seismik

Pelancong China Puji Rakyat Malaysia Baik Hati Bantu Bersihkan Minuman Tertumpah Dalam MRT

Rakyat Malaysia memang boleh diharap.

Cover image via Xiaohongshu

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Baru-baru ini tular sebuah video memaparkan beberapa orang individu membantu membersihkan tumpahan air di dalam MRT

Ia selepas seorang penumpang dengan tidak sengaja telah menumpahkan minumannya di dalam kenderaan awam terbabit sehingga menyebabkan kekotoran di lantai.

Situasi itu membuatkan sekumpulan individu telah membantu untuk turut sama membersihkan minuman yang tertumpah tersebut.

Image via Xiaohongshu

Pelancong China puji sikap rakyat Malaysia yang bantu

Dalam hantaran di Xiaohongshu, seorang pelancong dari China yang berada di tempat kejadian menulis bahawa ketika itu dia turut berada dalam MRT tersebut apabila seorang penumpang lelaki yang memakai baju hitam menumpahkan minumannya kerana dia tertidur.

Menyedari perkara itu, penumpang berkenaan terus bangun dan membersihkan dirinya dan minuman yang tertumpah. Dia kemudian telah dibantu oleh beberapa orang di situ yang mengeluarkan tisu mereka dan membersihkan tumpahan tersebut.

Walaupun pelancong itu mengakui dia tidak membantu dan hanya memerhati dari jauh, dia berkata terharu melihat rakyat Malaysia datang membantu orang yang tidak dikenali.

Tambahnya, penumpang lelaki itu turut mengucapkan terima kasih kepada mereka yang membantunya membersihkannya.

"Ini adalah detik paling menyentuh hati yang saya dapat lihat di MRT, kebaikan dan kerjasama yang murni. Berbanding dengan keindahan yang ingin kita capai dalam hidup, mungkin saat-saat seperti ini adalah keindahan sebenar yang tidak ternilai,"
tulisnya.

Lihat video di bawah:

Tidak dinafikan rakyat Malaysia memang sangat prihatin dan suka membantu :)

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

More stories to read: