seismik

Malaysia Akan Guna Indeks Maqasid Syariah Bermula Januari 2015

Sebagai sebuah negara Islam, indeks ini memang wajar diguna pakai.

Cover image via journeyinumk.blogspot.com

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak Mengumumkan Indeks Syariah Akan Diguna Pakai Kerajaan Bermula Januari 2015 Bagi Mengukur Pencapaian Negara Dalam Perlaksanaan Tuntutan Syarak

Image via livemint.com

Indeks syariah bagi mengukur pencapaian sesebuah negara dalam melaksanakan tuntutan syarak bakal diguna pakai mulai Januari 2015, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

bernama.com

Indeks Syariah Yang Saintifik Dan Komprehensif Itu Sedang Dibangunkan Oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Universiti Islam Antarabangsa (UIA) Dan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM)

Beliau berkata indeks yang komprehensif itu sedang dibangunkan, diterajui Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) bersama Universiti Islam Antarabangsa dan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM).

themalaysianinsider.com

"Banyak sangat polemik, ada yang kata kita negara Islam dan ada yang kata sebaliknya.. bagaimana usaha kita untuk mengisi tuntutan Islam, syariat Islam, mesti ada ukuran yang saintifik."

astroawani.com

"Bila ada indeks ini, kita boleh buat ukuran dan negara boleh buat perbandingan dengan negara lain, kalau ada yang dah berjaya Alhamdulillah, kalau masih ada kekurangan lagi kita sama-sama perbaiki," kata Najib.

bernama.com

Sementara Itu, Najib Berkata Kumpulan Ulama Dan Umarak Adalah Dua Kumpulan Penting Dan Sekiranya Permuafakatan Jitu Diwujudkan Sudah Tentu Umat Islam Dan Ummah Akan Lebih Cemerlang Dan Terbilang

"Kalau ulama bersama dengan kita, kita boleh mencorak pentadbiran yang dituntut oleh Islam bukan sahaja kemajuan tetapi pembahagiaan kekayaan yang adil dan saksama."

themalaysianinsider.com

"Keadilan inilah yang dituntut Islam dan saya harap ulama-ulama boleh bantu kerajaan ke arah menyediakan masyarakat kita supaya lebih adil dan saksama," katanya lagi.

bernama.com

Beliau turut memetik sabda Rasulullah saw: "Ada dua kelompok manusia, jika kedua-duanya baik, maka masyarakat akan jadi baik, dan jika kedua-duanya rosak, maka masyarakat akan rosak, mereka itu ialah ulama dan umarak".

themalaysianinsider.com

Cerita Berkaitan Lain Di SAYS:

You may be interested in: