seismik

Lelaki Ini Kongsi Panduan & Cara Nak Bezakan Restoran Mamak 'Original' Muslim Dengan Hindu

Semoga bermanfaat untuk semua.

Cover image via Afyan Mat Rawi , IFP (Facebook) , Malaysia Kini/Lim Huey Teng

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Restoran mamak sudah sebati dengan budaya Malaysia kerana boleh didapati di merata tempat di negara ini, terutamanya di kawasan bandar raya

Gambar sekadar hiasan.

Image via Kosmo!

Di Malaysia, istilah "mamak" merujuk kepada orang India beragama Islam, dan secara amnya, restoran mamak dimiliki dan dikendalikan oleh golongan ini.

Selain itu, budaya popular melepak di restoran mamak juga telah ditanam dalam semua peringkat masyarakat Malaysia. Maka, restoran mamak menjadi gabungan pelbagai budaya, satu lambang keharmonian sesama kaum.

Tanpa mengira kaum, agama dan umur, orang ramai sentiasa mengunjungi restoran mamak untuk bergosip atau menonton perlawanan bola sepak larut malam sambil meminum teh tarik panas.

Begitupun, tular di media sosial baru-baru ini mengenai satu posting yang dimuat naik oleh seorang pengguna di Facebook, Afyan Mat Rawi di mana dia berkongsi panduan umum dan cara untuk memilih restoran mamak Muslim.

Berikut di bawah adalah posting penuh yang dimuat naik olehnya di Facebook:

Antara panduan umum dan cara untuk memilih restoran mamak Muslim dengan Hindu:

1. Biasanya restoran Hindu akan ditutup ketika cuti Deepavali

Sebagaimana kebiasaannya orang Islam akan tutup kedai waktu raya Aidilfitri, orang Cina akan tutup kedai ketika musim Gong Xi Fa Cai.

Beberapa tahun lepas saya pernah menulis perihal ini, ada seorang owner restoran mamak yang bercuti ketika Deepavali, mesej saya secara personal dan mengakui pekerjanya ramai Hindu walaupun beliau Muslim.

Terkejut beruk saya dibuatnya sebab restoran tersebut pernah saya pergi beberapa kali.

Isu utama ialah berkenaan Hindu yang menyamar atau memberi persepsi sebagai mamak Muslim. Contohnya restoran tadi, pekerjanya memakai kopiah yang memberi persepsi bahawa mereka Muslim.

Selepas insiden itu, saya semakin berhati-hati jika ke restoran mamak.

Cara ini bukanlah konkrit untuk mengenalpasti sama ada sesebuah restoran mamak itu Muslim atau fake. Sebab ada juga yang bercuti pada mana-mana perayaan atau ada sebab-sebab lain.

Jangan risau, ada cara lain.

Gambar sekadar hiasan.

Image via Afyan Mat Rawi, IFP (Facebook)

Gambar sekadar hiasan.

Image via Afyan Mat Rawi, IFP (Facebook)

2. Periksa sama ada makanan mereka ada masakan lembu atau tidak

Ada lagi cara lain yang boleh dilakukan waktu biasa. Periksa sama ada makanan mereka ada masakan lembu atau tidak.

Restoran mamak Muslim biasanya akan ada masakan daging lembu. Jika restoran Hindu atau mamak tiruan, selalunya tidak menghidangkan masakan daripada haiwan suci mereka.

Saya pernah test satu restoran “mamak”.

“Mamak, daging ada?”

“Kambing ada. Lembu tak ada”

“Kenapa lembu tak ada?”

Dia jawab tergagap-gagap, terus saya angkat kaki.

Namun, ia bukan cara paling ampuh. Ada juga restoran mamak Muslim yang menyediakan kambing sebagai menu utama mereka, tanpa daging lembu.

3. Cara paling ampuh, berikan salam dengan lafaz “Assalamualaikum”

Jika jawab salam tergagap-gagap, lari jauh-jauh. Cara ini boleh diuji kepada tauke dan pekerja mereka.

Ada juga kadang-kadang tauke Muslim tapi pekerja non-Muslim. Saya pernah beberapa kali menggunakan "test" cara ini dan dapati ada juga restoran mamak Muslim yang mengambil pekerja pekerja dari kalangan Hindu.

Ada sesetengah restoran mamak yang famous tapi pekerja mereka gagal apabila saya gunakan "test" ini. Terus saya angkat kaki jika pekerjanya gagal jawab salam. Pada saya, ia agak mengecewakan kerana sepatutnya restoran dengan imej Muslim, sepatutnya mengambil pekerja Muslim sahaja.

Cara ini paling ampuh berbanding cara-cara lain. Mustahil orang Islam tak boleh jawab salam. Kalau nak lebih dramatik, test bacaan surah Al-Fatihah. Saya pernah test ke atas seorang peminta sedekah selepas solat Jumaat, dan terketar-ketar akhirnya apabila mengaku bukan Islam.

Saya ulangi, isunya ialah bukan kepada restoran Muslim menggunakan pekerja Muslim. Isunya ialah orang Hindu yang menyamar atau memberi persepsi sebagai mamak Muslim. Tidak kira sama ada tauke atau pekerja.

4. Restoran mamak Muslim akan ditutup waktu solat Jumaat

Malah ada yang menyediakan tempat solat atau surau untuk pelanggan. Jika restoran mamak palsu tidak akan ada.

5. Jangan mudah terpengaruh dengan poster-poster dan frame gambar tulisan-tulisan jawi

Yang nampak seperti ayat-ayat suci Al-Quran, gambar masjid, gambar Mekah dan sebagainya. Ia selalunya dijadikan hiasan untuk menarik pelanggan Muslim datang ke restoran.

6. Semak nama restoran dengan website Persatuan Pengusaha Restoran Muslim Malaysia (PRESMA)

Anda boleh saja klik di pautan ini https://www.presma.com.my/info/senarai-ahli/.

Persatuan ini memang dipelopori oleh para pengusaha restoran mamak Muslim. Ada database keahlian mereka di seluruh negara.

Namun berdasarkan semakan saya tadi, ada juga restoran mamak Muslim yang tidak mendaftarkan diri sebagai ahli PRESMA.

Apabila ditutup pada hari Deepavali, bukanlah secara automatik ia adalah restoran mamak palsu

Hanya owner restoran sahaja yang tahu kenapa ia ditutup. Jika hari lain ia dibuka dan para pekerjanya memang lulus "test" Assalamualaikum tadi, kemudian namanya ada dalam direktori PRESMA, insya-Allah mamak Muslim.

Pagi tadi saya pusing-pusing sekitar Sri Gombak dan Prima Gombak, dan inilah hasilnya. Restoran Mamak dibuka dan meriah. Restoran yang saya sudah tahu memang dimiliki oleh Hindu, memang tutup sebagaimana dijangka. Tapi ada juga beberapa restoran Mamak Muslim yang tutup. Kenapa tutup? Wallahua'lam, hanya pemiliknya sahaja yang tahu.

Sebenarnya bukan isu halal haram yang saya ingin highlightkan. Tapi isu Hindu yang mengelirukan dan menyamar sebagai Muslim. Pekerja Hindu tapi dipakaikan kopiah supaya nampak macam orang Islam.

Jika dia Hindu dan tidak mengelirukan pelanggan Muslim, dan pelanggan yakin ia halal, tiada masalah di situ. Cuma saya akan elakkan jika tahu begitu.

Gambar sekadar hiasan.

Image via Afyan Mat Rawi, IFP (Facebook)

Gambar sekadar hiasan.

Image via Afyan Mat Rawi, IFP (Facebook)

Sebenarnya posting seumpama ini, pernah saya kongsikan beberapa tahun lalu, juga ketika cuti Deepavali.

Pagi tadi kebetulan hantar anak sekolah, pusing-pusing kawasan sekitar ini. Sekolah anak saya tak cuti ketika Deepavali, maka saya pun tak cuti juga. Huhu...

Masa buat aktiviti ini tadi, saya baru perasan beberapa perkara;

1. Banyak betul restoran mamak di sini. Rasanya kedai makan Melayu pun tak sebanyak ini.

2. Restoran mamak majoritinya berada corner lot atau paling kurang end lot. Susah nak cari kedai Melayu yang berkedudukan strategik sebegini.

3. Nama restoran mamak memang simple. Selalunya ada perkataan Arab (Thaqwa, Berkat, Haji, Al-Azhaar, Abdullah, Al) atau ada perkataan “Maju” atau kedua-duanya.

4. Awal-awal pagi dah buka. Mungkin juga sebab 24 jam.

5. Kebanyakan masa di restoran mamak sentiasa ramai orang. Apa rahsia mereka?

Apa kata anda pula ambil gambar-gambar restoran mamak di sekitar kawasan anda, hari ini dan kongsikan?

DISCLAIMER: Ini adalah panduan umum kebetulan ketika cuti Deepavali. Gunakan kesemua cara yang dikongsikan untuk memilih restoran mamak Muslim.

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: