seismik

[AMARAN] "Dilarang Masuk Kawasan Pantai" - Pengunjung Dinasihat Elak Aktiviti Rekreasi Air

Fenomena air pasang besar dijangka berlaku pada 3 hingga 7 November ini.

Cover image via Kerajaan Negeri Pahang (Facebook) & Astro Awani

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Majlis Perbandaran Kuala Langat (MPKL) melarang orang awam memasuki kawasan pantai sekitar daerah ini, berikutan fenomena air pasang besar dijangka pada 3 hingga 7 November serta peralihan monsun timur laut bermula awal November ini

Yang Dipertua MPKL, Datuk Amirul Azizan Abd Rahim, berkata penduduk di pesisir pantai di daerah ini juga disaran untuk lebih berhati-hati dan berwaspada sepanjang tempoh itu memandang paras air dijangka pada ketinggian 5.2 meter hingga 5.6 meter.

"Air pasang besar dijangka berlaku bermula pada Rabu hingga Ahad depan"

"MPKL akan menggerakkan petugas bagi membuat pemantauan dan penguatkuasaan di kawasan terbabit"

"Antara kawasan yang dijangka akan berlaku limpahan air seperti Pantai Kelanang, Pantai Baru Morib, Pantai Morib, Taman Harmoni Morib, Istana Bahagia Morib, Pantai Batu Laut, Pantai Chunang dan Jeti Tanjung Sepat," katanya.

MPKL akan menutup kawasan peranginan pantai dan kemudahan awam seperti medan selera dan kiosk di Pantai Kelanang, Pantai Morib, Pantai Batu Laut, Pantai Chunang dan Jeti Tanjung Sepat

Katanya, jika berlaku hujan lebat dan angin kencang secara serentak bersama air pasang besar, risiko berlakunya kejadian banjir akan menjadi lebih buruk.

"Orang awam yang tinggal di pesisir pantai disaran agar menyimpan semua dokumen penting di tempat yang selamat serta mudah diambil sekiranya berlaku kejadian banjir."

"Orang ramai khususnya penduduk daerah ini diingatkan supaya tidak mendekati atau memasuki serta tidak menjalankan sebarang aktiviti air, riadah dan rekreasi pada tarikh yang ditetapkan memandangkan kesemua kawasan peranginan pantai terbabit akan ditutup sepenuhnya," ujarnya.

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: