"Uniform Kayangan" - Restoran Mamak Kolaborasi Dengan Adidas Ini Curi Tumpuan Ramai
Kasut Superstar edisi terhad ini akan mula dijual mulai 23 Jun di butik Adidas terpilih di Dubai.
Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.
Selain acara sukan, makanan adalah antara elemen utama yang mampu menyatukan masyarakat berbilang kaum di Malaysia
Restoran yang paling popular dan menjadi pilihan serta beroperasi 24 jam untuk rakyat Malaysia sudah semestinya restoran mamak.
Restoran mamak ini juga menghidangkan pelbagai menu kegemaran tempatan seperti nasi lemak, roti canai dan teh tarik.
Begitupun, baru-baru ini pengeluar barangan sukan terkemuka, Adidas telah memilih 'restoran mamak' iaitu Ravi Restaurant untuk menghasilkan kasut Superstar edisi terhad dan baju bagi meraikan sejarah restoran berkenaan yang bertapak di Dubai sejak 1978.
Terletak di Al Satwa, Ravi adalah restoran yang sangat popular dalam kalangan penduduk tempatan, pelancong dan selebriti di Dubai. Ravi Restaurant menawarkan makanan asli Pakistan pada harga yang berpatutan diasaskan oleh Chaudary Abdul Hameed.
Anthony Bourdain merupakan adalah antara chef selebriti yang pernah melawat Ravi Restaurant. Ketika didekati oleh pihak Adidas setahun yang lalu, pemilik Ravi Restaurant tidak menolak pelawaan berkenaan kerana salah seorang daripada mereka juga adalah seorang peminat sneakers.
“Sudah 40 tahun kami menyajikan hidangan terbaik buat warga Dubai. Disebabkan restoran kami antara yang paling nostalgik dan mempunyai sejarah tersendiri di sini, kami merasakan kolaborasi ini adalah satu gabungan yang terbaik,” kata Wawar Hammed, anak kepada Chaudary.
Kasut Superstar edisi terhad ini akan mula dijual mulai 23 Jun di butik Adidas terpilih di Dubai
Kasut Adidas Superstar Ravi hadir dengan warna ikonik restoran tersebut; hijau dan putih dengan tulisan ‘Ravi’ tertulis di bahagian belakang kasut dalam tulisan rumi dan jawi.
Dalam pada itu, lukisan Ravi khas turut dicetak di bahagian insole dan 6 menu paling digemari di Ravi Restaurant juga ditulis di bahagian dalam lidah kasut.
Model ini bakal mula dijual pada 23 Jun ini di butik Adidas terpilih di Dubai. Sebagai rekod, Ravi Restaurant merupakan salah satu daripada 11 restoran di seluruh dunia yang dipilih untuk siri 'adilicious'.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!