seismik

Berjaya Harumkan Nama Negara, Soh Wai Ching Muncul Juara Larian Menara Empire State 2021

Siap dapat jumpa 'Winter Soldier'.

Cover image via Soh Wai Ching - Athlete (Facebook)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Satu lagi pencapaian membanggakan buat Malaysia, apabila pelari menara negara, Soh Wai Ching muncul juara acara Larian Menara Empire State 2021

Dia mencatat masa 10 minit dan 47 saat untuk memenangi perlumbaan bagi kategori lelaki elit manakala Cindy Harris dari Amerika Syarikat memenangi perlumbaan kategori wanita elit.

Pemenang akan menderma AS$100,000 kepada badan amal pilihan mereka.

Larian Menara Empire State ialah perlumbaan menara paling terkenal di mana pelari perlu berlari menaiki 86 flights atau 1,576 anak tangga.

Perlumbaan tahun lepas terpaksa dibatalkan susulan Covid-19, namun tahun ini tidak menjadi penghalang ia diteruskan seperti biasa dan perlumbaan itu dimenangi Wai Ching.

Cipta rekod jadi orang Asia pertama yang memenangi Empire State Building Run Up

Mengulas lanjut, mengenai perlumbaannya Wai Ching merasakan tidak memberikan persembahan terbaik dan juga tidak berpuas hati dengan prestasinya kerana dia menyasarkan sekurang-kurangnya sub 10

"Saya memberikan yang terbaik pada penghujungnya tetapi pastinya ia boleh menjadi lebih pantas!

"Saya sangat yakin untuk memperbaiki masa saya tahun depan dengan persediaan yang lebih lama untuk itu," katanya.

Dia juga turut merakamkan penghargaan terima kasih kepada keluarga, rakan-rakan dan penaja atas sokongan berterusan terhadap dirinya.

"Terima kasih kepada @nycruns dan kepada semua krew, kakitangan yang berada di sana untuk menjayakan acara ini. Hargai sangat!

"Senang bertemu dengan ramai kawan baru dan dapat berkongsi impian saya, semangat saya dengan mereka. 

Saya ingin memberi inspirasi kepada semua orang untuk bermimpi besar, percaya pada diri mereka sendiri, berusaha dan mencapainya," ujarnya.

Sebagai rekod, pada 18 November tahun lalu, Wai Ching mencatat rekod dunia bagi cabaran pendakian tangga menegak selepas melakukan jarak larian 1.295 kilometer (km) dalam tempoh sejam, mengatasi rekod pelari Sepanyol, David Robles Tapia.

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: