[ULASAN] Serlahkan Gaya Streetwear Anda Dengan Koleksi Terbaru Skechers x Jujutsu Kaisen
Temui corak unik yang diinspirasikan oleh watak Jujutsu Kaisen yang paling digemari!
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Jenama pakaian global, Skechers dengan bangganya memperkenalkan koleksi Skechers x Jujutsu Kaisen yang pertama untuk wanita dan lelaki
Koleksi Skechers x Jujutsu Kaisen ini menampilkan siri anime dari Jepun popular Jujutsu Kaisen, termasuk Itadori Yuji yang gigih, Satoru Gojo yang penuh teka-teki dan berkuasa, Fushiguro Megumi yang tabah namun strategik, dan Kugisaki Nobara yang garang dan berani.
Bagi koleksi kasut Skechers x Jujutsu Kaisen footwear, anda boleh mendapatkan Skechers Street Koopa dengan harga RM459 dan Skechers Foamies Surge dengan harga RM299.
Lebih menarik lagi, koleksi Skechers x Jujutsu Kaisen ini turut tersedia untuk pakaian dan aksesori menarik dari anime berkenaan.
Pakaian Skechers x Jujutsu Kaisen hanya boleh didapati di kedai konsep Skechers terpilih termasuk Pavilion Bukit Jalil, Pavilion Damansara Heights, Pavilion KL, Suria KLCC, The Exchange TRX dan 1 Utama Shopping Centre.
Bagi kelengkapan aksesori harian anda pula, dapatkan beg Skechers x Jujutsu Kaisen yang menampilkan logo Jujutsu Kaisen disulam pada setiap beg dan dihiasi dengan azimat beg Jujutsu High.
Aksesori ini sesuai untuk menambah sentuhan unik pada ensembel anda.Bermula dari harga RM169, koleksi Skechers x Jujutsu Kaisen boleh didapati di kedai dalam talian Skechers, Shopee, Lazada dan di kedai konsep Skechers terpilih, termasuk Pavilion Bukit Jalil, Pavilion Damansara Heights, Pavilion KL, Sunway Pyramid, Suria KLCC, The Exchange TRX dan 1 Utama Shopping Centre.
Mari kita lihat lebih dekat apakah keistimewaan yang ada pada koleksi terbaharu Skechers x Jujutsu Kaisen ini:
1. Perincian teliti dalam setiap reka bentuk kasut yang diinspirasikan dengan watak-watak utama
Seperti yang kita tahu, jenama Skechers ini telah banyak berkolaborasi dengan cerita dan watak menarik pada koleksi mereka.
Bagi peminat siri berkenaan, sudah tentu ini adalah peluang untuk mereka mendapatkan kolaborasi ini untuk menjadi sebahagian daripada koleksi mereka.
Kasut ini menampilkan perincian reka bentuk halus yang diinspirasikan oleh siri anime popular, termasuklah wajah-wajah karakter pada bahagian belakang untuk sentuhan tersendiri.
2. Insole dalam tapak kasut yang selesa diperbuat daripada Skechers Air-Cooled Memory Foam
Untuk model Skechers Street Koopa ini, Skechers memperkenalkan teknologi Air-Cooled Memory Foam bagi keselesaan pada kaki anda.
Tapak luar cengkaman yang fleksibel dan tumit satu dan suku inci memberikan kestabilan dan kemudahan dengan setiap langkah. Jadi, jika kaki anda lebar, ia tidak akan terasa sakit bila memakainya.
3. Sesuai digayakan dalam pelbagai aktiviti dan majlis
Bila dilihat saja pada warna dan corak yang diberikan, kami sudah terbayang gaya ketika memakai kasut ini.
Terutama sekali ketika menghadiri majlis-majlis, sudah tentu kasut ini menyerlahkan lagi style pakaian anda ketika di acara. Kasut ini juga menunjukkan kreativiti anda dalam pemakaian dan yang paling penting coraknya tidak membosankan.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!