seismik

Adidas Originals Bawakan Koleksi Kasut Ikonik 'Home Of Classics' & Acara Muzik Di REXKL

Antara koleksi kasut ikonik kempen 'Home Of Classics' kali ini adalah Superstar, Gazelle dan Forum.

Cover image via Tripadvisor & adidas (Facebook)

Follow kami di Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Rasa tertekan kerana bekerja atau belajar? Inilah masanya untuk anda hilangkan tekanan dan stres!

Bersempena dengan kempen 'Home of Classics', adidas Malaysia menganjurkan tiga malam acara khas muzik di REXKL pada 29 April, 6 Mei dan 12 Mei 2023 untuk anda semua.

Antara koleksi kasut ikonik adidas Originals yang diperkenalkan untuk kempen 'Home Of Classics' kali ini adalah daripada seleksi Superstar, Gazelle dan Forum.

Ketiga-tiga koleksi ikonik adidas Originals ini masih menjadi kegemaran ramai dan biasa bagi para pencinta gaya jalanan dan sniker.

Bagi adiClub members, anda berhak mendapat pas eksklusif untuk acara epik ini!

Setiap pengaktifan terbuka kepada semua, dengan kemasukan percuma untuk adiClub members dari Level 1 hingga Level 4. Bagi yang memakai sepasang kasut adidas Originals kegemaran mereka di setiap acara muzik ini berpeluang untuk menikmati layanan istimewa dan faedah.

1. Lepas Geram dikuasakan oleh adidas Originals

Tarikh: Sabtu, 29 April 2023
Masa: 8:00 malam sehingga lewat
Tempat: Ruang Legar Dewan Acara, REXKL, 80, Jalan Sultan, Pusat Bandar, 50000 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Image via adidas

2. Hip Hop Night dikuasakan oleh adidas Originals

Tarikh: Sabtu, 6 Mei 2023
Masa: 8:00 malam sehingga lewat
Tempat: The Back Ground, REXKL, 80, Jalan Sultan, Pusat Bandar, 50000 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Image via adidas

3. Dub Tings dikuasakan oleh adidas Originals

Tarikh: Jumaat, 12 Mei 2023
Masa: 8:00 malam sehingga lewat
Tempat: Ruang Legar Dewan Acara, REXKL, 80, Jalan Sultan, Pusat Bandar, 50000 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Image via adidas

Bagi adiClub members yang ingin berada dari Level 1 hingga Level 4 bagi ketiga-tiga acara muzik khas ini, anda boleh daftar di SINI. Bagi yang baru ingin mendaftarkan diri sebagai adiClub members pula, anda boleh saja layari laman web ini atau muat turun aplikasi adidas.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: