Lindsay Lohan Salah Erti Perkataan "Keldai" Sebagai "Cantik" Dalam Posting Terbarunya
Kena berhati-hati kalau nak guna perkataan yang kita tidak berapa pasti maksudnya.
Bulan lepas, nama Lindsay Lohan menjadi perbualan hangat apabila beliau memuat naik gambar ayat Al-Quran di Instagram miliknya
Dan disebabkan gambar itu, ramai yang mula membuat andaian bahawa beliau telah menerima hidayah untuk memeluk Islam.
Selepas isu tersebut reda, timbul pula satu lagi isu semalam apabila Lindsay memuat naik gambar berupa ayat motivasi dalam bahasa arab yang memberi maksud "Anda cantik."
Gambar itu menjadi bahan ketawa orang ramai kerana perkataan arab yang tertera pada gambar tersebut bukan bermaksud "anda cantik." Sebaliknya, ia bermaksud "anda KELDAI."
Kalau tak percaya cuba guna Google Translate.
Setelah menyedari kesilapan itu, Lindsay serta-merta memadam gambar tersebut
Pengajaran yang perlu diambil dari insiden ini adalah untuk sentiasa berhati-hati sebelum memuat naik sebarang gambar di laman sosial, terutama apabila melibatkan bahasa asing yang kita sendiri kurang faham
Kalau anda belum baca tentang Lindsay Lohan memuat naik petikan ayat Al-Quran yang mencetus persoalan ramai orang, anda boleh BACA DI SINI:
Inginkan lebih cerita menarik seperti ini? 'LIKE' Facebook SAYS SEISMIK serta 'follow' kami di Twitter dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!