seismik

Luahan Puak Rohingya Tentang Penderitaan Hidup Mereka Yang Amat Sukar Untuk Kita Bayangkan

Berat mata yang memandang, berat lagi bahu yang memikul.

Cover image via pinimg.com

Seorang pelarian Rohingya, Ali Johar yang fasih berbahasa Melayu menceritakan keperitan, kesusahan, dan kekejaman yang dihadapi oleh warga Rohingya. Dia menyifatkan dunia ini seperti neraka bagi mereka.

Ali Johar (dua dari kanan) tidak dapat bertemu keluarganya selama 18 tahun.

Image via thestar.com.my

Sejak melarikan diri ke Malaysia dengan bot pada tahun 1997, Ali, 34, tinggal di Kedawang, Langkawi, di mana beliau kerap ditugaskan sebagai penterjemah tidak rasmi untuk Pesuruhjaya Tinggi Pelarian Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNHCR).

"Sudah tentu saya juga merasa sakit. Mereka adalah saudara saya. Apabila saya menghubungi rumah, keluarga saya memberitahu kampung saya telah dibakar oleh penganut Buddha di Rakhine. Mereka tidak habis-habis ingin melakukan kekejaman ke atas kami. Saya melihat video bangsa saya dibunuh dan air mata saya tidak boleh berhenti mengalir," keluh Ali, yang sehingga kini masih tidak dapat bertemu keluarganya sejak meninggalkan Rakhine 18 tahun yang lalu.

"Melihatkan keadaan tubuh mereka yang lemah dan kelaparan adalah sangat menyayat hati. Ada kanak-kanak berusia tiga tahun, ada yang lebih muda di atas kapal. Ini benar-benar buat saya sedih. Tapi kita tidak boleh buat apa-apa," katanya lagi.

Fasiel Mustafa Kamal, kanak-kanak lelaki berusia 12 tahun meninggalkan Rakhine bersendirian selepas melihat sendiri kampungnya dibakar sehingga tiada apa lagi sisa yang tinggal

Image via imgur.com

Tetapi akhirnya, Fasiel Mustafa Kamal dapat bersatu semula dengan bapanya dan dua adik-beradik di Langkawi selepas menaiki bot ke Malaysia tahun lepas.

"Dalam fikiran saya hanya ada satu sahaja - MATI. Saya hanya mahu mati kerana mati lebih senang daripada hidup," kata Nurul Amin Nobi Hussein, 25, yang berjaya melarikan diri dari kem transit di Wang Kelian, Perlis

Nurul Amin Nobi Hussein (kanan) hanya mahu mati kerana telah hilang segala harapan untuk hidup.

Image via themalaymailonline.com

"Sepanjang dua bulan di dalam kem transit itu tahun lepas, saya dikurung seperti kambing dan ayam dalam kandang dan setiap masa dikelilingi oleh kematian. Setiap hari lima hingga enam orang daripada kami menemui ajal sama ada disebabkan penyakit atau dipukul dan ditembak."

"Tahanan tidak dibenarkan bercakap. Sesiapa yang bercakap akan dipukul. Pengawal sering melaungkan "sleep, sleep, sleep," mengarahkan kami semua tidur dan tidak bercakap antara satu sama lain," katanya.

bernama.com

Pasukan komando VAT69 dan Pasukan Gerakan Am (PGA) menemui 139 mayat dan 28 khemah pelarian di Gunung Perlis.

Image via www.god.com.my

Antara lima hingga enam pengawal yang berbahasa Thailand, katanya, berkawal 24 jam sehari mengawasi kira-kira 1,500 tahanan dengan bersenjatakan batang kayu, pisau, pistol dan senapang.

bernama.com

Menurutnya, pendatang Rohingya bersesak-sesak di dalam apa yang disifatkan sebagai "reban" kecil yang menempatkan sehingga 200 hingga 300 orang, dengan lelaki dan wanita diasingkan "reban" mereka

Inilah reban yang menempatkan ratusan pelarian Rohingya.

Image via www.telegraph.co.uk

Nurul Amin berkata "reban" itu dipagar oleh batang-batang kayu dan didirikan di atas tanah lembut dan apabila hujan ia akan menjadi lumpur, di mana tahanan hanya diberikan lampiran plastik untuk membolehkan mereka duduk.

Tahanan akan berdiri dan duduk di dalam lumpur air sekiranya kem transit dilanda hujan lebat, menyebabkan ramai dalam kalangan tahanan dijangkiti penyakit sehingga membawa maut.

bernama.com

Reban ini dikunci dan dikawal dengan rapi selama 24 jam serta dikelilingi dawai yang tajam.

Image via indianexpress.com

"Ramai dalam kalangan tahanan Rohingya mengalami bengkak kaki akibat terlalu lama duduk dalam lumpur, menyebabkan mereka tidak boleh bergerak dan makan, dan seterusnya menemui ajal," katanya lagi.

Nurul Amin memberitahu mereka hanya diberikan sedikit makanan iaitu nasi berlaukkan ikan bilis dan ubi untuk menahan lapar, menyebabkan ramai juga yang mati kelaparan.

bernama.com

Antara peristiwa yang tidak dapat dilupakannya adalah bagaimana pengawal-pengawal itu tanpa belas kasihan memukul sehingga mati kanak-kanak berusia 12 tahun hanya kerana keluarganya tidak mempunyai duit untuk membayar pembebasannya

Kanak-kanak yang tidak bersalah juga sanggup dibunuh oleh para pengawal kem di Wang Kelian.

Image via www.themalaysianinsider.com

"Ada juga bayi yang baru berusia beberapa bulan mati kelaparan selepas ibunya yang sakit serta kelaparan gagal menghasilkan susu badan untuk anaknya. Tidak lama selepas anaknya mati, wanita itu juga menemui ajal," katanya sedih.

Selain itu, kata Nurul Amin, pengawal-pengawal terbabit turut merogol beberapa wanita itu. Pengawal-pengawal tersebut disifatkannya lebih buas daripada "haiwan".

"Kami boleh mendengar teriakan ketika wanita-wanita itu dirogol secara beramai-ramai oleh pengawal berkenaan. Apa yang lebih malang, ada antara wanita itu yang telah mengandung hasil perbuatan itu," katanya.

malaysiagazette.com

Berdepan dengan kemungkinan ditahan lebih lama dan dipukul sehingga mati oleh anggota sindiket, beliau bersama-sama lima yang lain nekad melarikan diri pada pukul 1 pagi selepas mendapati pengawal kem itu tertidur

Image via www.usnews.com

Beliau terpaksa merangkak ratusan meter dalam keadaan gelap-gelita, sebelum berlari ke dalam hutan, tanpa mengetahui arah tujuan.

"Dalam apa juga keadaan sekalipun, jika saya gagal melarikan diri mereka (anggota sindiket) akan tembak mati saya atau jika terus tinggal dalam tahanan, saya akan dipukul hingga mati kerana tiada duit. Mati adalah lebih baik daripada hidup," katanya.

malaysiagazette.com

Sementara itu, masih ada penempatan puak Rohingya di Myanmar iaitu di Thae Chuang. Keadaannya sangat kotor dan penuh sesak, dan penduduk di sini hanya bergantung pada 3 laptop uzur untuk berhubung dengan ahli keluarga yang terpisah.

Kem pelarian di Thae Chuang terletak di pinggir Sittwe.

Image via ibtimes.co.uk

Thae Chaung adalah sebuah perkampungan nelayan sehingga tahun 2012, apabila masyarakat Buddha di Rakhine bertindak menghalau ribuan puak Rohingya dari tempat itu. Keganasan agama di Rakhine tahun itu merekodkan 140,000 orang kehilangan tempat tinggal. Hari ini, Thae Chaung sangat kotor dan penuh sesak dengan kem pelarian Islam Rohingya.

Pondok Internet dengan dinding buluh, atap rumbia dan komputer riba berdebu membenarkan mereka di kem untuk berhubung semula dengan saudara-mara mereka yang telah ditinggalkan di dalam bot untuk ke Thailand dan Malaysia, atau yang ditahan oleh anggota sindiket.

Ini antara kisah menyayat hati yang sempat kami kumpulkan untuk tatapan anda:

Fatima mendukung cucunya ketika bercakap dengan anaknya yang berada di Kuala Lumpur.

Image via ibtimes.co.uk

Kisah 1: Fatima, 56, merestui pilihan pengantin perempuan yang dibuat oleh anak lelakinya. Disambungkan melalui aplikasi panggilan video, anaknya duduk di sebuah kafe Internet di Kuala Lumpur, di mana beliau bekerja sebagai tukang cuci.

"Awak perlu kahwin dengannya, kalau kulitnya cerah," Fatima memberitahu anak lelakinya. Anaknya itu berjanji untuk memperkenalkan kekasihnya kemudian.

Rahana menangis ketika berbincang dengan anggota sindiket mengenai wang tebusan untuk membebaskan anakya yang berusia 12 tahun.

Image via ibtimes.co.uk

Kisah 2: Anggota sindiket menuntut RM5,100 untuk melepaskan anak lelaki Rahana berusia 12 tahun. Rahana telah mengirim RM4,000 tetapi mereka tetap mahukan wang selebihnya.

Seorang lelaki menjawab penggilan Rahana. "Boleh saya bercakap dengan anak saya?" kata Rahana. Beberapa saat kemudian, ada satu suara kecil menyahut, "Mak?"

Mata Rahana terus berlinang dengan air mata dan dseluruh badannya menggeletar, seperti tidak percaya anaknya masih hidup. "Mak akan hantar duit. Kemudian mereka akan bebaskan kamu." Selepas panggilan, Rahana bagaimanapun tetap berasa sedih. "Anak saya beritahu saya dia sakit. Setiap kali makan, dia muntah."

Abdul Kadar menangis ketika bercakap dengan pengedar.

Image via ibtimes.co.uk

Kisah 3: Abdul Kadar menyalahkan anggota sindiket kerana telah "memancing" anak perempuannya yang berusia 14 tahun. Anaknya meninggalkan rumah pada satu pagi untuk melawat jiran dan tidak pernah kembali selepas itu.

Abdul Kadar kini berada di sebuah kem di Thailand atau Malaysia. Pengedar menuntut beliau untuk membayar wang terbusan sebanyak RM5,500 bagi membebaskan anak perempuannya itu. Jika gagal, mereka mengugut untuk mencampak anaknya dari atas sebuah gunung.

Abdul Kadar meminta mereka untuk carikan seorang lelaki yang mahu mengahwini anaknya, supaya lelaki itu boleh membayar wang tebusan tersebut. "Hanya kerisauan yang ada dalam diri saya sekarang. Tapi saya tak boleh buat apa-apa," katanya.

Lebih malang, ada diantara mereka yang tidak dibenarkan menghubungi keluarga selagi tidak membayar wang tebusan, malah ada juga yang langsung tidak mendengar khabar dan tidak menerima apa-apa wang kiriman daripada orang yang tersayang

Fatima tidak dibenarkan menghubungi anaknya kerana tidak membayar wang tebusan.

Image via ibtimes.co.uk

Kisah 4: Fatima, 30, sedang cuba untuk menghubungi anak lelakinya yang berusia 13 tahun, yang kini ditahan di sebuah kem pelarian di Malaysia atau Thailand, tetapi anggota sindiket tidak membenarkannya sehingga dia bayar RM5,500 wang tebusan.

"Pondok untuk tidur pun saya tiada. Inikan pula wang. Mana saya nak dapat wang sebanyak itu?"

Rohimar ditinggalkan keseorangan dan langsung tidak menerima apa-apa wang kiriman.

Image via ibtimes.co.uk

Kisah 5: Rohimar, 30, memberitahu bahawa adiknya, Abdul Rahman, 25, meninggalkan Myanmar lapan bulan lalu dan kini berada di Malaysia. Menurutnya, dia telah menjual segala aset semata-mata untuk membiayai perjalanan adiknya itu ke luar negara. Tetapi sehingga kini, Abdul Rahman langsung tidak mengirimnya apa-apa wang.

"Saya diabaikan dan rasa sangat keseorangan. Dia hanya memberikan wang kepada isterinya yang masih tinggal di sini. Saya ditinggalkan begitu sahaja walaupun saya sentiasa mendoakan keselamatannya."

Meskipun begitu, dalam kesedihan dan kesusahan, masih ada yang mampu melakar senyuman di wajah, seolah-olah menunjukkan masih ada harapan yang cerah lagi untuk mereka di masa hadapan

Sohidar tersenyum ketika bercakap dengan suaminya.

Image via ibtimes.co.uk

Kisah 6: Sohidar, 25, ibu kepada empat orang anak, menikmati panggilan Internet dengan suaminya Muhammad Shamin, 30, yang bekerja di Malaysia.

Sohidar: "Apa juga yang berlaku, apa saja orang buat, tolong jangan terlibat dalam pergaduhan."

Shamin: "Jangan risau, jangan risau."

Noor sempat berceloteh dengan suaminya.

Image via ibtimes.co.uk

Kisah 7: Noor, 28, berjenaka dengan suaminya Muhammad Rafiq, 35, yang telah bekerja di Malaysia selama 10 bulan; ini adalah kali kelima mereka hubungi sepanjang tempoh itu.

Noor: "Jangan hantar lebih banyak duit. Pastikan awak ada cukup duit untuk beli pakaian untuk diri sendiri terlebih dahulu."

Rafiq: "Nak cium awak boleh tak?"

Noor: "Ada ramai orang kat sini awak."

Reaksi Ma Saw Khin ketika mendapat peluang bercakap dengan kakak dan abang iparnya di Kuala Lumpur.

Image via ibtimes.co.uk

Kisah 8: Ma Saw Khin tersenyum lebar ketika bercakap dengan kakak dan abang iparnya di Malaysia.

Mereka berjanji untuk menghantar Ma Saw Khin wang untuk membeli makanan dan ubat-ubatan untuk ibu mereka yang sakit.

Bagaimana pula masa depan puak Rohingya di Malaysia?

You may be interested in: