seismik

Kajian Di Hong Kong Dakwa 5 Biskut Popular Malaysia Ini Mempunyai Bahan Penyebab Kanser

Majlis Pengguna Hong Kong mendedahkan hampir 60 jenama konfeksi tepung termasuk biskut mengandungi bahan karsinogen.

Cover image via Cleveland Clinic & Dietitian Fizah (Facebook)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Biskut antara makanan yang sering diberikan pada anak kecil

Tidak kiralah dalam bentuk apa sekalipun, biskut seolah-oleh menjadi makanan wajib untuk ibu bapa berikan kepada anak-anak kecil.

Biskut biasanya dijadikan sebagai snek untuk anak-anak kerana selain mudah dibawa dan mengenyangkan, ada biskut di pasaran yang didakwa berkhasiat untuk kanak-kanak seawal enam bulan.

Walau bagaimanapun, baru-baru ini satu kajian di Hong Kong mendakwa beberapa jenama biskut terkenal di Malaysia mengandungi bahan berbahaya iaitu karsinogen yang boleh menyebabkan kanser.

Menurut sumber, Majlis Pengguna Hong Kong (HKCC) mendedahkan hampir 60 jenama konfeksi tepung termasuk biskut mengandungi bahan karsinogen.

Sebagai rekod, karsinogen ialah bahan-bahan yang boleh menyebabkan pertumbuhan kanser dalam sel dan tisu hidup.

Bahan karsinogen ini juga dikenali sebagai glisidol dan akrilamida ini merupakan bahan pencemaran yang terhasil semasa pemprosesan bahan makanan. Tetapi bahan ini boleh dikawal melalui pemilihan bahan mentah dan proses yang sesuai.

Antara jenama biskut Malaysia tersenarai adalah Hup Seng, Jacobs dan Julie’s yang telah dipasarkan di Hong Kong

Gambar sekadar hiasan.

Image via Hup Seng (Facebook)

Menurut laporan, Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan (BKKM), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sedang menjalankan verifikasi di premis kilang biskut popular susulan terdapat laporan mendakwa biskut itu yang dijual di Hong Kong mengandungi karsinogen.

Begitupun, BKKM menjelaskan setiap premis pengeluaran makanan di Malaysia diwajibkan melaksanakan program jaminan keselamatan makanan (PKJKM) seperti Skim Pensijilan Makanan Selamat Tanggungjawab Industri (MeSTI), Amalan Perkilangan Baik (GMP), Titik Kawalan Kritikal Analisis Hazard (HACCP) dan lain sebagaimana ditetapkan oleh Peraturan 9, Peraturan-Peraturan Kebersihan Makanan 2009.

Antara beberapa biskut yang didakwa oleh HKCC mempunyai bahan karsinogen adalah;
- Hup Seng Special Cream Cracker
- Jacob Original Cream Cracker 93% Wheat Cereal
- Julie’s Le-mond Lemon Puff Sandwich
- Mini Oreo Original
- Ritz Crackers Cheese Flavoured Sandwich

Image via Wanista

Seorang ahli kimia tampil memberi penjelasan mengenai isu yang tular di laman Twitternya

Lelaki yang dikenali sebagai Mas Faiz, @masfaizhakim melalui rajutannya turut mendedahkan biskut berkenaan masih lagi selamat untuk dimakan disebabkan oleh beberapa perkara di bawah:

Dalam pada itu, dalam perkembangan terbaru pihak Hup Seng dan Julie's tampil menjelaskan isu yang tular di media sosial

Hup Seng Perusahaan Makanan (M) Sdn Bhd, anak syarikat Hup Seng Industries Bhd menjamin biskut yang dikeluar dan dipasarkan di Malaysia selamat untuk dimakan, selain menepati kawal selia, standard kualiti dan keselamatan makanan.

Ia susulan laporan hasil penemuan Majlis Pengguna Hong Kong (HKCC) terhadap produk yang dihasilkan oleh pengeluar biskut terkemuka tempatan itu baru-baru ini.

Sementara itu, Julie's Manufacturing Sdn Bhd (Julie's Biscuits) juga menyatakan pendirian yang sama dengan memberitahu kualiti produk mereka menepati standard atau piawaian yang tinggi.

Selain mengamalkan kawalan keselamatan makanan yang ketat, produk Julie's juga mematuhi kriteria dalam Peraturan-Peraturan Makanan 1985.

Berikut di bawah adalah kenyataan penuh yang dikeluarkan oleh pihak Hup Seng dan Julie's Biscuits:

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik: