Orang Ramai Mengamuk, Tambang LRT RapidKL Makin Naik Tapi Servis Makin Teruk
Tambang naik. Waktu menunggu juga naik.
Berikutan dengan sambungan laluan LRT Ampang Line dan Kelana Jaya Line awal bulan lalu, berita baru yang sepatutnya menjadi berita gembira itu bertukar menjadi punca kemarahan orang ramai
Dilaporkan sebanyak 25 stesen baru dibuka, 12 untuk laluan Kelana Jaya, 12 lagi untuk laluan Ampang dan satu stesen integrasi Putra Heights di mana kedua-dua laluan tersebut bertemu.
Bagaimanapun, pembukaan stesen baru tersebut telah menjadi penyebab kemarahan orang ramai atas kelewatan tren dan perkidmatan yang mendukacitakan. Sana sini, orang ramai sedang merungut dengan perkhidmatan LRT ini. Apa terjadi?
Sejak bermulanya penukaran tren di stesen Chan Sow Lin 17 Julai lalu, orang ramai terpaksa bersesak-sesak pada setiap pagi untuk menaiki tren
Bukan itu sahaja, peningkatan kadar tambang juga menjadi faktor kemarahan orang ramai. Extra charge, extra time!
Menurut laporan AWANI, kelewatan tersebut berlaku adalah kerana hanya 16 daripada 32 tren yang dapat beroperasi pada pagi Isnin
"Hal ini disebabkan masalah bekalan kuasa yang dihadapi di depoh baru LRT Rapid KL di Kampung Kuala Sungai Baru (KKSB), Puchong pada pukul 6.16pagi tadi (Isnin).
“Masalah bekalan ini telah menyebabkan tren tidak dapat bergerak keluar dari depoh,” kata kenyataan yang dikeluarkan Prasarana Malaysia Berhad.
Tren hanya dapat mula beroperasi selepas jam 7 pagi setelah bekalan kuasa pulih sepenuhnya.
Tetapi perkara sama turut terjadi pada pagi keesokan hari. Orang ramai masih melalui masalah sama. Mereka stuck, tren tak cukup dan sebagainya.
Berikutan ramai yang melaporkan perkara tersebut di media sosial, pihak @MyRapidKL berusaha menyelesaikan masalah tersebut dengan menghantar beberapa tren tambahan beserta pertolongan polis bantuan untuk mengawal trafik orang ramai
Diharapkan pihak rapidKL dapat menangani masalah ini agar rakyat Malaysia tidak mengalami nasib yang sama setiap pagi.
Inginkan lebih cerita menarik seperti ini? LIKE Facebook SAYS SEISMIK serta follow kami di Twitter dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!