[MESTI BACA] Perlukah Hijab Dijadikan Isu Dalam Pengambilan Pekerja?
Sampai bila perkara sebegini akan berterusan?
Pada Khamis, 18 Disember 2014, Pelakon Terkenal, Datuk Rosyam Nor Melalui Twitter Menceritakan Detik Sedih Di Mana Anak Gadisnya Yang Berusia 17 Tahun Tidak Diberi Peluang Bekerja Hanya Kerana Bertudung
Kedai Hamleys Yang Disebut Datuk Rosyam Nor Itu Merupakan Kedai Mainan Terkemuka Kanak-Kanak Yang Terletak Di One Utama. Difahamkan, Kedai Berkenaan Baru Dibuka Lebih Kurang Setahun.
Tweet Datuk Rosyam Nor Itu Menjadi Viral Dalam Sekelip Mata. Didapati Ramai Netizen Juga Pernah Mengalami Situasi Yang Sama Di Mana Ada Sesetengah Kedai Mempunyai Polisi Untuk Tidak Menerima Wanita Berhijab Sebagai Pekerja.
Antara Premis Yang Didedahkan Ialah Johor Premium Outlet (JPO), Isetan KLCC, Esprit, Roxy, Body Glove Dan Lain-Lain Lagi
Perkara Ini Sebenarnya Pernah Disuarakan Sejak Tahun Lalu Lagi. Pada 2 September 2013, Seorang Netizen, Mira Kamil Melalui Facebook Meluahkan Rasa Kecewa Dengan Sikap Sesetengah Premis Yang Tidak Menerimanya Untuk Bekerja, Hanya Kerana Beliau Memakai Tudung.
Menurut Mira Kamil, sepanjang tempohnya berada di United Kingdom selama empat tahun, beliau tidak pernah mengalami situasi seperti itu. Walaupun Malaysia merupakan negara Islam, hakikat bahawa wanita berhijab tidak diterima untuk bekerja sangat mengecewakannya.
Kisah Mira Kamil Itu Turut Dipersetujui Oleh Azira Manchester. Berdasarkan Pengalamannya Bekerja Di Amerika Syarikat Selama 13 Tahun, Pekerja Muslim Di Sana Tidak Pernah Ada Masalah Untuk Berhijab Dan Menunaikan Solat.
Isu Terbabit Turut Mendapat Perhatian Media Arus Perdana Tempatan Seperti Harian Metro Dan Berita Harian. Saksikan Video Di Bawah:
Lebih Menyedihkan, Diskriminasi Ini Bukan Sahaja Dilalui Oleh Wanita, Malah Lelaki Muslim Di Negara Turut Menjadi Mangsa Apabila Tidak Dibenarkan Pergi Menunaikan Solat Harian Dan Solat Jumaat
Meskipun Begitu, Tidak Semua Orang Menghadapi Situasi Buruk Semasa Bekerja
Dalam Perkembangan Terbaru, Pihak Hamleys Malaysia Telah Mengemukakan Permohonan Maaf Menerusi Facebook. Mereka Berkata, "Kami Tidak Mempunyai Sebarang Polisi Syarikat Di Mana Pekerja Wanita Tidak Dibenarkan Memakai Tudung."
Ekoran Permohonan Maaf Tersebut, Datuk Rosyam Nor Memaafkan Pihak Hamleys Dan Berharap Perkara Sebegini Tidak Berulang Di Masa Depan
Isu pelakon dan penerbit, Datuk Rosyam Nor yang memuat naik status di Twitter betapa dia kecewa dengan kakitangan kedai menjual alat permainan di sebuah pusat membeli-belah di Petaling Jaya yang meminta anak perempuannya, Nurlisa, 17, membuka tudung jika mahu bekerja di situ, Khamis lalu sehingga menjadi ‘viral’, menemui noktah petang tadi (21 Disember 2014).
Rosyam berkata, dia berharap perkara itu tidak berulang lagi pada masa akan datang.
“Saya maafkan mereka dan berharap perkara ini tidak akan berulang lagi,” katanya yang akan bertemu pengurusan kedai berkenaan.
Sementara Itu, Ketua Pergerakan Puteri UMNO, Datuk Mas Ermieyati Samsudin Menyelar Tindakan Premis Yang Bersikap Diskriminasi Terhadap Pekerja Wanita Bertudung
Datuk Mas Ermieyati Samsudin berkata tindakan kedai permainan itu menunjukkan masih terdapat golongan berfikiran sempit terhadap mereka yang memakai tudung dan ia bertentangan dengan hak asasi seorang Muslim.
“Alasan tidak diterima bekerja sebab bertudung atau arahan membuka tudung jika ingin bekerja adalah hanya alasan dangkal yang tiada kena mengena dengan tahap pencapaian seorang pekerja,” katanya dalam satu kenyataan.
Mas Ermieyati juga berkata tindakan dan pemikiran itu wajar dikikis dan menuntut kedai terbabit membuat permohonan maaf secara terbuka menerusi media kerana ia melibatkan sensitiviti masyarakat Islam di negara ini.