seismik

[TERKINI] Malaysia Catat 287 Kes Positif Covid-19 Hari Ini, Paling Tinggi Dalam Sejarah!

Kesemuanya adalah kes penularan tempatan.

Cover image via The Star & Berita Harian

Sebanyak 287 kes baru Covid-19 dicatat hari ini iaitu kes paling tertinggi dalam sejarah negara selepas 4 Jun lalu yang merekodkan 277 kes

Image via The Star

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 adalah 1,540 kes, dan mereka telah diasingkan dan diberi rawatan.

Beliau berkata, daripada 287 kes baru yang dilaporkan, kesemuanya adalah kes penularan tempatan.

Daripada 287 kes, 20 daripadanya adalah individu yang pulang dari Sabah

"Adalah dimaklumkan bahawa tiada pertambahan kes kematian berkaitan Covid-19 dilaporkan pada hari ini.

"Justeru, jumlah kumulatif kes kematian Covid-19 di Malaysia adalah kekal sebanyak 136 kes," katanya pada siang media, petang Jumaat.

Dr Noor Hisham berkata, sebanyak 81 kes telah pulih Covid-19 pada Jumaat dan jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya adalah 10,095 kes.

"Sehingga kini, terdapat terdapat 22 kes positif Covid-19 sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) di mana empat kes memerlukan bantuan pernafasan," katanya.

Tambahnya lagi, terdapat dua kluster baharu di Selangor, iaitu Seri Setia di Gombak dan Seri Anggerik di Hulu Selangor.

Ingat sentiasa patuhi SOP, bersama kita hapuskan rantaian wabak Covid-19!

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel terkini hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: