[VIDEO] Lelaki Ini Derita Patah Paha & Pinggul, Gara-Gara Kereta Lain Langgar Lampu Merah
Difahamkan kejadian terbabit berlaku di persimpangan lampu isyarat Taman Muhibbah Kluang.
Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.
Gara-gara sikap tak bertanggungjawab seorang pemandu kereta melanggar lampu isyarat, sekumpulan lelaki ditimpa kemalangan dan mengalami kecederaan yang serius
Kejadian itu difahamkan berlaku di persimpangan lampu isyarat Taman Muhibbah Kluang susulan tularnya rakaman dashcam dikongsi melalui Facebook baru-baru ini membabitkan perlanggaran dua buah kenderaan.
Walau bagaimanapun, seorang pengguna Twitter yang dipercayai mangsa kemalangan terbabit memuat naik rajutan di Twitter menerusi akaun miliknya, @OkayOmar sambil memberitahu "I’m going to saman you. Just wait. You have no idea what I’ve been through because of you".
Berikut di bawah ciapan penuh yang dimuat naik oleh @OkayOmar di Twitter:
Pemandu kereta yang melanggar lampu isyarat itu mendakwa dirinya melihat 'lampu hijau' ketika kejadian berlaku
Mangsa kemalangan itu memberitahu, tulang pahanya terkeluar dari pinggul. Malah, tulang paha dan pinggulnya juga turut patah ekoran daripada kejadian itu.
Rakannya turut mengalami patah tulang rusuk. Yang lain mengalami kecederaan ringan dan telah mendapatkan rawatan awal.
Tambahnya lagi, kereta yang dinaikinya itu kini total lost. Ketika kejadian, pemandu kereta berkenaan sebenarnya boleh bergerak ke kiri untuk mengelak. Tetapi dia tidak melakukannya.
"We’re you texting while driving? Lampu merah kau langgar, orang elak kau, kau lagi kejar orang," ujarnya.
Terpaksa telan pain killer setiap hari dan tidak dapat membuang air besar selama 5 hari sehingga sekarang
Menurutnya lagi, dia kini perlu berada di wad selama 3 minggu dengan skin traction sling, tiada simen atau pembedahan buat masa ini.
Malah, dia juga memberitahu, perlu menelan pain killer setiap hari, no bowel movement, tidak dapat membuang air besar selama 5 hari sehingga sekarang, keletihan menjadi statik dan kurang tidur akibat derita yang ditanggungnya.
Selain itu, dia hanya dapat meneruskan fisioterapi setelah 3 minggu pulih daripada kecederaan, jika dia berdiri sekarang pehanya boleh tertembus pinggul.
"Saya telah menghitung hari, tidak sabar untuk melakukan fisio dan berjalan semula. Kau tahu tak fractured femur ni patah tulang paling sakit. Eeee geram la sial," katanya.
Ingatan kepada semua, lampu isyarat dipasang fungsinya untuk dipatuhi supaya pengguna jalan raya selamat ketika dalam pemanduan.
Apa pun, semoga mangsa kemalangan ini cepat sembuh dan pulih daripada kecederaan yang dialaminya. Get well soon, brother!