seismik

'Auntie, Ni Namanya Mencuri!' - Wanita Tegur Dua Orang Makcik Mencuri Di IKEA Cheras

Ambil benda kecil pun mencuri juga kan?

Cover image via SAYS

Perasan tak, sekarang ni kalau kita pergi ke kebanyakan restoran fast food, kita dibenarkan untuk mengambil sos sebanyak mana yang kita nak

ini contohnya.

Image via commons.wikimedia.org

Bukan setakat restoran fast food, kalau pergi lepak di kedai kopi pun kita boleh ambil gula, krimer, dan juga air kosong tanpa sebarang extra charge. Perkara sebegini diperkenalkan bagi memudahkan urusan pelanggan untuk menikmati hidangan mengikut kehendak mereka.

Namun begitu, bila dah ada benda-benda free macam ni, mulalah ada pihak yang mengambil kesempatan.

Mentaliti sebegitu memang menyedihkan. Seperti yang dikongsi oleh Azmira Amran melalui status di FB, dia dapat saksikan sendiri golongan ini di depan matanya ketika sedang membeli belah di IKEA Cheras.

So tadi kami pergi lah IKEA Cheras sebab nak beli barang untuk rumah baru.

Lepas beli barang kami pun teringin nak makan aiskrim so kitorang pun beli la aiskrim. A bit terkejut kat situ sebab kena pakai token.

Tapi bila mengenangkan orang Malaysia yg ada budaya suka ambil lebih² "sebab dah bayar", rasa macam bagus juga la ada token tu.

Tapi still rasa kecewa la sebab mentaliti tu.

facebook.com

Sedang dia menikmati ais krim, tiba-tiba dia melihat satu situasi yang tidak menyenangkan di mana terdapat dua orang makcik sedang 'mencuri' tanpa rasa bersalah

Pastu sambil² makan aiskrim, datang dua aunties pergi songlap paket² gula, krimer dengan kayu pengacau kopi. Sekali ambil segenggam terus.

Kami pandang je.

Sekali.

Dua kali.

Orang IKEA refill lagi paket² kat situ.

Kali ketiga. Tapi dia perasan kami dah jeling² tajam. So dia ambil sepaket je lagi gula. Kami pandang je diorang berdua sambil diorang minum kopi tu. Dua² dah tak senang duduk sebab perasan kitorang pandang diorang tak kelip² mata.

facebook.com

Selepas perbuatan 'mencuri' mereka dapat dikesan, Azmira sangkakan mereka akan berhenti di situ. Rupa-rupanya...

Paling tak boleh blah, aunties tu suruh ada budak² sekolah kat situ curi kan kayu pengacau kopi tu untuk dia.

Time tu acik dah paneh. Nak molotup palo acik tengok budak² tu ambik segenggam kayu² pengacau tu.

facebook.com

Azmira yang dah tak tahan melihat perbuatan tak senonoh itu mengambil keputusan untuk bertindak.

"Auntie, you tak malu ke ambil gula, krimer dengan stirrer tu banyak-banyak? Ni nama dia mencuri!"

"Auntie, you tak malu ke ambil gula, krimer dengan stirrer tu banyak²? You ambil ulang² sampai tiga kali, banyak pulak tu? Habis tu orang nak minum kopi nak pakai apa?!"

Terkujat makcik tu, mula² dia jeling tapi stay kat meja dia. Pastu bila ramai dah pandang², dia terus blah.

Tapi budak² sekolah yg telah diarahkan untuk mencuri bagi pihak dia tu tetap pergi ambil segenggam lagi kayu pengacau tu.

"Adik, kau jangan nak ambil banyak² untuk auntie tu. Ni nama dia mencuri!"

Budak² sekolah tu tersipu-sipu pastu terus blah jugak.

facebook.com

"Kata marah kalau orang curi duit rakyat. Tapi diri sendiri curi hak orang lain takpe pulak?" kata Azmira.

So pengajaran kat sini. Kalau pun dah bayar duit kopi tu, bukan bermaksud boleh ambil 80 paket gula bawa balik.

Kata marah kalau orang curi duit rakyat. Tapi diri sendiri curi hak orang lain takpe pulak?

Jangan sampai ambil paket gula pun kena pakai token nanti.

‪#‎perubahanbermuladengandiri‬
‪#‎ikeacheras‬

facebook.com

Inginkan lebih cerita menarik seperti ini? LIKE Facebook SAYS SEISMIK serta follow kami di Twitter dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Ada siapa-siapa yang mengalami pengalaman yang sama?

You may be interested in: