seismik

View 360° Di Atas Puncak Gunung Baling Memang Lawa Gila! Kaki Hiking Wajib Pergi Sini

Jom repeat?

Cover image via TSG #KasiJadi

Image via TSG #KasiJadi

Bila tengok gambar-gambar orang post kat puncak Gunung Baling, rasa macam jealous sangat. Cantik betul pemandangan kat atas gunung ni. Gunung yang dulu tak ramai orang tahu tiba-tiba dah jadi macam tempat wajib kunjung untuk para hikers di semenanjung.

Disebabkan nama Gunung Baling makin lama makin popular dan semakin disebut-sebut orang ramai, maka saya dan beberapa rakan lagi gigihkan diri untuk drive dari Kuala Lumpur ke negeri jelapang padi yang terletak kira-kira 410 kilometer di utara. Mesti kena #kasijadi jugak. Perjalanan mengambil masa lebih kurang 5 jam kalau jalan tak jammed.

Jauh jugak Baling. Nak dekat masuk Thailand dah haa.

Image via Google Maps

Misi utama ke Gunung Baling, of course sebab nak nikmati pemandangan indah di puncak dan bergambar sakan dengan pelbagai pose semata-mata untuk mendapatkan likes yang banyak di Instagram, sambil membuat rakan-rakan lain semua jealous. Ehem! Teruk betul pasang niat macam tu.

Bukanlah. Kami semua hiking sebab minat. Sebab tu kami sanggup travel jauh-jauh untuk hiking. Tapi dengan syarat, bukit atau gunung yang didaki WAJIB kena ada pemandangan yang memukau! Rugi kalau pergi mendaki penat-penat tapi bila sampai atas langsung tak ada view. Kalau setakat nampak pokok je, kat depan rumah pun boleh tengok.

Mountain + breathtaking view = PERFECT!

1. Nasib baik ada kawan buat majlis kahwin di Baling

Alang-alang menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan. Alang-alang pergi wedding kawan biar sampai ke puncak Gunung Baling! Hehe.

Ada dua orang kawan universiti saya buat majlis kahwin pada Hari Malaysia bertarikh 16 September 2016 di Baling. So saya fikir, best jugak kalau dapat naik Gunung Baling pada Hari Malaysia. Dapat kibarkan Jalur Gemilang di atas puncak gunung. Terserlah semangat cintakan negara di situ. Asalkan jangan lupa bawak bendera! :P

Image via TSG #KasiJadi

Lepas tu member pulak beritahu rumah dia memang dekat sangat dengan Gunung Baling. 5 minit dah sampai. Bila dengar dia cakap macam tu, lagilah rasa rugi kalau tak naik. Bila lagi nak datang Baling. Seriously, saya sendiri tak pernah sampai. So it is now or never!

2. Bertolak ke Baling dari KL pada pukul 11.30 malam dengan satu kereta

Berbekalkan kereta Perodua Myvi yang sihat dengan tank minyak penuh, kami bertiga bertolak ke Baling pada pukul 11.30 malam, dengan harapan nak sampai sana pada pukul 3 pagi. Ada satu lagi kereta bertolak dari Alor Setar, tapi diorang gerak lambat sikit lah sebab dekat. Lagi awal sampai lagi bagus sebab boleh tidur sekejap sebelum panjat gunung.

Nasib baik jalan tak jammed langsung. Risau jugak sebab time tu cuti panjang takut semua orang balik kampung. Maklumlah orang kita. Bila cuti panjang je mesti nak balik kampung lepas tu semua highway sesak gila. Tapi kali ni, jalan memang clear habis.

Akhirnya, kami berjaya sampai di Baling. Woohoo! Tapi, jam menunjukkan pukul 4.15 pagi. Entah macam mana boleh terlambat entah. Alamatnya tak tidurlah kami semua. Bila dah sampai tu, kami singgah makan kejap kat satu warung tepi jalan. Lapar gila. Nak naik gunung perut tak boleh kosong, bahaya!

Kalau ikutkan tentatif program, pukul 5 dah kena start panjat dah sebab nak kejar sunrise. So, untuk trip kali ni, tidur tak dapat, nak kejar sunrise pun nampak macam samar-samar je sebab dah lambat. Nak makan lagi, nak settle down lagi, mana sempat nak naik pukul 5 pagi. Maka kami pun redha.

Masa pagi-pagi buta kami tak ambil gambar langsung sebab gelap gelita. Dah turun baru kami ambil gambar.

Image via TSG #KasiJadi

3. 5.30 pagi, kami mulakan langkah pertama menuju puncak gemilang cahaya!

Fuuhh! Terngiang-ngiang lagu 'Menuju Puncak' dalam minda kami semasa kami melangkah. Terus rasa bersemangat. Energy tiba-tiba naik sampai ke level 999 mencecah 1,000! Dalam keadaan gelap gelita, kami menyusun langkah naik ke atas.

Kami parking tepi jalan je.

Image via TSG #KasiJadi

Jalan menuju ke entrance di celah-celah rumah orang.

Image via TSG #KasiJadi

Baru je sampai entrance, dah ramai gila kelibat manusia kami nampak, masing-masing sedang menunggu giliran untuk naik. Ada yang tengah stretching, ada yang tengah tunggu kawan-kawan lain sampai, ada yang tengah borak-borak kosong, ada yang tengah bagi briefing sebelum memanjat dan macam-macam lagi.

Waktu tu kami dah tahu confirm ramai orang kat puncak nanti, dan semua pun nak kejar sunrise. Mentang-mentang cuti, maka orang lain juga tidak mahu melepaskan peluang untuk panjat Gunung Baling sama macam kami. Aduhai, nak tak nak kena redah jugaklah.

Selamat datang ke Gunung Baling.

Image via TSG #KasiJadi

4. "Ada pesta ke ni?"

Masa baru mula mendaki tu kami rasa pelik sikit. Kenapa terasa macam ada pesta kat sini? Bising gila!

Apa yang kami nampak, ramai betul manusia yang sedang dalam perjalanan turun dari atas. Lepas tu, kebanyakannya hanya berpakaian biasa. Pakai selipar, pakai seluar jeans ketat, pakai t-shirt, dan langsung tak bawak beg. Ada jugak beberapa group budak-budak sekolah yang kami nampak. Eh bertuah punya budak.

Lagi satu, group-group ni suka pasang lagu kuat-kuat kat phone. Sambil melepak di tepi track, mereka masing-masing blow off some steam dengan menghisap rokok dan layan lagu yang dipasang. Siap borak-borak sampai gelak terbahak-bahak sehingga menimbulkan pencemaran bunyi yang kritikal.

Mana datang diorang semua ni? Mengikut firasat saya, mungkin mereka semua ni orang-orang situ kot. Sebab tu pakai baju biasa je. Mungkin jugak diorang dah biasa naik Gunung Baling sampai dah tak kisah kalau nak buat bising. Hmmm...

Ohh starting point ke puncak 1.5 kilometer je rupanya. Tak lah jauh mana.

Image via TSG #KasiJadi

Belum apa-apa dah spoil mood. Tapi tak apa, life must be goes on bak kata budak wicet. Kami teruskan perjalanan tanpa mempedulikan bunyi-bunyi yang kurang menyenangkan di sekeliling kami. Track pada mulanya agak terpacak jugak. Jalan tanah merah curam, siap ada pemegang besi di sebelah tepi track. Masa kami naik ni, keadaan sedikit hujan renyai so jalan basah dan licin. Pemegang besi ni memang sangat berguna dan dapat mengelakkan kami daripada sliding ke bawah.

Macam ni lah track-nya masa mula-mula naik. Nampak je macam tak curam dalam gambar. Tapi hakikatnya....

Image via TSG #KasiJadi

5. Seorang ahli kami terpaksa bailed out dan tarik diri sebab lelah

Selepas lebih kurang 10 minit berjalan di track pacak tersebut, tiba-tiba sorang rakan kami terpaksa tarik diri. Ketika masing-masing masih steady, kawan saya seorang ni dah tak larat nak teruskan perjalanan kerana menghadapi acute breathing difficulties. Masa tu dia dah berpeluh kaw-kaw dan sedikit menggigil saya tengok. Risau jugak kami.

Kami berehat seketika sementara tunggu dia cool down. Saya kalau boleh nak suruh dia naik jugak sebab rasa macam tak best pulak kalau tak cukup ahli. Tapi dia insist untuk turun dan tunggu saja kami di dalam kereta sebab dia tak nak perkara yang lebih buruk berlaku ke atas dirinya dan juga kami semua.

Hmmm lagi. Tak apalah, dia lebih faham masalah yang dia sedang hadapi daripada kami. Maybe it's for the best. Daripada 6 orang, kini bilangan kami menjadi 5 orang sahaja. Puncak Gunung Baling here we come!

Ada juga beberapa anak tangga yang perlu didaki. Masa kawan saya tarik diri tu, kitorang belum sampai sini pun lagi.

Image via TSG #KasiJadi

6. Selebihnya, saya akan ceritakan ekspedisi kami melalui gambar-gambar di bawah:

Gugusan batu kapur mula kelihatan selepas 25 minit pendakian.

Image via TSG #KasiJadi

Tu dia batu kapur besaq baq hang!

Image via TSG #KasiJadi

Memang kena lalu betul-betul sebelah batu ni.

Image via TSG #KasiJadi

10 minit kemudian, track tanah merah bertukar kepada batu-batu kecil. Masa ni dah mula kena panjat-panjat batu sikit.

Image via TSG #KasiJadi

We decided to stop for a while to perform the Subuh prayer. Maka solatlah kami di bawah hujan renyai. Harap maaf, gambar ini tidak ada kena mengena dengan solat.

Image via TSG #KasiJadi

More rocks on the way up, kali ni siap ada tali. Makin mencabar!

Image via TSG #KasiJadi

Tapi kalau tak nak pakai tali pun tak apa. Yang penting kena hati-hati ketika melangkah.

Image via TSG #KasiJadi

Kamudian, kami jumpa batu ini pulak. Dah macam pintu gerbang masuk gua.

Image via TSG #KasiJadi

Kalau nak lepas, memang wajib kena tunduk macam abam ni. Contengan warna merah kat sebelah kanan batu tu memang spoil.

Image via TSG #KasiJadi

Antara keunikan sepanjang pendakian ke puncak Gunung Baling. Ada traffic light! Memang membantu sangat traffic light ni. Sebab masa kami naik tu gelap gelita kadang-kadang track tak nampak langsung. Nasib baik ada traffic light ni yang sentiasa berkelip dengan lampu kuning. Pendakian menjadi lebih mudah. Good job!

Image via TSG #KasiJadi

Okay, bila dah nak sampai puncak, ada 2 obstacles mengarut yang kita kena harungi. Tak boleh elak, kena lalu jugak. Ini obstacle yang pertama. Agak susah nak lepas.

Image via TSG #KasiJadi

Traffic jam! Berzaman jugaklah nak tunggu sorang-sorang lepas. Kalau rakam video kat sini mahu habis bateri kamera.

Image via TSG #KasiJadi

Obstacle ke-2. Kena mencelah kat laluan sempit bawah batu tu dulu, lepas tu kena panjat pulak.

Image via TSG #KasiJadi

Nak masuk mula-mula ni macam tak ada masalah lagi. Cuma bila dah masuk tu, nak panjat punyalah susah sebab batu licin dan tempat pijak sangatlah kecik. Serius leceh.

Image via TSG #KasiJadi

Dua-dua obstacles ni memang traffic jam.

Image via TSG #KasiJadi

Sedikit tips: Untuk kedua-dua obstacles terakhir ni, lebih baik kalau ada sorang tukang sambut kat atas sebab agak bahaya kalau tak ada orang support, lebih-lebih lagi untuk orang yang tak biasa hiking. Cuma, orang yang pertama tu mencabar sikitlah nak panjat.

7. Selepas 1 jam setengah, kami berjaya sampai di puncak Gunung Baling. And the view up here is truly breathtaking!

View yang terhidang. Berbaloi-baloi naik atas!

Image via TSG #KasiJadi

'Kami buddies takkan berpisah'.

Image via TSG #KasiJadi

Thumbs up sikit.

Image via TSG #KasiJadi

Yang paling best, puncak Gunung Baling ni menghidangkan 360 view yang sangat cantik. Tengok kanan cantik, tengok kiri lawa, tengok depan superb, tengok belakang marvellous. Eh memang puas hati lah layan pemandangan kat atas ni. Rasa macam tak nak balik!

Angle 1.

Image via TSG #KasiJadi

Angle 2.

Image via TSG #KasiJadi

Angle 3. Semuanya cantik!

Image via TSG #KasiJadi

Cuma masa kami sampai, matahari sudah pun terbit. Kalau kami start panjat pukul 5 pagi mungkin sempat layan sunrise di puncak. Kecewa sedikit sebenarnya. Tapi itu tak penting. Yang penting misi untuk mengibarkan Jalur Gemilang di puncak Gunung Baling telah tercapai. Jyeah!

Maaflah, gambar kami berlima di puncak memang tak ada. Sorang lagi tak nak ambil gambar sebab penat sangat katanya sampai tak ada mood. Lol.

Image via TSG #KasiJadi

Negaraku, Tanah Tumpahnya Darahku!

Image via TSG #KasiJadi

Terbaiklah Gunung Baling! Memang kena repeat lagi ni. Projek Gunung Baling #kasijadi dah jadi. Syukur.

Sedikit tips dan guidelines ke Gunung Baling:

Image via TSG #KasiJadi
1. Gunung Baling ni dah viral dah pun. Jadi, kalau pergi masa weekend atau public holiday (macam kami) memang ramai gila orang. Kat puncak pun dah rasa macam pesta. Pergi weekdays lagi bagus.

2. Track agak clear dan straightforward. Ikut sahaja laluan yang telah disediakan berpandukan traffic light di sepanjang track. Saya kira ada berbelas-belas juga traffic light kat sini. Sampai ke puncak ada.

3. Bagi yang pertama kali atau yang tak selalu hiking, saya rasa Gunung Baling ni agak sesuai untuk dijadikan sebagai permulaan. Track tidak begitu mencabar kecuali masa dah sampai part batu-batu dan masa nak sampai puncak. Sebab tu ramai gila orang naik.

4. Kalau laju, dalam sejam dah boleh sampai atas. 1.5 kilometer sahaja panjang track-nya dan gunung ini tak tinggi mana pun. Hanya 546 meter dari aras laut.

5. JANGANLAH BUANG SAMPAH! SIAPA BUANG SAMPAH DIA BEBAL!

6. K. Tu je.

Follow kami di Instagram @tsgkasijadi untuk lebih banyak adventure dan gambar-gambar yang WOW!

TSG #KasiJadi adalah sekumpulan sahabat yang tak henti-henti berkeliaran. Mana kami mahu pergi, kami kasi jadi!

A photo posted by TSG #KasiJadi (@tsgkasijadi) on

Bercakap pasal hiking, ini dia tips penting yang para wanita kena tahu dan amalkan. Selamat membaca!

You may be interested in: