seismik

Malaysia Berpotensi Dilanda Ancaman Gempa Bumi Kuat, Sabah Alami Lebih Kerap - METMalaysia

Sabah mempunyai beberapa garis sesar aktif menyebabkan negeri itu lebih kerap mengalami gempa bumi.

Cover image via Harian Metro & Berita Harian

Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Potensi untuk gempa bumi kuat melanda negara sentiasa ada, tetapi ia sukar diramal

Itu kata Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia), Dr Mohd Hisham Mohd Anip. Sehingga kini belum ada lagi teknologi yang mampu meramalkan kejadian gempa bumi di seluruh dunia.

Menerusi laporan daripada Berita Harian, beliau berkata secara am kemungkinan untuk terjadinya gempa bumi kuat sentiasa ada namun ianya tidak dapat diramal.

"METMalaysia melalui pencerapan stesen seismik yang dipasang di seluruh negara mampu untuk mengesan kejadian gempa bumi dan memberikan maklumat daripada segi kekuatan, lokasi dan kedalaman gempa terbabit kepada orang ramai," katanya.

Gambar sekadar hiasan.

Image via Harian Metro

Sabah dilapor dua hari berturut-turut mengalami gempa bumi

Mengulas lebih lanjut, beliau memberitahu Sabah mempunyai garis aktif yang menyebabkan negeri berkenaan lebih kerap mengalami gempa bumi.

"Sabah mempunyai beberapa garis sesar aktif menyebabkan negeri ini lebih kerap mengalami gempa bumi dengan skala yang lemah kecuali satu skala yang kuat dengan magnitud 6.0 berlaku di Ranau pada 5 Jun 2015 lalu," katanya.

Tambahnya, potensi ancaman gempa bumi kepada Malaysia khususnya di Sabah susulan dua hari berturut-turut negeri itu dilaporkan mengalami gempa bumi, minggu ini.

Daerah Ranau di Sabah dilanda gempa bumi lemah kali kedua dalam tempoh kurang 24 jam.

Image via Berita Harian

Pada Isnin lalu, Berita Harian turut melaporkan gempa bumi lemah bermagnitud 2.8 pada skala Richter dilaporkan berlaku di Ranau pada 2.56 petang.

Kelmarin, gempa bumi lemah bermagnitud 3.1 pada skala Richter juga dilaporkan berlaku di Ranau, pada 10.01 pagi.

Mohd Hisham berkata gempa bumi pada 5 Jun 2015 menyebabkan kerosakan struktur sekitar Ranau dan kehilangan nyawa pendaki dan malim gunung.

Dalam pada itu, katanya, METMalaysia sentiasa memantau dengan rapi aktiviti gempa bumi yang berlaku dalam negara melalui Pusat Operasi Cuaca dan Geofizik Nasional (POCGN) di ibu pejabat, sepanjang masa.

"Kami akan memaklumkan sebarang kejadian gempa bumi kepada orang awam," katanya.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

More stories to read: