Kejam! Mayat Bayi Kerat 15 Tanpa Kepala Ditemui Dalam Loji Kumbahan Di Johor Bahru
Mengapa seorang bayi yang tidak bersalah sanggup diperlakukan begini?
[TERKINI] Dada dan cebisan lain bayi dipotong 15 dijumpai
Dada dan cebisan daging bayi yang dikerat 15 telah ditemui pihak penyelenggaraan flat di loji kumbahan Flat Projek Perumahan Rakyat (PPR) Kempas Permai petang Selasa lalu.
themalaysianinsider.comKetua Polis Johor, Datuk Rusli Ahmad berkata, bahagian badan itu diserahkan kepada pihak hospital bagi tujuan bedah siasat sebelum dikebumikan. Namun, usaha mencari kepala dan bahagian lain bayi tersebut masih diteruskan.
"Kes ini masih lagi dalam siasatan, setakat ini tiga orang tampil memberi maklumat. Bagaimanapun, mereka tidak mempunyai maklumat yang dicari," tambah beliau.
themalaysianinsider.com17 Mei: 15 cebisan mayat bayi tanpa kepala dijumpai dalam loji kumbahan di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Kempas Permai di Johor Bahru pada jam 10.30 pagi Ahad lalu.
Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Khamsani Abdul Rahman, berkata pihaknya menerima maklumat kira-kira jam 1.30 petang daripada penyelia syarikat kontraktor itu mengenai penemuan tersebut
"Ketika sedang menjalankan kerja pembersihan, kontraktor menjumpai beberapa bahagian anggota badan di perangkap sampah. Setakat ini kita mempunyai 15 keratan badan dipercayai bayi, manakala kepalanya belum ditemui," katanya.
bharian.com.mySeorang pekerja bersama rakan ketika itu sedang membersihkan perangkap sampah yang dipasang di loji itu apabila mereka kemudian ternampak beberapa objek yang mencurigakan tersangkut di perangkap sampah berkenaan
"Lelaki itu bertindak mengumpulkan bahagian mayat ditemui termasuk kaki tangan dan badan bagaimanapun kepala gagal ditemui sebelum memaklumkan perkara itu kepada penyelia syarikat dia bekerja", jelasnya lagi.
sinarharian.com.myLebih mengejutkan, tindakan ini dipercayai dilakukan oleh seorang ibu kepada anaknya dan sehingga kini, kepala mayat bayi itu masih belum ditemui. Menurut satu sumber, ia kemungkinan telah dijual atau ditanam di tempat lain.
Tindakan si ibu mengerat bayi tersebut dipercayai kemungkinan kerana dia berada dalam keadaan terdesak untuk membolehkan mayat bayi tersebut dibuang melalui lubang tandas.
therakyatpost.com