seismik

Koleksi Kasut ASICS GEL-LYTE III 'Teh Tarik' Edisi Terhad Ini Buat Ramai Teruja

Kasut ASICS GEL-LYTE III 'Teh Tarik' ini akan dijual pada harga RM699.

Cover image via ASICS SportStyle (Facebook)

Follow kami di TelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Teh tarik merupakan sejenis minuman yang tidak asing lagi bagi rakyat Malaysia

Rasa teh bersusu yang manis berkrim bersama kecapan pahit di hujung membuatkan teh tarik menjadi minuman yang mampu menambat hati sesiapa sahaja.

Disebabkan itulah, butik HUNDRED% bersama SneakerLAH kembali dengan satu lagi model kolaborasi edisi terhad bersama ASICS bertemakan minuman kegemaran rakyat Malaysia, teh tarik!

Ia susulan selepas kejayaan model GEL-Kayano™ 5 OG ‘Nasi Lemak’ (2019) dan GEL-LYTE™ III ‘Kuala Lumpur Twin Towers’ (2020).

Bakal dijual pada harga RM699 bermula 3 Disember ini

Pemilihan warna dan material pada kasut ini sangat menarik. Dalam pada itu, perkataan 'LAH' ditulis di bahagian hadapan kasut serta logo ASICS di bahagian sisi juga boleh ditarik keluar dan digantikan dengan logo velcro lain yang turut hadir bersama kasut ini.

ASICS GEL-LYTE III 'Teh Tarik' turut hadir bersama dengan packaging khas, sama seperti packaging teh tarik instant yang biasa anda nampak di kedai runcit.

Tonton video promo ASICS GEL-LYTE III 'Teh Tarik' di bawah:

Sekiranya anda sudah mengumpul kasut edisi terhad Nasi Lemak dan KLCC, sudah semestinya Teh Tarik ini perlu ada dalam koleksi anda.

ASICS GEL-LYTE III ‘Teh Tarik’ ini akan dijual pada harga RM699 dan bakal dilancarkan pada 3 Disember ini di HOME Concept Store serta 4 Disember secara online raffle di SneakerLAH.com.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik lain hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: