentera zionis yang sedang mengawal ketat seluruh kawasan sekeliling masjid. Apa kita akan buat?

Patah balik atau teruskan langkah?

Masjid yang sebelum ini bebas untuk kita masuk kini tidak sama lagi. Tentera zionis memeriksa satu persatu individu yang ingin masuk ke dalam, seolah-olah masjid itu milik mereka.

Tanpa pas yang sah, kita tak akan dibenarkan masuk bagi menunaikan ibadah. Segalanya kini berada di bawah pemerhatian tentera zionis.

Bagaimana jika kita ingkar kepada arahan? Tentera zionis tidak akan teragak untuk melakukan kekasaran terhadap mana-mana individu yang melanggar perintah.

Apa-apa arahan yang dikeluarkan oleh tentera zionis harus dipatuhi. Kita tiada pilihan selain mengikut telunjuk mereka.

Itu sudah cukup baik. Lebih teruk, ada juga yang dibelasah sehingga lunyai dan ditembak mati tanpa belas kasihan, semuanya gara-gara tidak memenuhi kehendak tentera zionis.

Nyawa manusia sudah tidak ada nilai lagi bagi mereka. Tentera zionis boleh membunuh mana-mana umat Islam sesuka hati mereka tanpa mempedulikan ahli keluarga yang lain.

Pada masa ini, kita tidak boleh lakukan apa-apa lagi. Tentera zionis akan menghalang siapa-siapa saja yang cuba melawan mereka.

Siapa sangka, perjalanan rutin ke masjid boleh bertukar menjadi satu tragedi berdarah dalam sekelip mata.

Kita hanya mampu menangis dan meratapi kematian ahli keluarga atau saudara se-Islam kita di depan mata kita sendiri. Boleh bayangkan?

Sungguh kejam tindakan tentera zionis. Manusia yang tidak bersalah juga sanggup mereka bunuh bagi memuaskan nafsu jahat mereka.

Bagi kita yang masih hidup, apa yang perlu kita lakukan? Kita boleh pilih untuk terus menangis atau pilih untuk menentang kekejaman tentera zionis tanpa gentar!

Tentera zionis secara terang-terangan telah melakukan kezaliman, pembunuhan, dan memusnahkan harta benda umat Islam. Kita tidak boleh hanya berdiam diri sebaliknya lawan mereka.

Tetapi, mampukah kita yang bersenjatakan batu mengalahkan tentera zionis yang lengkap dengan senjata api di tangan masing-masing?

Dan mampukah kita hadapi situasi sebegini dalam kehidupan seharian kita?

Projek video berdurasi 6 minit 40 saat oleh para pelajar UIA ini benar-benar menyayat hati dan mampu membuka mata sesiapa saja yang menonton. LIHAT SINI:

#شاهد| فعالية محاكاة لما يحدث في المسجد الأقصى بالجامعة العالمية بماليزيا، تنظيم رابطة طلبة فلسطين ومؤسسة القدس بماليزيا.

Posted by Shehab News Agency on Saturday, November 21, 2015

Inilah situasi sebenar yang sedang berlaku di Masjid Al-Aqsa di Palestin sekarang. Tentera zionis mahu menyingkirkan umat Islam dan mengubah bandar Al-Quds menjadi sebuah bandar Yahudi.

Tentera zionis mengawal ketat kawasan sekeliling Masjid Al-Aqsa.

Image via www.albawaba.com

Sesungguhnya apa yang sedang berlaku terhadap Masjid Al-Aqsa pada hari ini merupakan satu percubaan zionis yang kejam bagi membakar dan memusnahkan Masjid Al-Aqsa serta menghapuskan kesan-kesan kesucian Bandar Al-Quds.

aqsasyarif.org.my

Tentera zionis melarang umat Islam Palestin memasuki Masjid Al-Aqsa.

Image via www.arrahmah.com

Pembinaan semula gereja Yahudi yang sudah roboh berhampiran dengan Masjid Al-Aqsa itu ialah satu perkembangan yang sangat bahaya dalam usaha mengubah Al-Quds menjadi bandar Yahudi. Kerana bagi mereka, pembinaan gereja ini ialah langkah terakhir bagi membina Haikal Sulaiman yang didakwa, dan satu perancangan untuk merobohkan masjid Al-Aqsa.

aqsasyarif.org.my

Sebahagian masjid dimusnahkan oleh tentera zionis.

Image via www.harakahdaily.net

Jadi, apa peranan kita?

Ikuti kronologi penuh perang 50 hari antara Israel dan Palestin tahun lalu DI SINI:

Kebencian rakyat Malaysia terhadap Israel memang jelas dipaparkan melalui kempen boikot yang dijalankan dengan begitu giat:

Inginkan lebih cerita menarik seperti ini? LIKE Facebook SAYS SEISMIK serta follow kami di Twitter dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

You may be interested in: