seismik

Macam Mana Kalau Komentator Melayu Mengulas World Cup?

Pernah dengar ulasan bola sepak daripada komentator melayu? Pasti anda rasa 'familiar' mengenai beberapa perkara yang keluar daripada mulut mereka. Mungkin perkara yang sama akan terjadi kalau mereka mengulas perlawanan World Cup.

Cover image via SAYS.com

1. Mesti akan tersasul. Kalau tak buat silap memang tak sah.

"Nampaknya, perlawanan di Estadio Das Dunas di Natal berakhir dengan jaringan Croatia 1 Rio De Janeiro 3. Oh Maafkan saya tuan-tuan dan puan-puan. Croatia 1 Brazil 3."

bit.ly

2. Kalau game tu semi final, mesti akan 'state the obvious' yang tak perlu

"Yaa seperti yang semua tahu perlawanan separuh akhir pada malam ini adalah sangat-sangat penting kerana pemenang bagi perlawanan ini akan melangkah ke perlawanan akhir yang akan diadakan pada minggu hadapan."

bit.ly

3. Ulasan akan diselitkan dengan kisah lagenda dahulu kala yang belum pasti kesahihannya

"Ini merupakan satu perlawanan hebat di antara pasukan Oranje menentang pasukan Azzurri. Bagaikan sebuah cerita lagenda dahulu kala di mana seekor singa bertarung dengan seekor gergasi, tetapi saya tidak tahu siapa yang menang."

bit.ly

4. Biodata pemain akan dicampur adukkan sekali dalam ulasan. Contohnya seperti makanan kegemaran dan pekerjaan bapa.

"Yaaa pemain yang makanan kegemarannya adalah Spagetthi Carbonara dan bapanya seorang janitor di sebuah sekolah di London baru sahaja menjaringkan gol buat pasukan England. England kini mendahului dengan 2 gol kosong."

bit.ly

5. Ulasan kadang-kadang boleh mengelirukan penonton

"Ya, itu dia, pemain berjersi nombor 8 ohh bukan 6, yang sebenarnya seorang pemain midfield tetapi bermain di posisi penyerang untuk pasukan Barcelona tetapi dia bermain di posisi tengah untuk pasukan Spain pada hari ini, jadi dia agak sesuai untuk bermain di posisi tengah untuk pasukan Spain."

bit.ly

6. Dalam mana-mana pertandingan sekalipun, mesti akan ada doa rakyat

"InsyaAllah, dengan diiringi doa seluruh rakyat Malaysia dan doa isteri-isteri para pemain yang sedang mendodoikan anak mereka di rumah, sejarah mungkin akan tercipta pada kejohanan kali ini."

bit.ly

7. "Hanya beberapa inci tersasar!"

"Ohh sayang sekali. Seperti jelapang padi yang luas terbentang di hadapannya, rembatan peluru Cristiano Ronaldo sebentar tadi hanya beberapa inci tersasar dari palang gol."

bit.ly

Kompilasi kesemua 7 video di atas boleh anda dapatkan DI SINI:

You may be interested in: