seismik

ASICS SportStyle Bawa Kembali Koleksi 'SKYHAND OG Sneaker' Buat Pertama Kali Sejak 1994

Hadir dengan dua variasi warna iaitu dark neptune dan violet light.

Cover image via ASICS Malaysia

Follow kami di WhatsApp Channels, TelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Jenama kasut sukan terkenal, ASICS SportStyle Malaysia kini membawakan kembali SKYHAND OG sneaker, untuk kali pertama sejak tahun 1994

Pelancaran sneaker OG SKYHAND ini telah berlangsung di The Gasket Alley, Petaling Jaya, yang turut menampilkan pop-up berinformasi mengenai SKYHAND™ OG.

Pelancaran sneaker yang baru dilancarkan ini adalah berdasarkan DNA reka bentuk asal kasut bola baling SKYHAND™, tetapi dikemas kini untuk gaya hidup seharian, menampilkan bahan moden dan sifat kusyen.

Image via ASICS Malaysia

Kasut ini mengekalkan estetik tradisionalnya yang slim dan berprofil rendah. Untuk versi rekaan semula ini, pasukan reka bentuk ASICS mengemas kini perkakas dengan kusyen FLYTEFOAM™ PROPEL dan heel wedge EVA. Malah, ia turut membantu memberikan pengalaman keselesaan moden sambil mengekalkan DNA reka bentuk minimalis kasut.

SKYHAND™ OG juga menampilkan ciri upper construction yang hampir reka bentuk asal dari tahun 1994, menampilkan panel kulit sintetik yang diimbangi dengan butiran suede pada eyestay. Antara ciri lain adalah terdiri daripada butiran suede terutamanya digandingkan dengan kulit sintetik ASICS Stripes dan tab tumit.

Hadir dengan dua variasi warna yang menarik iaitu dark neptune dan violet light

Image via ASICS Malaysia

Sneaker ASICS SKYHAND™ OG kini boleh didapati secara dalam talian di ASICS SportStyle Malaysia dan di kedai fizikal pada harga RM449.

Jangan lepaskan peluang untuk merasai sendiri SKYHAND™ OG serba baharu di ASICS Malaysia di The Gasket Alley, Petaling Jaya.

Sertai ASICS SportStyle Malaysia dari 26 hingga 28 Julai 2024, pukul 12PM hingga 10PM, di mana aktiviti dan hadiah menarik menanti anda!

Untuk maklumat lanjut, layari https://www.asics.com/my/en-my/ .

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik lain hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: