[ULASAN] Skechers Street Tres-Air Uno Tampil Dengan Elemen 'Slip-Ins' & Cukup Selesa
Mudah dipakai dan selesa, just slip-in!
Jenama global dalam koleksi sukan dan gaya hidup terkenal, Skechers baru-baru ini memperkenalkan penambahan baru bagi koleksi Skechers The UNO untuk lelaki dan wanita
Koleksi ini termasuklah dua barisan yang berbeza iaitu Skechers Street Tres-Air Uno, yang direka untuk effortless wear in-built dengan Skechers Hands Free Slip-Ins untuk kemudahan dan keselesaan yang terbaik.
Manakala, Skechers Street Uno Chaos, pula menampilkan fesyen siluet dengan tapak tengah Skech-Air untuk pemakaian responsif dan sokongan tambahan.
Mari kita lihat lebih dekat apakah keistimewaan yang ada pada koleksi terbaharu Skechers Street Tres-Air Uno ini:
1. Tampil dengan elemen mudah sarung atau slip-ins yang cukup unik
Koleksi Skechers Street Tres-Air Uno ini bukanlah kasut yang kebiasaannya terdapat di pasaran, ia menggunakan menggunakan lace jenis stretchy. Tujuannya adalah untuk si pemakai tidak perlu lagi bersusah payah untuk mengikat tali kasut.
Hanya perlu menyarungkan sahaja semudah ABC, just slip-in! Anda sudah memakainya dan tidak perlu berbuat apa-apa lagi dengan tali kasut.
Kasut ini sangat sesuai bagi individu yang mengejar masa, hanya perlu sarungkan dan mudah dipakai.
2. Insole dalam tapak kasut diperbuat daripada Skechers Air-Cooled Memory Foam
Untuk model ini, Skechers memperkenalkan teknologi Air-Cooled Memory Foam bagi memberikan rasa selesa kepada sesiapa sahaja yang memakainya dan sesuai untuk digunakan sepanjang hari.
Menariknya, lama kelamaan jika ada sentiasa memakai kasut ini Air-Cooled Memory Foam akan terbentuk mengikut saiz tapak kaki anda dan sekali membuatkan anda akan berasa selesa setiap kali memakainya.
3. Boleh digayakan dalam apa-apa jua majlis mahupun aktiviti sepanjang hari
Sebagai contoh, baru-baru ini penulis berpeluang ke Pulau Jeju, Korea Selatan dan cuba sendiri untuk memakai kasut ini sepanjang hari dalam mengikuti itinerari yang padat di sana.
Ternyata kasut Skechers Street Tres-Air Uno ini memberikan keselesaan yang optimum kepada penulis tanpa ada rasa sakit di bahagian kaki selepas memakainya sepanjang hari.
Skechers Street Tres-Air Uno kini boleh didapati pada harga RM459
Anda boleh mendapatkan koleksi terbaharu Skechers The UNO ini menerusi laman web Skechers, Shopee, Lazada, dan di kedai konsep Skechers terpilih, termasuklah pusat beli-belah 1 Utama, Pavilion Bukit Jalil, Pavilion Damansara Heights, Pavilion Kuala Lumpur, Sunway Pyramid, Suria KLCC, The Exchange TRX, dan banyak lagi.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!