seismik

Isu Ikan Siakap Langkawi Berharga RM1,196.80, Pemilik Restoran Ini Tampil Beri Penjelasan

Harga ikan siakap terbabit sudah dinyatakan di dalam menu restoran iaitu RM16 bagi setiap 100 gram.

Cover image via محمد فارس ذوالقرنين (Facebook)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Tular di media sosial Facebook, apabila seorang individu mendakwa harga ikan siakap dipesannya mahal ketika mengunjungi sebuah restoran di Langkawi, Kedah baru-baru ini

Satu resit yang dimuat naik oleh individu itu tertera ikan siakap seberat 7.48 kilogram yang berharga RM1,196.80.

Jumlah keseluruhan bil yang dimuat naik pelanggan terbabit termasuk hidangan makanan dan minuman lain pula adalah RM1,759.50 untuk tujuh orang makan.

Individu terbabit turut menasihati pihak restoran berkenaan supaya tidak mengulanginya termasuk menghidangkan ikan sebesar itu hanya untuk tujuh orang makan.

Malah, individu terbabit juga mendakwa pelanggan yang menunggu giliran membayar juga pasrah apabila bil yang dikenakan terhadap mereka sebanyak RM755 hanya untuk dua orang makan.

Ikuti kisah penuh mengenai isu berkenaan yang dimuat naik oleh seorang pengguna Facebook baru-baru ini di bawah:

Walau bagaimanapun, pemilik restoran itu tampil menjawab dakwaan pelanggannya yang mendakwa harga ikan siakap dipesan mahal ketika mengunjungi restorannya

Menurut laporan, dia sendiri yang mengambil pesanan pelanggan terbabit dan memintanya untuk melihat ikan sebelum dimasak tetapi mereka tidak mahu berbuat demikian.

"Saya sudah mencadangkan kepada pelanggan itu supaya ambil ikan lain seperti siakap merah atau kerapu dengan saiz antara satu hingga 1.5 kilogram (kg), ia lebih sesuai untuk dijadikan hidangan," kata pemilik Restoran Terapung Sas Rimba, Norasyikin Musa.

Katanya lagi, harga bagi ikan siakap terbabit juga sudah dinyatakan di dalam menu restorannya iaitu RM16 bagi setiap 100 gram (g).

"Saya sudah terangkan kepada pelanggan berkenaan bahawa ikan yang dipesannya seberat kira-kira 7 kg itu tidak dijual tetapi dipelihara dalam sangkar untuk dijadikan tontonan pengunjung restoran," ujarnya.

Norasyikin turut menafikan dia mengenakan caj tambahan bagi pembayaran menggunakan kad kredit seperti yang didakwa pelanggan terbabit.

Lihat posting dan kenyataan penuh yang dimuat naik oleh Norasyikin sendiri di bawah:

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: