seismik

Adakah Satu Kesalahan Bagi Anwar Berucap Di Gereja?

Tindakan Datuk Seri Anwar Ibrahim berucap di gereja dikecam hebat oleh beberapa pihak. Walaupun begitu, Datuk A Kadir Jasin mempunyai pandangan berbeza.

Cover image via blogspot.com

Datuk A Kadir Jasin Menyelar Orang Melayu Yang Tidak Mengambil Berat Soal Halal Haram

Datuk A Kadir Jasin

Image via blogspot.com

Bekas ketua pengarang Kumpulan The New Straits Times Press itu dipetik berkata, masyarakat Melayu tidak begitu peduli jika sumber makanan mereka diperolehi sama ada dengan cara haram atau rasuah.

themalaysianinsider.com

"Tapi ramai tidak peduli sangat kalau makanan halal diperoleh secara haram atau dibeli dengan pendapatan haram macam rasuah," katanya, mengulas berkenaan rencana Dr Ridhuan Tee Abdullah di akhbar Sinar Harian berkenaan babi dan tindakan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar berceramah di gereja baru-baru ini.

themalaysianinsider.com

Baru-Baru Ini, Ridhuan Tee Telah Mengecam Tindakan Anwar Berucap Di Gereja

Dr. Ridhuan Tee Abdullah

Image via blogspot.com

Pensyarah Ridhuan Tee Abdullah hari ini mengecam tindakan calon bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang Datuk Seri Anwar Ibrahim yang berucap di gereja demi kepentingan politik dengan menyifatkannya sebagai 'liberal dan keterlaluan'.

rakyatnews.my

"Luar biasa! Dahulu orang Melayu usahkan nak masuk gereja atau kuil, lalu sahaja di luar pun kalau boleh, cuba elakkan. Sama seperti jika mereka ke pasar, kalau boleh elak melalui atau memandang daging atau penjual khinzir. Lebih dahsyat lagi, ketika di pasar, ada yang takut ‘lalat khinzir’ terbang kawasan ‘halal’ Islam. Begitulah berhati-hatinya orang Melayu terhadap cara hidup mereka."

rakyatnews.my

Datuk Seri Anwar Ibrahim berucap di gereja

Image via rakyatnews.my

“Kini, tidak lagi… Melayu tanpa segan silu masuk ke rumah ibadat orang bukan Islam demi kepentingan politik. Tidak mustahil satu hari nanti, mereka akan bersama-sama menimbang khinzir. Melayu bolehlah katakan!” tulisnya.

mynewshub.my

Kadir Berkata Jika Anwar Berucap Di Gereja Dikatakan Teruk, Maka Dia Lagi Teruk Daripada Anwar

Image via imgur.com

"Mengenai masuk gereja pula, kalau itulah interpretasi Ridhuan, saya lagi teruk daripada bakal calon yang Ridhuan kritik itu," katanya merujuk kepada Anwar.

yahoo.com

"Saya masuk gereja ketika bersekolah selama lapan tahun di Sekolah Rendah dan Menengah Saint Michael di Alor Setar. Bukan masuk gereja untuk sembahyang Kristian, tetapi berlindung daripada bahang panas musim kemarau. Saya juga masuk gereja untuk ziarah kenalan Kristian yang mati."

yahoo.com

"Ketika belajar kewartawanan di New Zealand, saya tinggal seminggu di rumah seorang paderi Gereja Anglican. Di rumah beliaulah saya belajar mengenai “grace” atau doa sebelum makan," tambah beliau.

themalaysianinsider.com

Pada Pendapat Kadir, Tidak Ada Salahnya Anwar Berucap Di Gereja

Image via blogspot.com

"Apalah salahnya bakal calon masuk berucap dalam gereja atau melawat kuil?"

yahoo.com

Datuk Seri Najib Tun Razak semasa sambutan perayaan Thaipusam

Image via themalaymailonline.com

"Perdana Menteri kita, Najib Razak pun buat masa perayaan agama-agama bukan Islam siap dengan pakaian sekali. Inilah 1Malaysia," katanya.

themalaysianinsider.com

Anwar bakal bertanding dalam Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri Kajang dan akan melawan Naib Presiden MCA, Datin Paduka Chew Mei Fun dan bekas menteri Kabinet, Datuk Zaid Ibrahim.

themalaysianinsider.com

PRK Kajang diadakan ekoran peletakan jawatan Lee Chin Cheh sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) di sana.

mynewshub.my

Ikuti Berita Penuh Mengenai Pilihan Raya Kecil (PRK) Kajang Di SAYS

You may be interested in: