seismik

[GAMBAR] Makin Kreatif Pelajar Zaman Sekarang Conteng Baju Sekolah, Sampai Jadi Melampau

Nak conteng tu boleh, tapi janganlah keterlaluan.

Cover image via Facebook

Masih ingat lagi nostalgia menconteng baju sekolah semasa hari-hari terakhir persekolahan?

Image via SAYS

Perkara ini pastinya berkait dengan kita semua suatu ketika dulu. Apabila tibanya hari-hari terakhir persekolahan semasa di Darjah 6 atau Tingkatan 5, ramai di antara kita yang tidak lepaskan peluang untuk membuat contengan di baju sekolah untuk dijadikan sebagai kenangan.

Image via SAYS

Maklumlah, selepas ini baju sekolah itu mungkin tidak akan dipakai lagi. Jadi apa salahnya jadikan ia sebagai satu "bahan seni" untuk ditatap di kemudian hari.

Trend menconteng baju sekolah ini nampaknya masih berterusan hingga sekarang.

Tetapi, seni yang dihasilkan kini dah jadi semakin kreatif, tak macam dulu.

Ada lukis-lukis dah sekarang.

Image via Facebook

Kalau sebelum ini, mungkin hanya tulisan tangan berwarna-warni sahaja yang memenuhi segenap ruang pada baju. Tapi sekarang, ia tak sama lagi seperti dulu.

Lihat gambar-gambar di bawah dan anda nilailah sendiri:

Image via Facebook
Image via Facebook

Image via Facebook
Image via Facebook
Image via Facebook

Kreatif kan? Macam-macam jenis lukisan ada. Zaman dulu mana ada macam ni.

Daripada karakter Doraemon, Minion, Sonic, Mickey Mouse, One Piece, dan banyak lagi, semuanya dilukis dengan penuh dedikasi. Dahsyat betul.

Apa kata orang ramai?

Ada yang menganggap, perkara ini terlalu biasa dan tak perlu diperbesar pun.

Image via Facebook
Image via Facebook

Tetapi biasalah, bila dah terlalu kreatif, ada juga pelajar yang bertindak keterlaluan

Nak lukis atau nak conteng itu bukan satu masalah besar. Cuma masalah timbul apabila contengan itu bersifat keterlaluan dan melampau.

Kenapa mesti nak conteng benda-benda yang tak elok? Contohnya seperti di bawah. Ada ke patut lukis gambar badut PM dan tulis perkataan mencarut pada baju sekolah.

Image via Facebook
Image via Facebook

Disebabkan segelintir yang tidak bertanggungjawab, habis semua pelajar sekolah dipandang serong.

Bak kata pepatah, "Kerana nila setitik, rosak susu sebelanga."

Perkara ini jelasnya telah menimbulkan kemarahan orang ramai. Ia juga telah menarik perhatian aktivis politik Fahmi Reza yang turut berkongsi pendapat di Facebook.

Image via Fahmi Reza

Macam mana pula dengan pendapat anda? Kongsikan di ruangan komen di bawah!

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Pelajar sekolah rendah zaman sekarang dah ada prom night. LIHAT SINI:

You may be interested in: