Menara Ke-5 Tertinggi Dunia Dan 6 Lagi Fakta Menarik Mengenai Merdeka PNB118
Tinggi, memang tinggi.
16 Mac lalu, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak melancar dan menamakan projek fasa pertama Warisan Merdeka sebagai 'Merdeka PNB118'
Najib berkata, pembinaan projek ini bakal menjadi salah satu simbol kebanggaan dan manifestasi kejayaan Malaysia sebagai negara membangun dan negara berpendapatan tinggi menjelang tahun 2020.
"Kewujudan PNB dan syarikat-syarikat pelaburannya secara tidak langsung berjaya menstruktur ekonomi dan sosio rakyat Malaysia. Kini kita boleh berbangga melihat anak-anak Bumiputera meneraju, mengurus dan menjalankan operasi perniagaan dalam pelbagai sektor dan bidang ekonomi terpenting negara," katanya.
1. Merangkumi 118 tingkat dengan ketinggian mencecah 610 - 630 meter
Menara ini akan mengandungi empat komponen iaitu 82 tingkat lantai pejabat; 18 tingkat dikhaskan untuk hotel mewah bertaraf enam bintang; 18 tingkat untuk sky lobby, observation deck, dan juga fasiliti mekanikal dan elektrikal serta sebuah pusat beli belah 7 tingkat berkeluasan 900,000 kaki persegi.
bharian.com.my2. Menjadi menara tertinggi di Malaysia, ketiga tertinggi di Asia, dan kelima tertinggi di dunia
Menara Merdeka PNB118 bakal menjadi bangunan kelima tertinggi di dunia dan bakal disenaraikan bersama beberapa bangunan tertinggi di dunia yang lain seperti Burj Khalifa di Dubai, dan Menara Shanghai di China.
utusan.com.myDalam masa beberapa tahun lagi, senarai 5 bangunan tertinggi dunia adalah:
1. Kingdom Tower di Jeddah, Arab Saudi
2. Burj Khalifa di Dubai, UAE
3. Wuhan Greenland Centre di Wuhan, China
4. Shanghai Tower di Shanghai, China
5. Merdeka PNB118 di Kuala Lumpur, Malaysia
3. Menelan kos RM5 bilion dan dibangunkan secara tiga fasa di atas tanah berkeluasan kira-kira 19 ekar dan keseluruhan projek dijangka siap sepenuhnya pada tahun 2024
Keseluruhan projek yang mengandungi tiga fasa itu akan siap sepenuhnya pada tahun 2024. Kerja-kerja asas untuk fasa pertama yang melibatkan projek Menara 118 tingkat dan pusat beli belah 7 tingkat telah dimulakan pada tahun 2014 dan dijangka siap pada 2020.
PNB akan berusaha memastikan perbelanjaan projek pembinaan itu mengikut anggaran RM5 bilion yang dinyatakan, walaupun berdepan risiko peningkatan kos bahan binaan.
4. Bakal menjana impak ekonomi berganda sehingga RM11 bilion serta menawarkan peluang perniagaan bagi lebih 100 bidang kemahiran
Projek ini dijangka mencipta rantaian faedah ekonomi utama dan sampingan kira-kira RM11 bilion. Di samping menggalakkan aktiviti ekonomi, projek ini akan memberi nilai tambah dengan jangkaan mewujudkan lebih 10,000 peluang pekerjaan.
utusan.com.my5. Merupakan bangunan pertama di Malaysia yang memenuhi triple green building platinum yang diakreditasikan oleh badan-badan tempatan dan antarabangsa
Menara berkenaan akan menjadi bangunan pertama di Malaysia yang memenuhi akreditasi platinum bangunan hijau di dalam negara dan di peringkat antarabangsa termasuk indeks Bangunan Hijau. Projek-projek kerajaan di sekitar kawasan Warisan Merdeka akan menjamin kelestarian projek ini.
bernama.com6. Menggunakan khidmat rekaan oleh firma arkitek dari Australia, Fender Katsalidis Architects yang turut membina mercu tanda Australia 108 di Melbourne
Selain itu, Fender Katsalidis Architects juga terlibat dalam pembinaan projek perumahan mewah Taman Duta di Kuala Lumpur.
7. Dihubungkan dengan stesen MRT Merdeka, stesen Monorel Maharajalela, dan turut disambungkan ke jajaran LRT yang sedia ada
Saksikan video Merdeka PNB118 yang dihasilkan oleh RSP Architects Sdn Bhd ini. Anda pasti teruja! LIHAT SINI:
Inginkan lebih cerita menarik seperti ini? LIKE Facebook SAYS SEISMIK serta follow kami di Twitter dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!