Hampir 2 Juta Rakyat India Kena Tahan Di Kem & Kerakyatan Dilucutkan. Apa Nasib Mereka?
Apa nak jadi dengan dunia sekarang?
Baru-baru ini, seringkali kedengaran kisah tragis muslim Uighur yang ditahan di kem tahanan di China
Susulan itu, ramai orang yang kini mula memberi perhatian kepada isu kemanusian yang berlaku di sana termasuklah selebriti seperti Maher Zain dan juga bintang bola sepak Arsenal, Mesut Ozil.
Namun begitu, sebenarnya banyak lagi isu kemanusiaan lain berlaku di seluruh dunia yang wajar diambil perhatian juga selain dari China.
Terbaru, rakyat India di Assam berdepan dengan krisis apabila kerakyatan mereka ditarik balik oleh Kerajaan India
Memetik Vox, seramai hampir 2 juta rakyat India mendapati nama mereka tidak tersenarai di dalam senarai Daftar Penduduk Kebangsaan (NRC) membuatkan status mereka kini tidak diketahui.
Kebanyakkan mereka yang tergugat adalah Muslim, Benggali dan sebilangan kecil Hindu yang telah tinggal di Assam berdekad lamanya.
Bagaimanapun, mereka yang mempunyai dokumen sah kerakyatan seperti sijil lahir dan juga geran tanah boleh menunjukkan bukti bagi mendapatkan kerakyatan mereka semula.
Namun, perkara itu sukar memandangkan sebilangan besar penduduk di Assam adalah buta huruf.
Dalam pada itu, kerajaan dikatakan dalam proses untuk mewujudkan 10 kem tahanan kepada mereka yang tidak mempunyai kerakyatan
Dipercayai, kem tahanan pertama yang kini dalam proses pembinaan adalah sebesar tujuh padang bola sepak lengkap dengan tembok tinggi dan menara pengawal.
Selain itu, kem tersebut juga akan menempatkan ibu-ibu mengandung serta kanak-kanak namun sesi pembelajaran mereka tidak akan terganggu kerana akan dihantar ke sekolah-sekolah berhampiran.
Sekiranya perkara ini dibiarkan berpanjangan ia boleh bertukar menjadi krisis kemanusian yang besar!
Kerajaan India merancang untuk meluaskan isu kerakyatan ini kepada seluruh India. Sekiranya ia terjadi, kita bakal menyaksikan ramai penduduk yang bakal ditahan seterusnya membawa kepada buang negara.
Jika ia terjadi, tidak mustahil perkara ini akan membawa kepada isu kemanusiaan yang serius malah lebih besar daripada isu Rohingnya Myanmar pada tahun 2017 lalu dimana ratusan ribu warga itu dibuang negara.
Jumlah itu juga nyata jauh lebih besar daripada etnik Uighur yang ditahan di China.