seismik

[GAMBAR] Hebat Budak Darjah 6 Zaman Sekarang. Siap Ada 'Prom Night' Kat Hotel 5 Star!

Lain macam betul.

Cover image via SAYS via Instagram

Izinkan kami tanya satu soalan:

Masa Darjah 6 dulu, apa yang korang semua buat ya?

Budak Darjah 6 zaman dulu: Baju besar merupakan salah satu fesyen wajib. Hehe.

Image via Facebook

Zaman dah berubah. Pelajar Darjah 6 dulu dengan sekarang memang sangat jauh beza. Bukan sahaja dari segi pendedahan, pelajar zaman sekarang juga nampak lebih matang, lebih bergaya, dan lebih peka tentang keadaan sekeliling.

Selaras dengan kemajuan teknologi di hujung jari, pelajar masa kini mempunyai akses yang mudah kepada semua perkara, termasuk fesyen, penampilan, dan kecantikan.

Buktinya? Lihat gambar-gambar di bawah:

Image via Instagram
Image via Instagram
Image via Instagram

Image via Instagram
Image via Instagram
Image via Instagram

Bergaya kan semua?

Percaya atau tidak, kesemua individu dalam gambar-gambar di atas adalah pelajar sekolah rendah Tahun 6 yang baru berusia 12 tahun.

Ya, 12 tahun.

Mereka merupakan para pelajar di sebuah sekolah di Selangor yang kami rasa tidak perlu kami dedahkan.

Berbalik kepada soalan tadi:

Masa Darjah 6 dulu, apa yang korang semua buat ya?

Bila baca komen-komen dari netizen, masing-masing cakap budak zaman dulu tak pernah tahu langsung pasal penampilan.

Image via Facebook
Image via Facebook

Komen selebihnya korang boleh baca kat sini.

Dinner bukan calang-calang dinner. Majlis makan malam sekolah ini diadakan di sebuah hotel bertaraf 5 bintang di Mutiara Damansara. Hebat!

Image via Instagram

Berdasarkan kajian dan galian yang pihak kami lakukan, kami akhirnya menemui sumber sahih yang mengatakan majlis makan malam tersebut telah diadakan di sebuah hotel mewah.

Dan kami percaya, ini bukanlah pertama kali sesebuah sekolah mengadakan majlis makan malam yang grand di hotel. Perkara ini sudah dianggap seperti satu trend terbaru untuk sekolah rendah.

Adakah ini satu budaya yang sihat? Korang tentukan dan nilailah sendiri.

Bak kata orang, "mana boleh compare zaman dulu dengan zaman sekarang."

Image via Facebook

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Betul ke budak-budak sekarang makin manja?