seismik

Malaysia Lebih Baik Daripada Australia Dan Korea Selatan Dalam Laporan Daya Saing Global

Malaysia lonjak empat anak tangga pada tahun 2014.

Cover image via pixelcase.com

Malaysia Mendahului Korea Selatan, Perancis Dan Australia Dalam Laporan Daya Saing Global 2014-2015 Setelah Mendapat Tempat Ke-20 Daripada 144 Negara Sekali Gus Memperbaiki Kedudukan Ke-24 Tahun Lepas

Malaysia berada dalam kedudukan terbaik sepanjang Laporan Daya Saing Global diperkenalkan pada tahun 2004.

Image via chinaraenterprise.com

Kedudukan Malaysia dalam Laporan Daya Saing Global 2014-2015 melonjak ke tangga ke-20 daripada kalangan 144 negara, mendahului ekonomi maju seperti Austria, Australia, Perancis dan Korea Selatan.

bernama.com

Tahun lepas, negara berada di kedudukan ke-24 daripada kalangan 148 negara.

themalaysianinsider.com

Kedudukan Ini Adalah Yang Terbaik Pernah Dicapai Malaysia Setakat Ini. Meskipun Begitu, Persekitaran Ekonomi Makro Dan Kesediaan Teknologi Negara Mencatatkan Penurunan Sebanyak Lebih Lima Anak Tangga.

Ketua Pengarah Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC), Datuk Mohd Razali Hussain berkata, meskipun ini merupakan kedudukan terbaik Malaysia setakat ini, kerajaan akan terus mengukuhkan usaha dalam tunggak seperti persekitaran ekonomi makro, kecekapan pasaran buruh dan kesediaan teknologi.

freenewspos.com

Ketua Pengarah Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC), Datuk Mohd Razali Hussain.

Image via blog.mpc.gov.my

"Persekitaran ekonomi makro mencatatkan penurunan enam tangga ke kedudukan ke-44 daripada ke-38 tahun lepas. Perhatian utama kita ialah pada keseimbangan bajet kerajaan dan hutang kerajaan."

bernama.com

"Mengenai kesediaan teknologi, Malaysia turun sembilan tangga ke kedudukan ke-60 daripada ke-51 sebelum ini," katanya pada sidang akhbar selepas mengumumkan kedudukan daya saing negara pada 2 September 2014.

themalaysianinsider.com

Berhubung Perkara Itu, Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) Ingin Mencadangkan Penubuhan Pasukan Khas Yang Bertanggungjawab Untuk Menambah Baik Sektor Teknologi Maklumat Di Negara

MPC ingin mencadangkan penubuhan pasukan tugas khas bagi menambah baik kesediaan teknologi di negara ini.

Image via mpc.gov.my

Mohd Razali berkata MPC ingin mencadangkan penubuhan pasukan tugas khas bagi menambah baik kesediaan teknologi di negara ini.

freenewspos.com

Antara inisiatif yang perlu diperkukuh termasuklah langganan jalur lebar mudah alih bagi setiap 100 penduduk, lebar jalur Internet antarabangsa dan langganan Internet jalur lebar tetap bagi setiap 100 penduduk.

bernama.com

Selain Itu, MPC Juga Akan Menggalakkan Pembabitan Golongan Wanita Dalam Tenaga Kerja Buruh Di Negara Yang Merekodkan Lonjakan Sebanyak Enam Anak Tangga Berbanding Tahun Lepas

Mengenai tunggak kecekapan pasaran buruh, yang meningkat ke tangga ke-19 daripada ke-25 tahun lepas, Mohd Razali berkata kerajaan akan terus menggiatkan inisiatif bagi menggalakkan penyertaan wanita dalam tenaga kerja buruh.

themalaysianinsider.com

Menurut laporan, seramai 52.4 peratus wanita di Malaysia kini bekerjaya.

Image via themalaysiantimes.com.my

Pada 2013, daripada keseluruhan penduduk wanita di negara ini, 52.4 peratus kini bekerja.

freenewspos.com

"Kami akan mengadakan perbincangan dengan pelbagai kementerian dan agensi untuk meningkatkan kedudukan Malaysia dalam tiga tunggak, serta, mengadakan lebih banyak perbincangan dengan komuniti perniagaan," katanya lagi.

bernama.com

Sementara Itu, MPC Turut Bercadang untuk Menyediakan Laporan Daya Saing Peringkat Negara Dalam Tempoh Tiga Hingga Empat Tahun Akan Datang

"Daripada rangking, ia akan mendorong kita melakukan yang lebih baik lagi dalam bidang yang kita lemah," tambah Razali.

themalaysianinsider.com

Laporan Daya Saing Global, yang berasaskan kepada Indeks Daya Saing Global, diperkenalkan oleh Forum Ekonomi Dunia pada 2004.

freenewspos.com

Cerita Berkaitan Lain Di SAYS:

You may be interested in: