seismik

Mahasiswa Dilarang Gunakan BB1M Untuk Beli Barang Lain Selain Buku Selepas Ini

Kementerian Pendidikan Malaysia akan memperketatkan lagi garis panduan pemberian BB1M kepada mahasiswa selepas ini.

Cover image via blogspot.com

Isu Penyalah Gunaan Baucar Buku 1 Malaysia (BB1M) Menggesa Kerajaan Untuk Meminda Beberapa Garis Panduan Yang Akan Berkuatkuasa Pada 1 Mei 2014

Image via www.utm.my

Kementerian Pendidikan Malaysia, KPM akan memperkemaskan garis panduan pemberian BB1M yang berkuatkuasa, 1 Mei 2014.

tv3.com.my

Pindaan berkenaan termasuklah memperketatkan lagi peraturan kepada pekedai buku dan memastikan pemberian BB1M mencapai matlamatnya.

tv3.com.my

Pihak Yang Didapati Bersalah Menyalah Gunakan BB1M Akan Disenarai Hitamkan. Penyertaan Juga Akan Dibatalkan Serta Merta Untuk Tempoh 3 Tahun.

Image via mybajet.my

Garis panduan tersebut memperketatkan peraturan kepada pekedai buku iaitu mana-mana pekedai buku yang didapati bersalah menyalah gunakan BB1M akan disenarai hitamkan dan tidak dibenarkan menyertai program BB1M selama tiga tahun berturut-turut.

mstar.com.my

Ini adalah tambahan kepada peraturan sedia ada iaitu tindakan undang-undang mengikut Seksyen 403, Kanun Keseksaan ke atas pihak yang menyalah gunakan BB1M.

peraknews.com

Selepas Ini, BB1M Hanya Boleh Digunakan untuk Pembelian Bahan Bacaan Ilmiah Sahaja. Pembelian Selain Bahan Bacaan Ilmiah Adalah Tidak Dibenarkan.

Image via blogspot.com

Kelonggaran membolehkan mahasiswa mengguna sebanyak 20% daripada nilai baucar yang tidak dapat dihabiskan untuk membeli barangan lain selain buku adalah dimansuhkan.

peraknews.com

BB1M ini hanyalah untuk pembelian buku akademik, jurnal dan majalah ilmiah sahaja.

mstar.com.my

Pada Tahun 2012, Pihak Polis Mengenal Pasti Dua Buah Premis Yang Menawarkan Khidmat Penukaran BB1M Kepada Wang Ringgit

Polis mengenal pasti dua kedai buku di Kota Bharu, Kelantan yang didapati menawarkan wang tunai untuk membeli Baucar Buku 1Malaysia (BB1M) pada harga lebih murah daripada pelajar institusi pengajian tinggi (IPT).

utusan.com.my

Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Khalid Abu Bakar berkata, satu kertas siasatan telah dibuka untuk mendakwa pemilik kedai buku tersebut selain turut memberi amaran akan mengambil tindakan sama ke atas mana-mana pihak yang melakukan kesalahan itu.

utusan.com.my

BB1M Telah Diperkenalkan Pada Tahun 2012 Bertujuan Bagi Meringankan Beban Pelajar Serta Memupuk Minat Membaca Dalam Kalangan Mereka

Kerajaan telah memperkenalkan Baucar Buku 1Malaysia (BB1M) sejak 2012. Sehingga kini BB1M dimanafaatkan oleh lebih 3.9 juta mahasiswa pra-universiti dan Institut Pengajian Tinggi (IPT) warganegara Malaysia dengan peruntukan RM 890 juta.

peraknews.com
Image via blogspot.com

Tujuan utama kerajaan memperkenalkan BB1M adalah untuk meringankan beban perbelanjaan pembelian buku-buku pengajian dan memupuk minat membaca di kalangan rakyat Malaysia.

mstar.com.my

Bagi tahun 2014, peruntukan sejumlah RM325 juta telah diluluskan oleh kerajaan untuk menjayakan pemberian BB1M kepada 1.3 juta mahasiswa.

peraknews.com

Selain BB1M, Kerajaan Turut Memperkenalkan Beberapa Lagi Bantuan Kepada Rakyat Bagi Menangani Isu Kenaikan Harga Masa Kini

You may be interested in: