"Ini Samping Ke Lampin" - Lelaki Pakai Samping Paras Atas Lutut Masa Raya Ini Undang Tawa
Fashion apa ni bang?
Ramai yang dilihat memakai baju baru yang cantik sempena Hari Raya Aidilfitri
Untuk yang wanita, fesyen baju mereka sememangnya banyak ragam dan semuanya memang cantik serta berwarna-warni. Untuk kaum lelaki pula, seperti biasalah memakai baju Melayu dan samping.
Namun, tular video di TikTok yang memaparkan seorang lelaki memakai samping paras atas lutut telah mencuri tumpuan.
Lihat video penuh itu di bawah:
Nak ikut adat Melayu, sekali lain pula jadinya
Menerusi video berkenaan, kelihatan beberapa orang lelaki sedang bersiap pada pagi raya dengan mengenakan baju Melayu dan samping yang segak.
Namun, apa yang lebih mengejutkan adalah apabila pemakaian samping mereka dilihat terlalu kreatif.
Disebabkan ingin mengikut adat Melayu yang menerapkan pemakaian samping atas lutut untuk kaum bujang, salah seorang lelaki turut mengikut malah sampingnya dilipat pendek seperti lampin.
Yang lain pula menggayakan samping dengan fesyen seperti mini crop top dan beg mini yang diikat di pinggang.
"Ini bukan bujang, ini belum baligh lagi bang" - Netizen
Susulan tularnya video itu yang kini meraih sehingga 643K tontonan, 83K tanda suka dan 1K komen di TikTok, rata-rata netizen turut terhibur dengan gelagat lelaki itu.
Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!