seismik

Makan Budu & Gemar Nasi Kak Wok, Mat Daud ‘Kecek Kelate’ Bintang Sensasi Siber Terbaru

"Saya tak sangka yang dia betul-betul 'popularkan' saya dengan muat naik video terbabit." - Mat Daud

Cover image via SAYS

Kalau sebelum ini kita ada Mat Dan di Terengganu, kini muncul bintang internet baru iaitu Mat Daud di Kelantan

Mat Daud atau nama sebenarnya Fatih Imamoglu, 24, yang fasih bertutur dalam loghat Kelantan ini merupakan pemuda yang berasal dari Istanbul, Turki. Dia mula terkenal sejak minggu lalu, apabila videonya bercakap loghat Kelantan viral di laman sosial terutama Facebook selepas dimuat naik seorang rakannya.

Menurut Mat Daud, dia membuat buku sendiri dan tulis semua loghat Kelantan yang dituturkan, kemudian menterjemahkannya kepada bahasa Inggeris serta bahasa Melayu untuk memudahkan pertuturan sepanjang 8 tahun menetap di Kelantan. Apabila tak tahu, dia akan bertanya kepada rakannya.

"Demi nak mudahkan berkomunikasi juga, saya tengok drama Melayu yang ada terjemahan supaya saya dapat dalami budaya orang Malaysia keseluruhannya," katanya lagi.

Dalam laporan Harian Metro semalam, Mat Daud yang kini berada di Jakarta memberitahu bahawa dia juga makan budu tetapi agak jarang malah menggemari Nasi Kak Wok

"Budu pun make (makan) tapi jare.. jare (jarang) lah. Lagi satu Nasi Kak Wok sedap, susoh nok (susah nak) cari di luar (Kelantan)," katanya.

Dia berkata bahawa dia tidak menyedari seorang rakannya memuat naik video pendek berdurasi seminit itu ke laman sosial sehinggalah Facebook miliknya menerima banyak mesej dan permintaan kenalan.

"Telefon saya sampai 'hang' disebabkan tiba-tiba banyak sangat 'notification' Facebook. Saya pun tak sangka boleh viral dengan cepat. Saya cuak juga kerana tiba-tiba jadi 'buruan'... tiba-tiba popular.

"Sebelum ini kawan yang rekod video itu tanya sama ada saya mahu popular atau tidak... saya jawab nok lah (nak lah) tapi kami hanya bergurau sahaja ketika itu dan saya pun tidak ambil pusing.

"Saya tak sangka yang dia betul-betul 'popularkan' saya dengan muat naik video terbabit," katanya.

Mat Daud yang merupakan kacukan Amerika Syarikat dan Turki itu memberitahu lagi bahawa dia memahirkan diri dengan bahasa Melayu dan loghat Kelantan selama setahun selepas menjejakkan kaki ke negeri ini pada 2009

Ketika itu umurnya baru mencecah 16 tahun dan dia berkunjung ke Malaysia kerana mengikut keluarga yang menjalankan perniagaan pakaian di Kelantan.

“Saya sempat belajar di sekolah antarabangsa, Wadi Sofia di Binjai selama enam bulan sebelum ibu bapa kembali ke Turki dan saya menetap terus di sini kerana terpikat dengan suasana dan orangnya,” ceritanya lagi.

Mat Daud kini mengusahakan perniagaan berkaitan kecantikan dan kesihatan di bandar ini tidak menolak untuk menjadi sebahagian daripada penduduk tempatan kerana keenakan makanan, budaya dan kemesraan orangnya.

Anda boleh ikuti Mat Daud di laman sosial di bawah:
Facebook: Fatih İmamoğlu
Instagram: imamoglufatih

Tonton video viral tersebut di bawah:

Kalu ganung ado mat de... kalate kito ado mat daud - Fatih İmamoğlu

Credit Video : Shahrul Ibrahim

LIKE PAGE ---> Kelantan State

Posted by Kelantan State on Thursday, 9 March 2017

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Lagi menarik di SAYS:

You may be interested in: